Apakah Itu Sensori?
Sensori di dalam bahasa melayu bermaksud deria. Deria manusia terdiri daripada lima bahagian iaitu sentuhan (tactile), penglihatan (visual), pendengaran (auditory), menghidu bau-bauan (olfactory) dan merasa (gustatory). Juga terdapat dua deria tambahan iaitu, pergerakan otot dan sendi (proprioceptive) dan juga keseimbangan badan (vestibular).
Setiap deria dan fungsi deria ialah:
⭕Kulit adalah deria untuk menyentuh sesuatu. Kulit dapat memberi maklumat tentang sesuatu objek atau benda di persekitaran kita sebagai contoh panas, sejuk, kasar, halus, lembut dan lain-lain.
⭕Mata adalah deria untuk melihat. Mata dapat memberi maklumat tentang objek, manusia, dan juga cahaya. Sebagai contoh melihat jarak di persekitaran, melihat cahaya (gelap/terang) dan lain-lain.
⭕Telinga adalah deria untuk mendengar. Terlinga dapat memberi maklumat tentang bunyi di persekitaran kita. Sebagai contoh bunyi yang kuat/perlahan, bunyi yang jauh/dekat dan lain-lain.
⭕Hidung adalah deria untuk menghidu sesuatu. Hidung memberi maklumat tentang pelbagai jenis bauan yang ada di persekitaran seperti contoh bau busuk, wangi, bau bahan beracun mahupun bau bunga.
⭕Lidah adalah deria untuk merasa. Lidah memberi maklumat tentang sesuatu rasa seperti manis, masam, pahit, pedas, tawar dan lain-lain.
Otot dan sendi adalah deria rasa untuk propioceptive atau kesedaran di antara sendi yang ada pada tubuh manusia. Otot dan sendi memberi maklumat tentang di mana bahagian tubuh badan kita dan bagaimana pergerakannya contoh laju, perlahan dan juga tekanan semasa pergerakannya.
Bahagian dalam telinga adalah deria untuk keseimbangan badan. Bahagian dalam telinga inilah yang memberi maklumat tentang keseimbangan badan, yang membolehkan kita mengawal setiap pergerakan seperti berjalan, berpusing dan meniti.
🔸🔹🔸🔹🔸🔹
Mengapa masalah sensori di kalangan kanak-kanak mesti di rawat?
Tidak semua ibu-bapa menyedari bahawa ada kanak-kanak yang mempunyai masalah sensori dan mengapa masalah sensori ini perlu di rawat dari usia muda?
pyramid of learning
Sekiranya kanak-kanak mengalami salah satu masalah sistem sensori, secara tidak langsung kanak-kanak akan mengalami masalah dalam “sensory motor development” atau “perceptual motor development” atau “cognitive”.
Di sini saya senaraikan beberapa masalah sensori yang selalu di alami oleh kanak-kanak dan cara merawatnya.
Sentuhan (tactile sensitivity)
Tidak suka menyentuh atau berjalan di atas pasir atau rumput.
Rimas ketika memotong ramput dan memotong kuku.
Tidak suka beratur dan tidak suka merada di tempat ramai orang.
Menglap /menggosok kembali anggota badan yang di sentuh.
Cara merawat: masalah sentuhan dapat di rawat dengan teknik “deep pressure brushing” (menggunakan therasensory brush). Selain itu, memberi pendedahan kepada pasir, rumput dapat mengurangkan masalah ini.
Rasa dan bau (taste and smell sensitivity)
Hanya makan makanan tertentu sahaja
Limitkan diri untuk makan makanan bertektur/suhu
Tidak mahu makan atau menghidu makanan yang kebiasaannya kanak-kanak makan.
Cara merawat: teknik modifikasi dapat di praktikkan dalam masalah ini. Sebagai contoh seseorang kanak-kanak tidak suka makan makanan yang lembik. Salah satu cara untuk memastikan kanak-kanak ini dapat makan makan yang lembik ialah si ibu mesti meng “grading” setiap masakan yg di masak. Contoh mungkin hari ni nasi yg keras, dan esok cuba kurangkan sedikit kekerasan nasi tersebut. Si ibu mesti pastikan anak makan makanan tersebut.
Pendengaran (Auditory sensitivity)
Terganggu dengan bunyi yang bising.
Tidak dengar apa yang kita cakap.
Tidak boleh buat sesuatu dengan bunyi di belakang (contoh, bunyi kipas/ penghawa dingin)
Tidak menyahut bila kita panggil sedangkan kita tahu yang pendengaran mereka tiada masalah.
Cara merawat: memusingkan kepala dan melihat ke dalam mata kanak-kanak sekiranya mereka tiada respon bila kita panggil. Selalulah mendedahkan kanak-kanak kepada bunyi yang tidak suka di dengari, dan jika kanak-kanak masih tidak berubah malah mendatangkan lebih banyak masalah tingkah laku, “hearing plug” dapat membantu bagi memberi lebih fokus kepada kanak-kanak.
Keseimbangan Badan (Vestibular)
Takut kepada ketinggian.
Benci activiti di mana kaki di atas,kepala di bawah.
Cara merawat : Dedahkan kanak-kanak kepada aktiviti ini.
*Nota : “Behavior modicication technique” dapat membantu kanak-kanak untuk lebih memberi kerjasama dalam setiap aktiviti yang di lakukan. Contoh “behavior modification technique” yang dapat di praktikkan oleh ibubapa di rumah ialah memuji kanak-kanak “bagus, good job, excellence” selain “tepuk tangan ataupun memberi high 5”. Ini dapat menggalakkan kanak-kanak untuk terus berkelakuan baik sepanjang sesi rawatan.
Masalah Intergrasi Sensori ini boleh di rawat melalui Rawatan OT (Occupational Therapy). Dalam prosedur rawatan tersebut, intergrasi sensori ini adalah sebahagian matlamat rawatan. Dapatkan khidmat dari pakar atau terapis untuk membantu mengurangkan sintom-sintom yang dialami oleh anak-anak syurga ini. Kami berharap artikel ini memberi manfaat dan sedikit sebanyak membantu kepada ibubapa yang mengalami masalah ini.