Kemahiran pertuturan, bahasa dan komunikasi *mempengaruhi tingkah laku*
Ianya saling berkait..
Contoh 1:
Tingkah laku: Anak tidak boleh duduk diam dan tidak habiskan tugasan ..
Kenapa? ❓
1) Kemahiran bahasa/pertuturan: anak mungkin mempunyai *kosa kata yg terhad* maka dia kesukaran untuk memahami arahan diberi
2) pilihan tugasan diberi tidak diminati atau tidak ikut tahap perkembangannya
3) mempunyai kesukaran memahami peraturan sosial komunikasi
4) *tidak mendengar dgn jelas*
Contoh 2
Tingkah laku: Anak menjerit/menangis/ menarik untuk meminta sesuatu benda
Kenapa?
1) anak mungkin
✖tidak tahu cara untuk *meminta* kerana tiada/kurang kosa kata
2) anak mungkin mempunyai kesukaran kemahiran sosial
3) Anak tiada cara (mod)
*komunikasi yg digunakan dengan konsisten dalam situasi harian
maka anak menyampaikan kehendak dgn menjerit/menangis sehingga ibu bapa teka kehendaknya
Antaranya penyelesaiaannya:
Kita perlu membuat modifikasi bagi mengurangkan tingkah laku tersebut supaya mereka boleh memperolehi kemahiran pertuturan/bahasa/komunikasi
Contohnya seperti:
1) menentukan cara untuk anak berkomunikasi dgn konsisten seperti
🌟bercakap secara verbal
🌟guna AAC (bahasa isyaray/makaton/PECS/buku komunikasi)
🌟 Komunikasi seluruh
2) *menunjuk*
menggunakan objek/*gambar/isyarat tangan*
bagi meningkatkan kosa kata supaya anak memahami perkataan/ayat/arahan diberi
3) memberikan aktiviti mengikut tahap perkembangan 🌀kognitif, bahasa, sensori, motor (kasar/halus) dan tumpuan anak
4) menggunakan minat/motivasi anak dalam aktiviti bermain/persekitaran harian anak
5) *memendekkan*/mengulangi arahan semasa melakukan aktiviti
6) memberi rehat selepas beberapa aktiviti dijalankan
7) menggunakan jadual visual untuk memberi jangkaan masa sesuatu aktiviti
8 ) Sekiranya tingkah laku itu disebabkan masalah sensori, buat aktiviti melibatkan keperluan sensorinya disamping meneruskan terapi bersama terapis carakerja.
*Semakin budak mempelajari cara utk regulate sensorinya, mempelajari/memperoleh
⭕ *kemahiran sosial, faham dan mempunyai mempunyai cara untuk berkomunikasi dgn berkesan, semakin kurang tingkah laku yg
tidak diingini, juga semakin lama tumpuan yg boleh diberikan*
📝
No comments:
Post a Comment