Mengimbau kenangan mengandungkan Qusyairi.. Masa tu br 2 bulan berkahwin, period delay lebih dari seminggu. Buat self test, naik 2 bar. Alhamdulillah syukur sangat. Masa tu mama masih lagi teruskan pengajian separuh masa SPACE UTM, Degree in Electrical Engineering di tahun ke-empat dan semester akhir. Agak mencabar kerana mama sudah act sbg Process Engineer dan tengah belajar 4 subjek yang wajib dapat good results sbb nak maintain 2nd class upper. Masa tu subjek tgh blaja numerical method, second fyp, economic and satu lg subjek engineering. 1st trimester agak mencabar sbb mama asyik letih dan ngantuk nak tidur sahaja. Mujur mama tak alah teruk. Mama belajar dgn baik, (baba selalu ingatkan mama tuk study, sbb mama ni asyik letih dan tido ja hu) hbskan fyp, siap present di utm johor.. join kwn2 yg lain sebiji kereta shj.. Alhamdulillah final cgpa 3.11 milik mama.. :-) bukan senang dgn part time follow 100% arus perdana.
During 7m mama dah hbs kelas, jd kerja dan jaga kandungan mama shj. Mama amalkan air kelapa, kebetulan ada seorang makcik berniaga di tepi jalan otw mama blk keja. Susu anmum setiap pagi. Amalkan yassin setiap minggu. Stress ada juga sepanjang mengandung, Tapi mama tabahkan jiwa raga.
Mama checkup di klinik keshtn lunas. Blh dikatakan setiap kali checkup mama mcm naik nak hangin. Kul 9-12.30 baru settle, masa tu kuar dari ofis atas kebenaran bos, bos ok tapi kerja yg tak siap hu. Bila mama cerdik sikit, mama pi checkup pukul 11, hbs sblm kul 1 sbb nurse nak break, mereka blh pulak speed up nak settle sblm makan.
Que dlm kandungan aktif, perut mama pun besar. Masuk minggu 37 perut selalu mengeras mcm contraction setiap beberapa jam. Memang rasa mcm nak buang air besar. Malam2 pun tak tido nyenyak sbb panas sangat. Siap mandi setiap kali terjaga dr tido sbb panas sgt. Tido pun blh mengiring sahaja, kalau tido mcm biasa rasa berat mcm batu besar atas perut. Due date 3may2010 tapi hari due date, checkup blm ada tanda2 nak bersalin. Dr bg tempoh seminggu 9may2010 untuk serah diri jika masih blm bersalin. Penantian seminggu amat jerih.
Hr ahad 9may2010 kebetulan hari ibu, mama menyerah diri di hosp besar sultan abdul halim sg petani. Mlm sblm tu mmg tak dapat tido. Perut mengeras setiap jam. Sesudah sarapan, lapor diri di kaunter labour room. Berbekalkan buku merah, nurse mula catit info yg diperlukan, kemudian timbang berat ... 74.5kg... Wah mama berjaya naik dr 56 kg ke 74.5 kg...
Kemudian buat test air kencing...
Seorang dr datang bgtau nak check bukaan rahim..
Rasa menggigil dan seram.. Tp dah serah diri ni.. Tawakal jalah bnyk2..
Dr bgtau dah buka 4cm... Huhu patutlah mama sakit perut yg amat setiap jam, agaknya sbb laluan tgh membuka...
Disebabkan dah buka 4cm, jadi blh dah bersalin.. Tanpa induce..
Tukar baju, lps tu jumpa baba... Minta ampun maaf.. Sempat makan roti dgn air susu coklat..
Tp masa ni rilek lg, blm lg sakit..
Masuk dlm.labour room, dr pecahkan air ketuban.. Masa ni x ingat pukul berapa.. Tapi rasanya dlm kul 12-1 tgh hr. Lps air ketuban pecah.. Terasa contraction dtg semakin kerap, mama menggigil tahan sakit.. Mengiring sambil pegang katil.. Ms ni mmg ingat Allah shj.. Istighfar dan bc ayat kursi.. Ms nurses passdown d luar.. Rasanya dlm kul 2 ptg.. Terasa sakit tersangat luar biasa... Automatic spt hendak meneran.. Takut sangat.. Tak ada nurse dlm blk.. Menjerit pggl nurse sekuat hati .. Mashaa Allah.. Tuhan shj yg tahu..
Bukaan 10cm.. Beberapakali dah cuba meneran.. Tapi tak berjaya.. Letih dan takuttt...
Dah bgtau dr dah tak larat.. Nurse dgn dr ttp suruh meneran last .. Tarik nafas pjg2 dan meneran sekuat hati.. Tak blh lps nafas.. Anak blh lemas disedut keluar tetapi ditarik semula ke dalam. Dgn bantuan nurses dan dr.. Berjaya juga lahirkan qusyairi secara normal (nurse dah mcm tok bidan.. Tlg pegang perut dan tolak baby dlm perut) ..
3.79kg.. Patutlah jenuh..
Tapi que sgt comel.
Pp yg sangat tembam..
Rambut yg lebat..
Mulut yg cantik..
Alhamdulillah rezeki mama baba anak lelaki sulung..
No comments:
Post a Comment