Tuesday, May 22, 2018

Kemahiran memanjat

1. Anak nak naik turun tangga dirumah dihalang sebab takut anak jatuh, tak pun di dukung terus. Ada kes yang saya terima, ada yang umur 2 tahun tak pernah diberi naik tangga.

2. Anak nak panjat grill rumah, kena marah siap kena rotan.

3. Anak panjat sofa, kena marah sebab takut sofa rosak.
4. Anak panjat meja, kena marah takut jatuh.
5. Anak nak panjat tangga gelongsor ditaman, mak ayah kata "esok, esok" tapi tak ada juga bawa. Bila anak merengek nak keluar ke taman, mak ayah buka tv dan beri gajet untuk hilangkan "kempunan" memanjat anak.

*Jadi, bila masanya anak nak belajar memanjat?*

Macam mana anak nak belajar mengenal ketinggian dengan betul sekiranya tak diberi kebebasan memanjat ataupun tak pernah memanjat?

Apabila melalui ujian penilaian, kebanyakannya ada masalah hyposensitif atau hypersensitif terhadap deria vestibular yang menyebabkan masalah-masalah lain berkaitan pergerakan dan keseimbangan diri seperti:

1. Mudah terjatuh kerana tidak boleh mengagak ketinggian lantai.

2. Mengelak/Tak nak duduk di buaian.
(Tak x pijk tanah)

-Takut apabila kaki tak jejak tanah.

3. Lambat/ perlu bantuan pemegang tangga semasa naik turun tangga walaupun sudah umur 5 tahun.

-Perlu tengok dan teliti setiap anak tangga.

4. Takut untuk duduk di mangkuk tandas, menyukarkan proses belajar bebas diaper.

5. Takut untuk lintas longkang walaupun longkang yang kecil.

6. Takut/tak takut terhadap ketinggian.

7. Mudah mabuk dengan kenderaan bergerak.

8. Suka _pusingkan diri sendiri_
-Tercari-cari rangsangan deria vestibular dan sukakan pergerakan.

9. Tidak pandai melompat di usia atas 3 tahun.

10. Kaki berpaut kuat di kaki kerusi semasa duduk di atas kerusi.

11. Perlu bersandar untuk memakai seluar walaupun di usia 5 tahun ke atas.
Masalah ke seimbangan diri

🔍Di atas ini adalah tanda-tanda yang berpunca daripada masalah deria vestibular. Jika anak ada masalah diatas dan suka memanjat, maksudnya keperluan memanjat anak belum cukup lagi. Anak masih belum yakin dengan ketinggian, sebab itu dia akan cuba, cuba dan cuba lagi dengan cara memanjat. Selalunya bila anak sudah yakin dengan ketinggian dan percaya terhadap kebolehan diri sendiri perasaan nak memanjat itu akan berkurang melainkan ada masalah lain.

Jika kita terlampau sekat keperluan anak,

ini tak boleh atau itu tak boleh memang ia akan *mengganggu perkembangan anak kalau bukan masalah perkembangan motor kasar, kadang-kadang akan timbul masalah skill percakapan*~

Mungkin orang lain nampak skill memanjat ini remeh tapi bagi saya, ia sangat bagus untuk perkembangan anak

📄ot LR

No comments: