Perkongsian pengalaman hidupku :) terutama mengenai anak2 yang lambat bercakap... Me as TFD PE, lovely wife, great mom of 3 kids... que, hana, amni .. ❤
Monday, February 26, 2018
Monday, February 19, 2018
Anak saya demam. Apa saya nak buat?
ANAK SAYA DEMAM! APA SAYA NAK BUAT?
Semua yang bergelar ibu bapa tak akan pernah terlepas dengan keadaan di mana anak mereka demam. Lebih-lebih lagi dalam usia mereka membesar. Demam bukan sahaja memberikan kepayahan kepada anak yang mengalaminya tetapi juga ibu bapa yang turut merasa payah mengendalikannya.
1. Demam sendiri bukanlah penyakit
Satu perkara yang kita perlu tahu demam bukanlah penyakit yang tidak boleh tidak, perlu dihapuskan serta merta. Demam adalah tindak balas badan menaikkan suhu badan untuk melawan penyakit, Puncanya ada banyak: bakteria, virus dan lain-lain lagi. Apabila badan kita menaikkan suhu ini sekaligus meransang tindak balas immuniti kita untuk melawan penyakit. Demam jarang sekali memberikan kesan yang serius dengan syarat puncanya diketahui dan kanak-kanak tersebut mendapat air yang secukupnya.
2. Yang bahaya itu hyperthermia bukan demam
Demam adalah tindak balas dalam badan yang dikawal oleh bahagian pituitari, badan kita tidak akan menaikkan menaikkan suhu sesuka hati dan dalam keadaan demam tindak balas badan kita untuk menyejukkan badan masih ada.
Berlainan dengan hyperthermia di mana suhu badan kita naik mendadak lebih daripada 42 degree celcius, keadaan ini lebih bahaya disebabkan oleh sebab-sebab luaran seperti terdedah kepada persekitaran suhu yang panas atau heat stroke.
3. Jadi nak buat apa kalau anak demam?
Pertama sekali jangan panik dan terus menyayangi anak anda seperti biasa. Kalau kita panik, keputusan yang kita buat pun melulu dan bakal merungsingkan keadaan. Yang paling penting sekiranya anak anda demam adalah nutrisi semasa mereka demam, pastikan anak anda mendapatkan makanan berkhasiat secukupnya dan minum air secukupnya; malah ini lebih penting daripada memberi ubat demam. Keduanya, kenal pasti tanda-tanda bahaya seperti anak menjadi lemah, muntah tidak berhenti, tidak mahu senyum, tidak mahu bermain lagi, sawan, bintik-bintik merah dan demam berpanjangan selama-lama beberapa hari; kanak-kanak perlu dibawa berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
4. Bila nak beri ubat demam/paracetamol/ panadol?
Paracetamol seperti ubat-ubat lain perlu diberi mengikut indikasi. Meskipun ubat ini antara ubat yang selamat dan telah lama dan banyak digunakan (yang mengatakan ubat ini terus boleh sebabkan sakit buah pinggang dan hati serta merta adalah mitos) namun ini bukan bermakna ubat ini boleh diberikan sesuka hati. Cara pemberian ubat paracetamol yang betul dan optimum adalah mengikut arahan dan jumlah yang diberikan oleh doktor dan farmasi. Pemberian kurang dos tidak akan mengurangkan demam dan sakit dan pemberian dos berlebihan boleh menyebabkan bahaya keracunan.
Ubat paracetamol seharusnya diberikan apabila anak yang demam itu tidak selesa, mengadu sakit, kurang bermaya, ataupun demam yang sangat tinggi (40 darjah celcius dan ke atas). Ubat paracetamol ini diberikan supaya kanak-kanak ini lebih selesa dan membantu mereka untuk minum dan makan seperti biasa.
Ubat paracetamol juga disarankan untuk diberikan kepada kanak-kanak yang masih kecil, kekurangan zat makanan, mempunyai penyakit lain seperti sakit jantung atau mempunyai penyakit jangkitan paru-paru seperti radang paru-paru ataupun bronchiolitis.
Sekiranya kanak-kanak tersebut sibuk bermain, aktif, geligat, makan dan minum seperti biasanya sebenarnya ubat paracetamol tidaklah sangat diperlukan. Tapi ingat! sentiasa waspada sekiranya ada tanda-tanda bahaya pada anak seperti yang saya nyatakan sebelum ini.
5. Kalau tak bagi ubat demam, nanti anak saya kena sawan!
Perlu diingatkan ubat demam hanya ubat mengurangkan demam dan sakit tapi ia bukan ubat yang boleh mengelakkan berlakunya sawan atau febrile fit. Kajian systematic review cochrane juga mengatakan paracetamol tidak dapat dibuktikan lebih baik untuk mengelakkan berlakunya sawan berbanding dengan placebo.
Kebanyakan sawan adalah Simple febrile fit (berlaku sekali sahaja, kurang daripada 15 minit, tidak lebih satu episod setiap 24 jam). Risiko untuk sawan ini berulang adalah untuk kanak-kanak yang ada sejarah keluarga sawan, demam suhu rendah ketika sawan dan umur kurang daripada satu tahun).
Kalau berlaku sawan jangan panik, iringkan ke sebelah kiri atau kanan,elakkan kanak-kanak daripada mencedarakan diri dan kemudian bawa ke hospital untuk pemeriksaan. Jangan risau, anda masih ibu bapa yang baik walaupun anak anda mengalami febrile fit.
Kesimpulannya
Gunakan ubat paracetamol sebaiknya mengikut saranan. Janganlah tidak beri lansung bila anak anda memerlukan. Jangan pula terlalu panik hinggalah menyangka paracetamol itu umpama makanan ruji yang perlu diberi sepanjang masa apabila anak anda demam ataupun sehingga memberikan beberapa ubat demam sekaligus. Apa yang lebih penting ketika mereka demam adalah rawatan ke atas punca, kenal pasti tanda-tanda bahaya dan nutrisi yang secukupnya ketika mereka demam.
Dr Fadly Khairie
Doktor Kesihatan Awam
Medical Mythbusters Malaysia
Reference:
1. Fever in under 5s: assessment and initial management. NICE Guideline UK. https://www.nice.org.uk/guidance/cg160
2. Paracetamol for treating fever in children. Cochrane Database Systematic Review. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12076499
3. Febrile Seizures: Risks, Evaluation, and Prognosis. American Family Physician. https://www.aafp.org/afp/2012/0115/p149.html
4. Fever management: Evidence vs current practice. World Journal of Clinical Pediatric. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4145646/
Gadjet penawar atau rajun bagi bayi
[ #GAJET PENAWAR ATAU RACUN BAGI ANAK? ]
Kalau anak anda mengamuk, tantrum dan berlari-lari tak dengar cakap, apa yang anda buat? Umpan dengan gajet betul?
Berapa ramai ibu bapa di sini yang didik anak mereka dengan upin ipin, didi and friends, boboboy dan lain-lain seawal usia 5 bulan keatas? Angkat tangan ✋
Kajian menunjukkan anak-anak di bawah umur 2 tahun yang di biarkan menonton rancangan di TV akan mengalami efek negatif yang lama pada perkembangan bahasa, skil membaca dan ingatan memori jangka pendek. Kesan menonton TV pada 2 tahun pertama juga akan mengganggu tidur dan tumpuan anak-anak apabila mereka meningkat dewasa.
Kajian di Malaysia yang ada dilaporkan dalam sebuah mesyuarat ECCE Council baru-baru ini menyatakan bahawa 10 tahun dahulu, kadar masa fokus bagi pelajar di dalam kelas adalah 13 minit. Hari ini, kadar masa fokus telahpun jatuh pada hanya 4 saat. Ramai guru yang mengadu tentang permasalahan mengawal anak murid dalam kelas, dan inilah antara puncanya; terlalu banyak didedahkan dengan pelbagai jenis gajet, tanpa pengawalan yang serius.
Rajah di bawah (lihat pada gambar)menunjukkan perbezaan antara otak yang normal dan otak yang mengalami rangsangan gajet yang berlebihan tetapi rangsangan stimulasi sensori yang berkurangan. Buat pengetahuan semua, 3 tahun pertama pertumbuhan otak adalah sangat penting kerana saiz otak adalah dua pertiga saiz otak dewasa. Jika anak-anak mengalami masalah kurangnya stimulasi sensori seperti yang dilihat dalam rajah (ruang-ruang kosong), maka sangatlah rugi besar bila mana sel-sel otak tersebut mati begitu sahaja.
Sebelum anda salah faham, permasalahan ini bukanlah pada apa yang anak-anak lakukan sewaktu menonton televisyen atau sewaktu bermain gajet, tetapi apa yang mereka TIDAK LAKUKAN sewaktu dalam proses tersebut, yang mungkin berjam-jam lamanya (jika tidak dikawal dengan baik). Perkembangan anak-anak adalah berlandaskan pada bagaimana aktifnya mereka berinteraksi dengan ibubapa atau penjaga dan juga sebanyak mana mereka melihat interaksi ini berlaku. Menonton televisyen atau bermain gajet hanya melibatkan efek 2D yang bukan realiti.
Kajian ada melaporkan, kebiasaannya, ibubapa akan bercakap dalam 940 patah perkataan per jam apabila anak-anak ada bersama mereka. Itupun jika ibubapa tersebut prihatin dan rajin bersembang. Apabila TV di pasang, bilangan patah perkataan ini jatuh hingga ke 770 per jam. Semakin kurang perkataan yang di sebut, semakin kuranglah pembelajaran perkataan baru. Semakin kurang jugalah kosakata yang boleh disimpan dalam lexical database otak kita. Antara sebab ramai anak yang lambat bercakap juga adalah di sebabkan oleh kurangnya perbualan antara ibubapa dan anak-anak.
Doktor Christakis yang merupakan Direktor pada Center for Child Health, Behavior & Development in Seattle, juga melaporkan bahawa anak-anak yang di bawah umur 3 tahun akan berkemungkinan besar mengalami masalah fokus di sekolah kelak jika diletakkan di hadapan televisyen berjam-jam lamanya. Malah, dalam kajian beliau mendapati, setiap 1 jam tontonan sehari akan menyebabkan 10% masalah fokus, 2 jam pula akan menyebabkan 20% masalah fokus, jika dibandingkan dengan anak-anak yang tidak didedahkan langsung dengan televisyen. Apa bezanya televisyen dan pendedahan pada gajet yang berjam-jam lamanya dalam satu hari?
Jika betullah kata-kata “you are what you eat” maka, apa yang berlaku adalah “otak anak-anak adalah sebagaimana apa yang dipaparkan pada mereka“. Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menyalahkan teknik keibubapaan anda, tetapi untuk kita sama-sama fikirkan cara yang boleh kita perbaiki untuk membantu rangsangan positif pada anak-anak. Bukan tidak boleh menggunakan gajet atau menonton televisyen, tetapi adalah lebih baik jika anda sentiasa bersama anak-anak dan berkomunikasi dengan mereka untuk menstimulasikan otak mereka. Gajet atau televisyen bukanlah babysitter buat anak-anak anda. Adalah tidak adil jika anda menyalahgunakan teknologi dengan cara ini. Rata-rata kajian menyarankan kurang dari 2 jam pendedahan pada gajet atau televisyen setiap hari bagi menyeimbangkan pertumbuhan otak anak-anak anda. Adalah lebih baik jika anak anda yang berumur bawah 2 tahun, langsung tidak didedahkan dengan gajet.
Sila share jika bermanfaat.
Disediakan oleh : Assist. Prof. Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli
Deputy Dean, Faculty of Early Childhood Studies, UNITAR
(Sumber: http://www.ukm.my/wadahict/kanak-kanak-gajet/)
Sunday, February 11, 2018
Tentang buku
Tentang buku📘
sejujurnya, lebih pedulikan tentang 'baca💭' ...
bukan 'buku'.
Buku hanya salah satu medium membaca.
Hanya dengan membaca *baru kita ada bahan untuk berfikir*
Akhir sekali yang kita patut *fokus adalah: FIKIR*
baca 1tajuk
dan fikir...
fokus n fikir
part ni..apa yg nk kita fikir📘
Bukan BUKU.
BIDANG KITA
Apa masalah kita kalau bidang kita pun kita tak minat nak dalami..
Hanya cukup sekadar tahu➡
Dalamilah..kalau tak nak g kelas berbayar.. Rajin rajinlah baca buku.. Beli buku buku bidang kita ...bila orang masuk ofis kita atau bilik kita *biar orang nampak bidang kita walaupun kita tak cakap*
Bila kita cakap pulak.. Orang tahu apa bidang kita.. *Orang boleh nampak kecenderungan kita walaupun kita tak cakap apa bidang kita*
❌Jangan sampai orang tak tau apa apa tentang kita dan orang langsung x boleh nak agak apa bidang kita
Dalamilah... Jangan berkira dengan ilmu
Utk angkat martabat bidang kita..kita kena ada
ILMU!
Cinta... Perlu dibuktikan
Cinta....Perlu pengorbanan
Cinta....tak cukup sekadar dalam hati📖
Fungsi tadika
Tadika itu apa sebenarnya? Tadika bukanlah masanya untuk menghafaz segala benda fakta dan figura. Juga, bukanlah lagi masanya untuk mencungkil dan memperkenalkan sedalam-dalamnya tentang konsep akademik. TIDAK.
Tadika lah masanya untuk mengembangkan semua deria, mempertajamkan kemahiran motor, belajar mengenai benda-benda penting dalam kehidupan, akhlak, menghormati orang, membenarkan kreativiti berlaku dan sebagainya. Ia adalah tempat persediaan untuk berdepan dengan pembelajaran masa akan datang.
Banyak Tadika tidak bertindak sebagai tadika. Terlalu mengikut kehendak ibu bapa yang semakin mengarut.
Kanak-kanak diharapkan untuk melakukan sesuatu benda melampaui daripada jangkauan di waktu usia yang sangat muda. Mencipta dan menyediakan persekitaran yang terlalu memberatkan akademik serta terlalu sedikit masa untuk bermain akan merosakkan peluang untuk kemahiran-kemahiran asas yang lain terus berkembang.
Inilah yang akan mengakibatkan banyak benda akan terjadi kepada kanak-kanak.
Bila kanak-kanak disuruh untuk melakukan perkara yang mereka belum sedia, masyarakat akan menuduh mereka sebagai ‘kanak-kanak yang bermasalah’ atau mempunyai masalah pembelajaran sedangkan mereka tidak. Masyarakat itu kadang-kadang tak jauh pun dari kanak-kanak.
Boleh jadi ibu bapa sendiri, guru sendiri, saudara mara dan sebagainya.
Mereka diasingkan dan masuk ke kelas ‘istimewa’ kalau mereka tak keeping up. Kanak-kanak ini telah dilabel sebagai gagal seawal usia tadika even sebelum mereka masuk ke sekolah yang sebenar. Kita sendiri telah membunuh minat mereka untuk mencintai sekolah. Inilah frustations dan disengagement melampau yang kita telah berikan dan akan berterusan sampailah habis sekolah mengengah. Kalau habis.
Tiada apa yang baik jika kita menyediakan kurikulum yang tidak bersesuaian dengan perkembangan mereka.
Kenapa nak cepat-cepat ni?
Mari kita sediakan masa yang banyak untuk kanak-kanak membesar untuk menjadi seorang manusia. Tak perlukan banyak duit pun. Cuma perlukan ilmu dan kefahaman.
Biar kanak-kanak menjadi seorang kanak-kanak.
📄copy
Strategi membantu aak bercakap
STRATEGI MEMBANTU ANAK BERCAKAP.💭
=======
Anak masih belum bercakap?
Anak bercakap hanya menggunakan satu perkataan?
Anak hanya gunakan ayat yang pendek ketika bercakap?
Bilangan perkataan anak terhad?
Mahu bantu anak bercakap?
.
Anda boleh ikuti tips di sini.
.
Sebelum itu, mari kita lihat bagaimana anak-anak belajar bercakap.
==
Kanak-kanak belajar menguasai bahasa dengan _mendengar dan mendengar berulang-ulang kali_➕
Sejak daripada lahir, mereka berupaya menyimpan semua bahasa yang digunakan oleh orang dewasa di sekeliling untuk digunakan nanti.
Ini bermakna, *proses bercakap bermula dengan mendengar, memahami dan menyimpan*
. 💭Kemudian barulah boleh digunakan (kira-kira usia setahun).
Bagaimana mahu tingkatkan kemahiran bahasa dan pertuturan anak?
Dengan BERCAKAP! BERCAKAP! BERCAKAP!💭💭💭
..
"Ada cara spesifik untuk bercakap dengan anak kecil?"
.
Ya, sudah tentu cara berkomunikasi dengan anak kecil berbeza dengan orang dewasa.
Bagaimana?
Tekniknya seperti di bawah:🔴
1. 'Parallel Talk'
Secara ringkasnya, teknik ini digunakan untuk bercakap tentang apa yang ANAK ANDA sedang;
+ dengar
+ lakukan
+ lihat
+ rasa
Bercakap selari dengan apa yang anak lakukan. Sebagai contoh, ketika mereka sedang bermain,
"Waahh, adik ada KERETA..TOLAK KERETA..oo uh..kereta jatuh!"
Atau pergi ke suatu tempat dan bercakap tentang apa yang dia lihat,
"Adik tengok kuda. Kuda jalan..kuda makan rumput."
Bagi penerangan untuk setiap tindakan yang dilakukan.
2. 'Self Talk'
Bercakap tentang apa yang ANDA lakukan, lihat, dengar dan rasa dengan kehadiran anak pada waktu itu.
Sebagai contoh,
Anda sedang buat kerja di dapur dan anak sedang bermain di area berdekatan, terangkan apa yang anda sedang lakukan.
"Ibu basuh pinggan. Pinggan kotor! Cuci pinggan..keringkan."
3. 'Expansion'
Memgembangkan perkataan atau ayat yang anak hasilkan.
Caranya, ulang semula apa yang anak ungkapkan dengan tambahan perkataan.
Sebagai contoh, apabila anak katakan, "Abah."
"abah balik!"
Atau "kak makan."
Respons "kakak makan nasi."
.
Apabila anda modelkan bahasa yang mudah dan sedikit tinggi daripada level anak, lebih mudah untuk mereka faham dan belajar kemahiran bahasa ke peringkat lebih tinggi.
.
.
Perhatikan contoh-contoh di atas. Tiada sebarang soalan digunakan.
Elakkan soalan.
Soalan akan buatkan anak-anak rasa keliru dan memberi tekanan bagi mereka yang baru mula belajar bercakap.
.
Bagi menjayakan kesemua teknik ini, jadikan beberapa perkara ini sebagai panduan:
1). Elakkan daripada menunggu respons peniruan daripada anak.
Jika anak boleh tiru ayat yang kita modelkan, ia sesuatu yang bagus. Jika tidak, teruskan dengan stimulasi.
Objektif utama adalah untuk memberikan pendedahan bahasa kepada anak anda.
Kita mahu tunjukkan bahawa bercakap itu ada fungsi tertentu dan seronok.
2). Ikut rentak anak. Kanak-kanak lebih mudah belajar daripada apa yang mereka suka.
3). *Gunakan kata nama dan kata kerja yang mudah untuk membina ayat*
Kebiasaannya anak kecil akan mula belajar bercakap menggunakan *kata nama*, jadi kembangkan ayat dengan menambahkan *kata kerja padanya*
Sebagai contoh,
"Bola."
Beri respons , "Sepak bola!" "Ambil bola."
4). Jika setiap masa hanya anda bercakap tanpa henti, itu memberi petanda bahawa ia telah digunakan secara berlebihan.
Semasa stimulasi bahasa diberikan, berikan peluang untuk mereka respons.
Berikan ganjaran untuk sebarang usaha untuk berkomunikasi.
5). Semasa memodelkan bahasa, gunakan;
+ suara yang jelas
+ kadar yang perlahan
+ Intonasi yang menarik dan berlainan.
Kesemua teknik ini boleh digunakan seawal usia lagi.
.
.💙
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu ibubapa menggunakan strategi yang betul ketika berkomunikasi dengan anak.