Kredit :Ustaz Ebit Lew
Ebit Lew
Sayangilah dan kasihilah anak-anak kita. Berilah masa berbual, bergurau dan mendidik mereka.Bersama isteri dan anak-anak dengan perasaan cinta...Saya berbual dengan seorang anak umur 12 tahun yang tak pedulikan semua orang. Ibunya minta nasihatkannya kerana dia cuma main ipad dan hp...dia suka menipu dan pukul orang kata ibunya dan guru-gurunya..
Selepas satu sesi ceramah mengenai kisah anak-anak sahabat rhum. Dia menangis. Juga masa berdoa bersama dia menangis..
Saya gunakan peluang itu berbual dengannya. Sehinggalah saya tanya cita-citanya? Tanya sayang mak ayah tak? Katanya ustaz saya sayang mak ayah saya. Tapi mereka langsung tak peduli dengan saya. Mereka berdua sibuk dengan hp. Mereka tak pernah dengar saya bercerita. Mereka tak pernah tengok muka saya. Saya suka pegang muka mereka. Mereka marah dan teruskan dengan telefon atau tv..dah lah Sampai rumah dah malam. Bila sampai rumah mereka buka hp atau tengok tv. Semenjak dulu bila saya bercakap dengan mereka. Saya kena marah. Saya disuruh ketepi jika saya ganggu mereka...apa lagi saya nak buat kalau tak main hp..
Saya main dengan adik-adik, kerana tiada orang nak main dengan adik. Bila adik menangis saya kena marah. Apapun mesti saya salah. Mereka tak sayang saya. Mereka suruh saya tidur. Saya cuma nak berbual dengan mereka sekejap. Saya rindu mak ayah saya. Mereka jerit suruh tidur. Begitulah setiap hari ustaz..
Bangun pagi mereka marah saya. Setiap pagi sebelum pergi sekolah mereka marah saya. Tak pernah saya tak kena marah. Saya disuruh itu. Di suruh ini. Ustaz saya sayang mak ayah saya..kenapa mak ayah semua macam tu ke? Kawan-kawan saya pun cerita mak ayah mereka begitu. Dah lama macam tu..
Saya rasa sebak dan nak menangis. Begitulah keadaan kita mak bapak hari ini.
Adik tahu mak ayah sayang adik. Sayangilah dan doakan mereka. Mereka siang malam fikir pasal adik. Mereka bekerja siang malam untuk adik. Mereka solat dan sentiasa doakan adik.
InsyaAllah ustaz saya akan jadi anak yang terbaik. Saya sayang mak ayah saya. Saya faham ceramah ustaz tadi..
Ya Allah maafkanlah kami semua.baiknya anak ini. Saya belajar darinya..semoga adik jadi Daie dan orang hebat insyaAllah...Betapa cerdik dan matang anak-anak hari ini.. ya Allah berilah kami dapat hidupkan rumah kami dengan solat, Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw..Berilah kami sifat dan akhlak dalam melayan dan mendidik anak-anak kami. Di akhirat anak yang soleh segala-galanya buat kita. Anak yang diabaikan akan menjadi musuh kita di akhirat. Ya Allah..Islam lah cara dan asbab kejayaan dan kemuliaan mereka dunia dan akhirat. Ya Allah betapa kami sayang anak kami keranaMu ya Allah jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh dan solehah. Daie, hafiz , alim ,profesional yang takwa...
No comments:
Post a Comment