Sunday, March 30, 2014

31march14 progress

qusyairi almost 3y 10m. vocab makin bertambah. nampak berusaha bina ayat 3 words kadang2.

hana almost 2y 2m, blm brckp selain dr perkataan mama baba. minat buat gaya dan bunyi menyanyi dan mengaji.

ya Allah, mudahkanlah mereka bercakap. kurniakanlah akal fikiran yg baik. peliharalah mereka di dunia dan akhirat.

*layan gambar hana dan que dgn sepupu br2 ni

Friday, March 28, 2014

Mengandungkah aku???

Hmm entah mengapa, period lewat. Bln lps 22hb, mengikut kitaran sepatutnya 24hb march. Menunggu sehingga 26hb, badan rasa lain macam dah..

- asyik pening kepala ja, pernah 1 hari amik half day leave.. sbb nak dptkan rehat sbb pening. baba tlg hntrkan hana ke taska. qusyairi mmg pergi tadika dgn baba tiap2 hari
- seluar jeans yg selalu muat2 jd ketat 2-3 mggu ni
- perut yg buncit sikit rs mcm buncit bnyk pulak
- rasa sengal2 sakit2 sikit dgn bwh perut / kawasan ari2
- rasa letih di tmpt keja. selalu masuk fab (line - wafer fabrication) ok ja. tp ada ketika rasa letih badan, berfikir bnyk pun rasa letih
- keja bnyk, tp asyik pening ja. mengadap laptop pun rasa letih
- pernah terfikir nak menyicah pelam muda
- pernah ckp kat hana mama nak bw blk baby baru, takmau hana (buat2 merajuk dgn hana sbb dia merap dan menangis memanjang)
- br2 ni pi pasar mlm, dukung hana. blk rs bebal sbb letih sgt hu hu. ms ni rs mcm marah je kat baba sbb x mau bw stroller hana..
- duk di dapur berpeluh2 panas waktu masak tak mcm selalu. pun rasa mcm hangin ja kalau hana que mai kacau.. hu

- sembelit yg teruk. luka dah berdarah 2x. hu hu hu - beberapa kali kaki kebas sampai tak dpt berdiri dgn btl..

dan 27hb ptg blk dari keja, lps ambil hana.. sggah farmasi.. blk trs test..

jeng

jeng

jeng

double line trang tang tang

harap anak mama ni sht dan membesar dgn baik dlm kandungan mama.

que dan hana, baba.. keluarga kita akan brtambh lagi.. :-)

3rd pregnancy

ya Allah.. dalam keresahan dan kesungguhan memanjatkan doa setiap hari agar que dan hana mampu bercakap dgn baik.. Allah kurniakan yg ke 3. ya Allah, kuatkanlah diriku. haruskah diriku menangis gembira atau menangis keresahan.. bagaimana diriku mampu menjaga mereka, sedangkan pertuturan mereka sgt lemah. bgmana pula yg ke3. diriku amat takut hadapi semua ni. berilah kekuatan padaku ya allah. tlglah daku ya allah. daku merayu padamu ya allah. diriku amat takut. takut.. takut diriku x dpt menguruskan mereka semua dgn baik ya allah. permudahkan kami daku dan seluruh keluargaku ya allah..

Tuesday, March 11, 2014

march 13 update

Qusyairi masih blm mampu 3words, vocab makin bertambah. "baba, nak ayaq" perkataan ni buat mama dgn baba tergelak. Terer gak anak mama cakap utara.. (mama org sp, baba org penang), tantrum still ada. Perkara yang buat mama puzzle, samada que ada autisme atau tidak.. obvious tentang autisme pada que adalah speech delay, tantrum, tip toe sekali sekala, susun mainan, most of the time tak menyahut kalau mama panggil dan lbh suka teruskan apa yg que tgh buat.

Hana pula, sekali sekala kuar jg mama, baba. skrg dia rajin sebut "mmbaa" nak menunjukkan dah hbs.. hbs mkn, hbs minum. satu lg "nnnya" kalau nak tunjukan sesuatu. good anak mama. keep it up. mama tggu dgn sabar ye syg.

syg sgt kat both.

kat bwh gambar latest tgh enjoy mkn apple.
juga gambr que susun kereta dan susun bantal :-)

Tuesday, March 4, 2014

Pengalaman mengandungkan Mohamad Qusyairi Merican

Mengimbau kenangan mengandungkan Qusyairi.. Masa tu br 2 bulan berkahwin, period delay lebih dari seminggu. Buat self test, naik 2 bar. Alhamdulillah syukur sangat. Masa tu mama masih lagi teruskan pengajian separuh masa SPACE UTM, Degree in Electrical Engineering di tahun ke-empat dan semester akhir. Agak mencabar kerana mama sudah act sbg Process Engineer dan tengah belajar 4 subjek yang wajib dapat good results sbb nak maintain 2nd class upper. Masa tu subjek tgh blaja numerical method, second fyp, economic and satu lg subjek engineering. 1st trimester agak mencabar sbb mama asyik letih dan ngantuk nak tidur sahaja. Mujur mama tak alah teruk. Mama belajar dgn baik, (baba selalu ingatkan mama tuk study, sbb mama ni asyik letih dan tido ja hu) hbskan fyp, siap present di utm johor.. join kwn2 yg lain sebiji kereta shj.. Alhamdulillah final cgpa 3.11 milik mama.. :-) bukan senang dgn part time follow 100% arus perdana.

During 7m mama dah hbs kelas, jd kerja dan jaga kandungan mama shj. Mama amalkan air kelapa, kebetulan ada seorang makcik berniaga di tepi jalan otw mama blk keja. Susu anmum setiap pagi. Amalkan yassin setiap minggu. Stress ada juga sepanjang mengandung, Tapi mama tabahkan jiwa raga.

Mama checkup di klinik keshtn lunas. Blh dikatakan setiap kali checkup mama mcm naik nak hangin. Kul 9-12.30 baru settle, masa tu kuar dari ofis atas kebenaran bos, bos ok tapi kerja yg tak siap hu. Bila mama cerdik sikit, mama pi checkup pukul 11, hbs sblm kul 1 sbb nurse nak break, mereka blh pulak speed up nak settle sblm makan.

Que dlm kandungan aktif, perut mama pun besar. Masuk minggu 37 perut selalu mengeras mcm contraction setiap beberapa jam. Memang rasa mcm nak buang air besar. Malam2 pun tak tido nyenyak sbb panas sangat. Siap mandi setiap kali terjaga dr tido sbb panas sgt. Tido pun blh mengiring sahaja, kalau tido mcm biasa rasa berat mcm batu besar atas perut. Due date 3may2010 tapi hari due date, checkup blm ada tanda2 nak bersalin.  Dr bg tempoh seminggu 9may2010 untuk serah diri jika masih blm bersalin. Penantian seminggu amat jerih.

Hr ahad 9may2010 kebetulan hari ibu, mama menyerah diri di hosp besar sultan abdul halim sg petani. Mlm sblm tu mmg tak dapat tido. Perut mengeras setiap jam. Sesudah sarapan, lapor diri di kaunter labour room. Berbekalkan buku merah, nurse mula catit info yg diperlukan, kemudian timbang berat ... 74.5kg... Wah mama berjaya naik dr 56 kg ke 74.5 kg...
Kemudian buat test air kencing...
Seorang dr datang bgtau nak check bukaan rahim..
Rasa menggigil dan seram.. Tp dah serah diri ni.. Tawakal jalah bnyk2..
Dr bgtau dah buka 4cm... Huhu patutlah mama sakit perut yg amat setiap jam, agaknya sbb laluan tgh membuka...
Disebabkan dah buka 4cm, jadi blh dah bersalin.. Tanpa induce..
Tukar baju, lps tu jumpa baba... Minta ampun maaf.. Sempat makan roti dgn air susu coklat..
Tp masa ni rilek lg, blm lg sakit..

Masuk dlm.labour room, dr pecahkan air ketuban.. Masa ni x ingat pukul berapa.. Tapi rasanya dlm kul 12-1 tgh hr. Lps air ketuban pecah.. Terasa contraction dtg semakin kerap, mama menggigil tahan sakit.. Mengiring sambil pegang katil.. Ms ni mmg ingat Allah shj.. Istighfar dan bc ayat kursi.. Ms nurses passdown d luar.. Rasanya dlm kul 2 ptg.. Terasa sakit tersangat luar biasa... Automatic spt hendak meneran.. Takut sangat.. Tak ada nurse dlm blk.. Menjerit pggl nurse sekuat hati .. Mashaa Allah.. Tuhan shj yg tahu..

Bukaan 10cm.. Beberapakali dah cuba meneran.. Tapi tak berjaya.. Letih dan takuttt...
Dah bgtau dr dah tak larat.. Nurse dgn dr ttp suruh meneran last .. Tarik nafas pjg2 dan meneran sekuat hati.. Tak blh lps nafas.. Anak blh lemas disedut keluar tetapi ditarik semula ke dalam. Dgn bantuan nurses dan dr.. Berjaya juga lahirkan qusyairi secara normal (nurse dah mcm tok bidan.. Tlg pegang perut dan tolak baby dlm perut) ..

3.79kg.. Patutlah jenuh..
Tapi que sgt comel.
Pp yg sangat tembam..
Rambut yg lebat..
Mulut yg cantik..

Alhamdulillah rezeki mama baba anak lelaki sulung..

4mar2014 que hana speech progress

Lama tak update blog. Hari ni berazam nak write down progress pertuturan hana dgn que..

qusyairi dah hmpir 3y 10m. Mampu 2 words. Mula bercakap after 3y birthdays. Start dgn susu, mama, baba. Lepas tu pandai dah hafal a,b,c sampai hbs, 1,2,3 sampai 10. Shapes yg dia tahu sebut circle, squares, triangles, rectangular, oval, star, flower, house, octagon. colours dia tahu red, yellow, green, blue, black, white, brown, pink, purple.. animals pun bnyk jg dah hafal.. kangaroo, lion, zebra, giraffe, cat, dog, pig, horse, frog, gorilla, fish, tiger, ada lg kut.. mama x ingat pulak. ni sbb dia minat gila dgn utube, mgkn sbb tu english vocab bnyk. prnh kami pi zoo negara tahun lps.. dia tiba2 ckp osytrich dgn pelat.. mama pun x perasan dtg dr mana, tp rsnya ingat dr tab, ada abc animal siap dgn bunyi. skrg ni mama baba cuba nak ajar ayat pnjg.. kisah x leh lupa thn ni ialah br2 ni di surau aeon perda during baba dia solat, tiba2 dia bc doa dgn kuat dan pelat. tahu bc doa mkn tu sbnrnya. tp bila suruh sblm2 ni dia buat donno aja he he. que pun dah start tadika awal thn ni, di little caliph. setakat ni tgk perkembangan positif. dah blh kenal suku kata a,i,u,ba,bi,bu sampai za,zi,zu. kalau buat random test pun dia blh jwb. tp mengajar membaca agak mencabar. moga2 Allah mudahkan proses pengajaran dan pembelajaran que..

faihanah dah msk 2y 1m. adik hana ni pun kategori lambat cakap jg ni. mama dgn baba pun dah start runsing. tp sbg ibu bapa ni kami cuba buat yg trbaik. bnda yg dia pernah sebut ialah mama, baba, nyum nyum, mam. setakat tu shj. tp bab mengikut arahan mmg ok sgt. hana pun punya tahap observation yg tggi.. mau taknya, lps mama mandi dia cpt2 ambil sikat, bedak, nak tlg ambilkan bj seluar dr almari, sibuk jg nak pakaikan abg que bj lps mandi he he. kalau nampak mama ambil whuduk, cpt2 dia ambilkan sejadah. ms mama tgh solat dia dah ready dgn buku surah yassin.. lps bg slm trs dia bg tuk mama bc. kalau ptg2 smpai ja rumah nak tlg ttp pntu pagar. bgsnya anak mama ni. harap2 hana cpt blh ckp. mama tak pts2 doakan anak2 mama, inshaa Allah mama tunggu sayang..

mama harap mama lbh sbr dan krg marah2 dgn anak2 mama. kesabaran dlm mendidik anak2 mama. ya Allah yang maha pemurah, maha pengasihani. ampuni dosa2 mama baba. mudahkanlah kami dlm mendidik anak2 kami. lindungilah kami dan ibubapa kami di dunia dan akhirat..