Thursday, September 6, 2018

Terapi bermain

TERAPI BERMAIN/PERMAINAN DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
---------------------------------------------------------

Antara deria yang utama dan penting dalam perkembangan normal kanak-kanak adalah rangsangan sentuhan, otot dan sendi dan keseimbangan badan.
.

Sebab itulah penting untuk kanak-kanak berlari, memanjat, berpusing, supaya deria ini dapat distimulasikan.
.

Untuk kanak-kanak, *dengan bermain membolehkan mereka belajar dan meningkatkan skil yang perlu untuk daya tumpuan, perkembangan dan interaksi sosial*
.
.
.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama dengan anak-anak :

SENTUHAN :-
- pijak rumput tanpa kasut
- main pasir, beras
- main belon dalam besen air
- main bedak talkum
- sentuh kertas pasir
- letak guli banyak- banyak dalam bekas plastisin
- uli tepung

PENDENGARAN :-
- bisik-bisik berbisik (beratur sampaikan mklmt)
- teka bunyi binatang (ayam berkokok,kucing,itik,lembu kambing dan lain-lain yang biasa didengari)
- adakan sesi bercerita bersama anak (tiada had topik)

BAU :-

- letakkan dalam tupperware bertutup,teka bau apa :
limau,bawang, serbuk kari,teh, kopi

RASA :-

- letak dalam bekas, teka rasa apa :garam, gula, serbuk kopi,asam keping

Ini hanya lah contoh

Ibubapa boleh gunakan kreativiti masing-masing dalam memilih aktiviti mengikut jenis diatas.😊
.
.

Permainan sensori adalah _sangat menyeronokkan dan tidaklah susah untuk anda aplikasikan bersama_
.

Beberapa tips untuk memastikan anak anda mendapat Sensory Play dan sensory aktiviti sebanyak yang mungkin.
.

- Mengehadkan masa bersama gadget.

- Menggalakkan anak anda untuk tolong bersama dalam penyediaan meja makan, atau kerja rumah yang mudah.

- Melawat taman permainan.

- Menggalakkan mereka berlari, memanjat, berpusing, menaiki basikal, untuk mengaktifkan sensori otot dan sendi, juga keseimbangan badan.

- Dan yang paling penting, biarkan kanak kanak
_mengkaji persekitaran mereka menggunakan deria rasa mereka yang ada untuk meningkatkan daya imaginasi, berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah dan mengkaji solusi sendiri_

No comments: