Friday, December 19, 2014

Pantang hari ke-17

Rindunya rumah sendiri kulim...
Rindu dgn que dan hana..
Rindukan husband juga...
Cepat2 lah pantang hbs...

Pantang di sg petani..
Weekend husband dan anak2 dtg melawat..
Tapi minggu ni husband ada hal..
Hari ni ada nikah sepupu husband di alor setar, lps tu ada speech therapy que dan hana di penang..

Huhuhu

Takpalah..

Bgn pagi2 pump susu dulu..

Sng maktok susukan sat lagi..

Mama blh mandi dan tunku sementara maktok tlg tengokkan amni...

* rezeki amni..
* 5oz tuk amni minum, 3oz untuk stok..

Monday, December 15, 2014

Stock susu amni

Alhamdulillah, hr ke 15 amni fully breastfeed.

Dulu 1st baby que breastfeed sampai 1y 2m. Stop sbb preggy kan hana. Ms awal kelahiran que bln pertama ada jg campur susu, lps tu stop bila susu dah meriah.

2nd baby hana pula berjaya fully provide susu dgn breastfeed sampai 1y 6m lps tu campur dgn formula. Mlm2 masih menyusu bdn.. Siang ja campur formula.

Sebagai persediaan awal, mama dah start pump susu sbg stok. Target tak byk, 1 bngkus plastik sehari (3-4oz per plastic).. Dgn harapan dpt kumpul 50 bungkus sebelum mula kerja. Inshaa Allah, moga dipermudahkan.

Sekarang ni pun dah mula ajar amni nyusu guna botol sekali sehari. Supaya mudah. Nak pi kerja mudah, nak pi jalan2 pun mudah. Mama cuma kena rajin pump sahaja...

:)


Sunday, December 14, 2014

Kelahiran cahaya mata ke 3

3 dec 2014, selamat melahirkan cahaya mata yg ke 3 di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Seorang bayi perempuan dengan berat 3.55kg.  Lewat 4 hari dari tarikh jangka bersalin 29 november. Alhamdulillah bayi sihat.

Hari ini hari ke 13 Nur Fathiah Amni Merican lahir. Alhamdulillah Amni disusukan sepenuhnya dengan susu mama. Semoga anak mama membesar degan sihat, bahagia, sebagai anak yang solehah, baik budi perkerti, disenangi, berjaya dunia dan akhirat.

Mama baba abg que kakak hana sayangkan adik amni sangat2…

Sunday, May 4, 2014

Mencari nama baby

Teruja untuk cari nama baby :-)

Excited untuk cari nama untuk baby dlm kandungan..

Harap hubby setuju :-)

Mohamad Qais Firas Merican

Nur Faqihah Merican

Membesar dgn sht ya syg.. Inshaa Allah..

Optimis dan syukur padamu ya Allah

Menasihati dan motivasikan diri sendiri..

Dugaan besar yang dirasakan pada ketika ini ..

Nur Faihanah Merican masih belum petah berbicara.. Namun jauh di hati mama, mama yakin Allah swt pasti akan makbulkan doa mama.. Sungguh2 mama mengharap pada mu ya Allah.. Yang maha berkuasa.. Inshaa Allah segala keajaiban datang dari-Mu..

Mama bekerja dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan di tempat kerja.. Kadang2 mama rasa stress dan kesal dengan lambakan tanggungjawab tetapi tidak dapat balasan yang setimpal, mama berusaha dengan setiap tugasan yang dipertanggungjawab, kadang2 mama rasa tidak adil dengan cara supervisor mama timbunkan pelbagai kerja yang kehendakan mama bekerja seperti superwoman.. Mama juga sering ingin pertikai betapa mama bekerja keras, tetapi tidak pula mudah untuk mama menonjol dan mendapat habuan yang bagus.. Bila mama sedih, terbawa-bawa pula ke dalam kehidupan mama.. Namun.. Kesatkanlah air mata, bukalah mata besar2 mama.. Betapa Allah sayangkan mama.. Banyak lagi perkara yang mama patut bersyukur dan gembira.. Betapa banyak nikmat yang Allah berikan pada mama.. Betapa banyak ya Allah.. Alhamdulillah

1. Mama dikurniakan suami idaman, yang mama doakan dan Allah makbulkan.. Baba seorang yg amat bertanggungjawab dgn anak2.. Baba juga penyabar.. Diam tika marah, tidak pula pernah menengking mama.. Baba x pernah pula harapkan duit dr pekerjaan mama.. Takpernah meminta dr mama.. baba cuba sediakan yg terbaik buat kehidupan kita agar kita selesa.. Baba lupakan hasrat smbg blaja sbb x nak tgk anak2 terabai..

2. Rezeki dr Allah, memudahkan proses dan dgn keizinan-Nya membolehkan mama membeli rumah dan berikan kehidupan yang lebih selesa buat maktok dgn tokbah dan sbg aset mama dihari tua kelak, baba pula dpt beli rumah apartment di free school di penang, dan semi d di lunas.. Alhamdulillah.. Besar rahmat-Mu pada kami ya Allah..

3. Mama tgh mengandungkan anak ke 3.. Murah rezeki dgn bertambahnya anak.. Mashaa Allah..

4. Anak2 mama sht , aktif, ceria dan pintar.. Inshaa Allah, Allah pelihara anak2 mama dunia dan akhirat..

5. Allah makbulkan doa mama utk bahagia dgn pasangan mama.. Alhamdulillah.. Ya Allah peliharalah kehidupan kami agar terus kecapi bahagia hingga ke jannah..

Sebenarnya
Bnyk lagi..
Bnyk lagi..
Bnyk lagi..

Betapa besar nikmat dibandingkan dugaan ditempat kerja mama.

Semua ini buat mama cepat2 beristighfar dan kembali ceria. Teruskan berusaha.

Pasti ada balasan yang baik dgn setiap keikhlasan dalam pekerjaan..

Pasti Allah memudahkan jalan buntu dgn setiap tawakal. istighfar dan syukur

Syukur Allah menguji selemah2 iman mama agar mama lebih dekat dan beriman pada Allah swt

Kehidupan mama amat sempurna

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Thursday, April 24, 2014

Hampir 9 minggu

Dah hampir 9 minggu, dgn hari2 yang penuh dgn rasa loya mual dan kepala yg selalu sakit yg amat. Stress yang amat. Sedih pun ada. Perasaan yang bercampur aduk. Ya Allah kuatkanlah diriku yg dipilih olehmu. Jauhilah bisikan syaitan2 yg datang.

Buat sayang, ayg minta maaf tak terdaya sediakan makan malam seperti biasa. Ayg sgt letih ketika sampai dirumah setelah cuba bekerja seperti biasa di siang hari. Ayg cuba lawan dan bangun uruskan rumahtangga ketika ayang mampu. Sungguh, ayg tak terdaya. Kadang2 ayg bw kereta pun hampir telelap kerana amat2 letih tapi ayang gagahkan juga. Ayg bukan sengaja deman di malam syg juga demam. Mengandung kali ini amat2 menguji ayg. Doakan ayg mampu dari segi fizikal dan mental, doakan anak dalam kandungan ayg sht, cerdas, cergas, cerdik dan mudah dididik.. insha Allah

Sayangkan syg, anak2 sangat..

Sunday, March 30, 2014

31march14 progress

qusyairi almost 3y 10m. vocab makin bertambah. nampak berusaha bina ayat 3 words kadang2.

hana almost 2y 2m, blm brckp selain dr perkataan mama baba. minat buat gaya dan bunyi menyanyi dan mengaji.

ya Allah, mudahkanlah mereka bercakap. kurniakanlah akal fikiran yg baik. peliharalah mereka di dunia dan akhirat.

*layan gambar hana dan que dgn sepupu br2 ni

Friday, March 28, 2014

Mengandungkah aku???

Hmm entah mengapa, period lewat. Bln lps 22hb, mengikut kitaran sepatutnya 24hb march. Menunggu sehingga 26hb, badan rasa lain macam dah..

- asyik pening kepala ja, pernah 1 hari amik half day leave.. sbb nak dptkan rehat sbb pening. baba tlg hntrkan hana ke taska. qusyairi mmg pergi tadika dgn baba tiap2 hari
- seluar jeans yg selalu muat2 jd ketat 2-3 mggu ni
- perut yg buncit sikit rs mcm buncit bnyk pulak
- rasa sengal2 sakit2 sikit dgn bwh perut / kawasan ari2
- rasa letih di tmpt keja. selalu masuk fab (line - wafer fabrication) ok ja. tp ada ketika rasa letih badan, berfikir bnyk pun rasa letih
- keja bnyk, tp asyik pening ja. mengadap laptop pun rasa letih
- pernah terfikir nak menyicah pelam muda
- pernah ckp kat hana mama nak bw blk baby baru, takmau hana (buat2 merajuk dgn hana sbb dia merap dan menangis memanjang)
- br2 ni pi pasar mlm, dukung hana. blk rs bebal sbb letih sgt hu hu. ms ni rs mcm marah je kat baba sbb x mau bw stroller hana..
- duk di dapur berpeluh2 panas waktu masak tak mcm selalu. pun rasa mcm hangin ja kalau hana que mai kacau.. hu

- sembelit yg teruk. luka dah berdarah 2x. hu hu hu - beberapa kali kaki kebas sampai tak dpt berdiri dgn btl..

dan 27hb ptg blk dari keja, lps ambil hana.. sggah farmasi.. blk trs test..

jeng

jeng

jeng

double line trang tang tang

harap anak mama ni sht dan membesar dgn baik dlm kandungan mama.

que dan hana, baba.. keluarga kita akan brtambh lagi.. :-)

3rd pregnancy

ya Allah.. dalam keresahan dan kesungguhan memanjatkan doa setiap hari agar que dan hana mampu bercakap dgn baik.. Allah kurniakan yg ke 3. ya Allah, kuatkanlah diriku. haruskah diriku menangis gembira atau menangis keresahan.. bagaimana diriku mampu menjaga mereka, sedangkan pertuturan mereka sgt lemah. bgmana pula yg ke3. diriku amat takut hadapi semua ni. berilah kekuatan padaku ya allah. tlglah daku ya allah. daku merayu padamu ya allah. diriku amat takut. takut.. takut diriku x dpt menguruskan mereka semua dgn baik ya allah. permudahkan kami daku dan seluruh keluargaku ya allah..

Tuesday, March 11, 2014

march 13 update

Qusyairi masih blm mampu 3words, vocab makin bertambah. "baba, nak ayaq" perkataan ni buat mama dgn baba tergelak. Terer gak anak mama cakap utara.. (mama org sp, baba org penang), tantrum still ada. Perkara yang buat mama puzzle, samada que ada autisme atau tidak.. obvious tentang autisme pada que adalah speech delay, tantrum, tip toe sekali sekala, susun mainan, most of the time tak menyahut kalau mama panggil dan lbh suka teruskan apa yg que tgh buat.

Hana pula, sekali sekala kuar jg mama, baba. skrg dia rajin sebut "mmbaa" nak menunjukkan dah hbs.. hbs mkn, hbs minum. satu lg "nnnya" kalau nak tunjukan sesuatu. good anak mama. keep it up. mama tggu dgn sabar ye syg.

syg sgt kat both.

kat bwh gambar latest tgh enjoy mkn apple.
juga gambr que susun kereta dan susun bantal :-)

Tuesday, March 4, 2014

Pengalaman mengandungkan Mohamad Qusyairi Merican

Mengimbau kenangan mengandungkan Qusyairi.. Masa tu br 2 bulan berkahwin, period delay lebih dari seminggu. Buat self test, naik 2 bar. Alhamdulillah syukur sangat. Masa tu mama masih lagi teruskan pengajian separuh masa SPACE UTM, Degree in Electrical Engineering di tahun ke-empat dan semester akhir. Agak mencabar kerana mama sudah act sbg Process Engineer dan tengah belajar 4 subjek yang wajib dapat good results sbb nak maintain 2nd class upper. Masa tu subjek tgh blaja numerical method, second fyp, economic and satu lg subjek engineering. 1st trimester agak mencabar sbb mama asyik letih dan ngantuk nak tidur sahaja. Mujur mama tak alah teruk. Mama belajar dgn baik, (baba selalu ingatkan mama tuk study, sbb mama ni asyik letih dan tido ja hu) hbskan fyp, siap present di utm johor.. join kwn2 yg lain sebiji kereta shj.. Alhamdulillah final cgpa 3.11 milik mama.. :-) bukan senang dgn part time follow 100% arus perdana.

During 7m mama dah hbs kelas, jd kerja dan jaga kandungan mama shj. Mama amalkan air kelapa, kebetulan ada seorang makcik berniaga di tepi jalan otw mama blk keja. Susu anmum setiap pagi. Amalkan yassin setiap minggu. Stress ada juga sepanjang mengandung, Tapi mama tabahkan jiwa raga.

Mama checkup di klinik keshtn lunas. Blh dikatakan setiap kali checkup mama mcm naik nak hangin. Kul 9-12.30 baru settle, masa tu kuar dari ofis atas kebenaran bos, bos ok tapi kerja yg tak siap hu. Bila mama cerdik sikit, mama pi checkup pukul 11, hbs sblm kul 1 sbb nurse nak break, mereka blh pulak speed up nak settle sblm makan.

Que dlm kandungan aktif, perut mama pun besar. Masuk minggu 37 perut selalu mengeras mcm contraction setiap beberapa jam. Memang rasa mcm nak buang air besar. Malam2 pun tak tido nyenyak sbb panas sangat. Siap mandi setiap kali terjaga dr tido sbb panas sgt. Tido pun blh mengiring sahaja, kalau tido mcm biasa rasa berat mcm batu besar atas perut. Due date 3may2010 tapi hari due date, checkup blm ada tanda2 nak bersalin.  Dr bg tempoh seminggu 9may2010 untuk serah diri jika masih blm bersalin. Penantian seminggu amat jerih.

Hr ahad 9may2010 kebetulan hari ibu, mama menyerah diri di hosp besar sultan abdul halim sg petani. Mlm sblm tu mmg tak dapat tido. Perut mengeras setiap jam. Sesudah sarapan, lapor diri di kaunter labour room. Berbekalkan buku merah, nurse mula catit info yg diperlukan, kemudian timbang berat ... 74.5kg... Wah mama berjaya naik dr 56 kg ke 74.5 kg...
Kemudian buat test air kencing...
Seorang dr datang bgtau nak check bukaan rahim..
Rasa menggigil dan seram.. Tp dah serah diri ni.. Tawakal jalah bnyk2..
Dr bgtau dah buka 4cm... Huhu patutlah mama sakit perut yg amat setiap jam, agaknya sbb laluan tgh membuka...
Disebabkan dah buka 4cm, jadi blh dah bersalin.. Tanpa induce..
Tukar baju, lps tu jumpa baba... Minta ampun maaf.. Sempat makan roti dgn air susu coklat..
Tp masa ni rilek lg, blm lg sakit..

Masuk dlm.labour room, dr pecahkan air ketuban.. Masa ni x ingat pukul berapa.. Tapi rasanya dlm kul 12-1 tgh hr. Lps air ketuban pecah.. Terasa contraction dtg semakin kerap, mama menggigil tahan sakit.. Mengiring sambil pegang katil.. Ms ni mmg ingat Allah shj.. Istighfar dan bc ayat kursi.. Ms nurses passdown d luar.. Rasanya dlm kul 2 ptg.. Terasa sakit tersangat luar biasa... Automatic spt hendak meneran.. Takut sangat.. Tak ada nurse dlm blk.. Menjerit pggl nurse sekuat hati .. Mashaa Allah.. Tuhan shj yg tahu..

Bukaan 10cm.. Beberapakali dah cuba meneran.. Tapi tak berjaya.. Letih dan takuttt...
Dah bgtau dr dah tak larat.. Nurse dgn dr ttp suruh meneran last .. Tarik nafas pjg2 dan meneran sekuat hati.. Tak blh lps nafas.. Anak blh lemas disedut keluar tetapi ditarik semula ke dalam. Dgn bantuan nurses dan dr.. Berjaya juga lahirkan qusyairi secara normal (nurse dah mcm tok bidan.. Tlg pegang perut dan tolak baby dlm perut) ..

3.79kg.. Patutlah jenuh..
Tapi que sgt comel.
Pp yg sangat tembam..
Rambut yg lebat..
Mulut yg cantik..

Alhamdulillah rezeki mama baba anak lelaki sulung..

4mar2014 que hana speech progress

Lama tak update blog. Hari ni berazam nak write down progress pertuturan hana dgn que..

qusyairi dah hmpir 3y 10m. Mampu 2 words. Mula bercakap after 3y birthdays. Start dgn susu, mama, baba. Lepas tu pandai dah hafal a,b,c sampai hbs, 1,2,3 sampai 10. Shapes yg dia tahu sebut circle, squares, triangles, rectangular, oval, star, flower, house, octagon. colours dia tahu red, yellow, green, blue, black, white, brown, pink, purple.. animals pun bnyk jg dah hafal.. kangaroo, lion, zebra, giraffe, cat, dog, pig, horse, frog, gorilla, fish, tiger, ada lg kut.. mama x ingat pulak. ni sbb dia minat gila dgn utube, mgkn sbb tu english vocab bnyk. prnh kami pi zoo negara tahun lps.. dia tiba2 ckp osytrich dgn pelat.. mama pun x perasan dtg dr mana, tp rsnya ingat dr tab, ada abc animal siap dgn bunyi. skrg ni mama baba cuba nak ajar ayat pnjg.. kisah x leh lupa thn ni ialah br2 ni di surau aeon perda during baba dia solat, tiba2 dia bc doa dgn kuat dan pelat. tahu bc doa mkn tu sbnrnya. tp bila suruh sblm2 ni dia buat donno aja he he. que pun dah start tadika awal thn ni, di little caliph. setakat ni tgk perkembangan positif. dah blh kenal suku kata a,i,u,ba,bi,bu sampai za,zi,zu. kalau buat random test pun dia blh jwb. tp mengajar membaca agak mencabar. moga2 Allah mudahkan proses pengajaran dan pembelajaran que..

faihanah dah msk 2y 1m. adik hana ni pun kategori lambat cakap jg ni. mama dgn baba pun dah start runsing. tp sbg ibu bapa ni kami cuba buat yg trbaik. bnda yg dia pernah sebut ialah mama, baba, nyum nyum, mam. setakat tu shj. tp bab mengikut arahan mmg ok sgt. hana pun punya tahap observation yg tggi.. mau taknya, lps mama mandi dia cpt2 ambil sikat, bedak, nak tlg ambilkan bj seluar dr almari, sibuk jg nak pakaikan abg que bj lps mandi he he. kalau nampak mama ambil whuduk, cpt2 dia ambilkan sejadah. ms mama tgh solat dia dah ready dgn buku surah yassin.. lps bg slm trs dia bg tuk mama bc. kalau ptg2 smpai ja rumah nak tlg ttp pntu pagar. bgsnya anak mama ni. harap2 hana cpt blh ckp. mama tak pts2 doakan anak2 mama, inshaa Allah mama tunggu sayang..

mama harap mama lbh sbr dan krg marah2 dgn anak2 mama. kesabaran dlm mendidik anak2 mama. ya Allah yang maha pemurah, maha pengasihani. ampuni dosa2 mama baba. mudahkanlah kami dlm mendidik anak2 kami. lindungilah kami dan ibubapa kami di dunia dan akhirat.. 

Sunday, January 26, 2014

Mari berjogging

Petang td sempat kami pergi berjogging di khtp.. Dkt2 dgn intel km6. Bukan main seronok hana dgn que.. He he

Que berjalan je bnyk.. Hana mintak dukung ja bnyk.. Jenuh gak mama dukung guni beras mama ni sambil2 lari2 anak..

Chewing sikit gambar depa ni..
:-)

Wednesday, January 22, 2014

Kerja setelah 5 hari cuti

Hari ini kerja setelah 5hari bercuti, sabtu ahad normal off, isnin replacement sultan kedah birthday, selasa annual leave, rabu factory shutdown.

Alhamdulillah, hati lebih tenang,
Keserabutan yg melanda berbulan-bulan, bagaikan tersadung dan jatuh berkali-kali.

Kerja sgt bnyk, dah tak dpt urus dgn btl. Bos, tlglah kurangkan workload sy. Hu..

Buat husband, ayg janji akan blk awal ya lps ni. Ayg tau, anak lbh penting..

Think positive!!!

Ya Allah, permudahkan urusan kerja2 seharianku. Tabahkan hatiku. Tenangkan hatiku. Kurniakanlah kesabaran yg tinggi dalam hatiku.

Monday, January 20, 2014

Keep fit

Smlm blk ke tg bunga. Saja2 melawat mil fil.
Sblm kuar dr penang husband ajak masuk paragon mall. Kunjungan kami yg ke2 untuk kami selama sejak pembukaan. Sj cuci mata.. He he

Singgah ke kedai daiso, setiap barang rm5.. Best jg kdai ni. Tp pengguna haruslah bijak memilih, ada juga brg yg blh didapati dgn harga yg lbh murah di kdai2 biasa.

Husband sempat memilih "keperluan" mama katanya. Beri sokongan untuk mama katanya juga..

Mungkin sbb bdn mama dah lbh sht berbndng dulu. Sejak sy dah stop mengepam susu di tempat kerja. Mlm dan waktu cuti sahaja saya direct bf hana (hana dah hmpr 2thn.. 2feb2012). Itupun topup dgn susu formula. Dah kurang bnyk output. Di lain masa sy akan ceritakan pengalaman brharga sy susukan que dan hana ya.

Enjoy dgn gambar di bwh,
P/s: buat baba, hrp mama leh trnkan 5kg pasni.. He he

Saturday, January 18, 2014

kisah qusyairi yang lambat bercakap

Bismillah..

Hari ni tergerak hati nak kongsi mengenai que anak sulung yg ketika ini berumur 3 tahun 8 bln.. Mendapat inspirasi dr blogger kak zalina ;-)

Qusyairi dan hana anak2 istimewa mama dan baba.. Both lmbt brcakap.

Nak kongsikan perkembangan que. Mama perasan que lain dr yg lain sejak umur setahun lebih, ms umur kurang setahun que blh sebut mama, allah hu akbhar, tp tiba2 stop dr brckp. Dunia que adalah brmain dan ketawa. Bebal dan mengamuk jg amat selalu, nak sesuatu benda hanya melalui menangis dan tarik tangan mama baba. Nak susu sanggup bw beg susu dan tnjuk kat mama. Kdg lawak jg, dia pergi gongcangkan raga btl2 susu yg br dibasuh sbg isyarat nak susu. Kalau nak kan sesuatu bnda tu smpai menangis2 menjerit2. Tambah2 kat supermarket. Ms umur 2 tahun lbh suka sgt eskelator, bila dukung time dia nak main eskelator tu menjerit2, menangis sampai keluar air mata, hingus, air liur.. Org mesti pandang2 mcm kami dera anak ha ha. Padahal x buat apa pun kat dia, cuma tangkap dan dukung.. Kalau x dpt mainan yg dia nak pun menjerit menangis kuat2. Kdg tu brdoa siap2 dlm keta ni, sblm kuar dr keta agar que x buat ragam teruk2 kat shopping mall nanti.. Perangai pelik que juga adalah suka gelak kuat2 kalau geli hati. Nampak mcm tgh over excited. Favorite que adalah tv, sejak dr krg sethn dia suka sgt barney, sesame street, upin2 ipin, disney channel dan jg car mc queen.. Kalau x bg mmg mengamuk jglah.. Jd kami lynlah, smbil tgk smbil cuba ajar apa yg dia tgk tu..

Sbg mama baba, x tergambar bgmana nak ceritakan perasaan kami. Risau, runsing, sedih, kdg trtekan dgn situasi que. Of course semua ibubapa hrpkan anak normal dan mudah dibentuk. Tp suratan Illahi, kami terima dgn redha. Kesabaran kadang tak terbendung. Namun kami cuba untuk eratkan kuatkan perasaan. Pernah baba pesan kat mama, anak2 kita istimewa. Kita kena jg anak2 kita baik.. Anak2 kita x sama dgn org lain. Buat mama tersentuh, dan air mata berlinang.. Mama blh nmpak baba sgt sbr.. Baba sumber kekuatan mama..

Kami selalu bw anak2 ke klinik dr lim pakar kanak2 kulim. Dah mcm family dr. Dia dpt lht kelainan que yg x berckp, x pndang mata kalau kita brinteraksi dgn dia. Sgt duk tak diam kalau blh nak cuba tgk dan pgg bnda2 dlm bilik dr tu. Prnh jg ms umur setahun lbh, mengamuk nak bw blk mainan yg dia main ms tgh amik nebulizer (time tu dia batuk kahak yg smpai paru2) jenuh gak nak tenangkan dia dpn dr ms tu. Tp ms tu kami perasan mslh que tp x lah rasa que x nrmal cuma pujuk diri ala, x lama lg brckplah dia. Jd srt dr lim tuk rfr pakar kami smpan. Lama skit, 2 thn lbh kami rujuk klinik keshtn. Dr buat srt rujuk dr hosp bsr sg petani. Brmula di situ, dr buat hearing test , result sgt bagus. Dr ckp, pendengaran dia lg bgs dr kita. Pastu que di refer dr occupational theraphy kat hosp kulim. Dan speech theraphy di sg petani. Bnyk ikuti kat kulim, teknik montessari dan dr lbh memahami juga bnyk bg nsht2 cr2 didik que. Dr suspect que ada ADHD, slh satu cbg dr autisme sindrom. Lama skt, dr ckp attention disorder tak terlalu kritikal, masih blh dibentuk dan perlu bnyk perhatian dan theraphy supaya blh bentuk que dan blh beri focus dgn lbh baik.

Masa que 3 tahun, dia mula sebut susu, alhamdulillah, x mengamuk dah dia time nak susu he he. Beberapa mggu pastu mama bg dia tgk abc melalui tv u tube.. Lps 2-3 mggu que dah blh sebut semua huruf, dah kenal setiap satu dgn baik.. Dan belajar one to ten dlm ms semggu.. Blh kenal colour, shapes.. Syukur sgt rupanya anak mama punya ingatan yg kuat.

Ms bw que jmpa dr br2 ni masa que x sht, dr lim bgtau kids mcm que mmg punya IQ bgs, tp kami x blh terlalu gembira. Kami perlu beri perhatian dgn masalah komunikasi sbb kbnyakan kids mcm ni membesar dgn kelemahan dlm komunikasi. Cabaran yg kami akan hadapi bersama.. 

Skrg ni, que dah pass dgn flying colors latihan x pkai pampers dah, dah blh bgtau mama, nak cing. Mlm pun blh thn x kencing mlm dah.. Bab brckp, walau blm pandai brsmbang, blh dah sbt 2 perkataan, mcm nak nasi, nak lagi.. Takpalah, itupun dah dikira bnyk improvement berbndg sblm ni..

Baru2 ni gantikan baba amik que dr tadika, jd blhla tanya cikgu2 bgmaimana que di tadika. Cikgu bgtau que bnyk diam, tp blh ckp nak kencing, berak, cikgu tak sgka dlm diam2 que, pernah dia dgr que bc abc yg ada kat tgga tadika, blh sbt colors yg btl ms aktiviti mewarna. Dan cikgu jg bgtau dia blh ikut kelas membaca, x bnyk mslh sgt.. Alhamdulillah, mama hrp sgt anak mama blh bg tumpuan dlm kelas..

Harapan agar kami brsbr dan tabah dlm mendidik anak2 kami.. Adik que, hana skrg dah setahun 11bln pun blm blh brckp.. Hana x suka tgk tv mcm abang, bnyk dgn mama sbb susukan dia smpai skrg.. Kesabaran dan kekuatan amat2 mama baba perlukan, semoga Allah pelihara kami dan permudahkan urusan kami dalam mendidik..

Semoga anak2 mama membesar dgn baik ya. Mama baba sygkan both sgt2