Friday, December 19, 2014

Pantang hari ke-17

Rindunya rumah sendiri kulim...
Rindu dgn que dan hana..
Rindukan husband juga...
Cepat2 lah pantang hbs...

Pantang di sg petani..
Weekend husband dan anak2 dtg melawat..
Tapi minggu ni husband ada hal..
Hari ni ada nikah sepupu husband di alor setar, lps tu ada speech therapy que dan hana di penang..

Huhuhu

Takpalah..

Bgn pagi2 pump susu dulu..

Sng maktok susukan sat lagi..

Mama blh mandi dan tunku sementara maktok tlg tengokkan amni...

* rezeki amni..
* 5oz tuk amni minum, 3oz untuk stok..

Monday, December 15, 2014

Stock susu amni

Alhamdulillah, hr ke 15 amni fully breastfeed.

Dulu 1st baby que breastfeed sampai 1y 2m. Stop sbb preggy kan hana. Ms awal kelahiran que bln pertama ada jg campur susu, lps tu stop bila susu dah meriah.

2nd baby hana pula berjaya fully provide susu dgn breastfeed sampai 1y 6m lps tu campur dgn formula. Mlm2 masih menyusu bdn.. Siang ja campur formula.

Sebagai persediaan awal, mama dah start pump susu sbg stok. Target tak byk, 1 bngkus plastik sehari (3-4oz per plastic).. Dgn harapan dpt kumpul 50 bungkus sebelum mula kerja. Inshaa Allah, moga dipermudahkan.

Sekarang ni pun dah mula ajar amni nyusu guna botol sekali sehari. Supaya mudah. Nak pi kerja mudah, nak pi jalan2 pun mudah. Mama cuma kena rajin pump sahaja...

:)


Sunday, December 14, 2014

Kelahiran cahaya mata ke 3

3 dec 2014, selamat melahirkan cahaya mata yg ke 3 di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Seorang bayi perempuan dengan berat 3.55kg.  Lewat 4 hari dari tarikh jangka bersalin 29 november. Alhamdulillah bayi sihat.

Hari ini hari ke 13 Nur Fathiah Amni Merican lahir. Alhamdulillah Amni disusukan sepenuhnya dengan susu mama. Semoga anak mama membesar degan sihat, bahagia, sebagai anak yang solehah, baik budi perkerti, disenangi, berjaya dunia dan akhirat.

Mama baba abg que kakak hana sayangkan adik amni sangat2…