Tuesday, January 23, 2018

EPI @ IEP

Tips dan cara menulis objektif Rancangan Pendidikan Individu (RPI) atau nama Inggerisnya Individual Education Plan (IEP) untuk murid berkeperluan khas.

Menulis RPI tidak berfokus kepada akademik sahaja. Harus relevan dengan keperluan murid tersebut.

Contoh target kita ialah Sensori, seringkali masalah sensori ini disalah tafsir dengan tingkah laku.

"Kalau hantuk-hantuk kepala ke dinding itu maksudnya ada masalah tingkah laku"

Tapi sebenarnya bukan masalah tingkah laku, tapi masalah sensori.

"Kalau tiba-tiba mengamuk sebab dengar bunyi kuat atau ramai orang itu masalah tingkah laku"

Tapi sebenarnya itu masalah sensory overload. Over responsitivity. Bukan tingkah laku.

Bayangkan murid tersebut mempunyai masalah sensori antaranya seperti :

1. Menghantuk kepala ke dinding

2. Meleleh air liur (tidak menelan air liur)

3. Tidak selesa mendengar bunyi yang kuat (menutup telinga atau tantrum)

4. Sering memasukkan pelbagai objek ke dalam mulut

5. Sering bergerak, berjalan, melompat dan sukar duduk diam (sit still)

5 contoh dahulu untuk kita menulis objektif RPI berdasarkan masalah yang dikenalpasti oleh guru.

Sudah pasti guru juga menjadi tidak keruan dengan kehadiran murid-murid yang mempunyai masalah sensori yang ekstrem dan sukar dikawal, bukan.

Tips menulis objektif berdasarkan masalah sensori murid tadi boleh ditulis begini.

1. Mengurangkan masalah murid menghantuk kepala ke dinding dengan menggunakan 'helmet' lembut setiap kali tingkah laku itu ditunjukkan.

2. Mengurangkan lelehan air liur dan meningkatkan kemahiran menelan air liur dengan menggunakan teknik rangsangan oral dan 'mouth tapping' (Rujuk Terapi Carakerja) 😄

3. Mengurangkan masalah murid tidak selesa apabila mendengar bunyi kuat dengan menggunakan fon kepala kedap bunyi (ear plugged/ ear defender) (Cara mudah: Asalkan telinga ditutup untuk menapis bunyi yang tidak digemari oleh mereka).

4. Mengurangkan kekerapan menjilat atau memasukkan objek yang tidak boleh dimakan ke dalam mulut dengan menggunakan 'teether' atau chewy tube. (Kalau susah nak dapatkan teether, boleh guna kain lembut untuk digigit)

5. Mengurangkan masalah murid sukar untuk duduk diam (hiperaktif) dengan melakukan aktiviti sensori motor (boleh rujuk contoh aktiviti kemahiran sensori motor dengan terapi carakerja seperti melompat, wheelbarrow walk,gymball dan dan lain-lain yang sesuai).

Saya kongsi tips serba sedikit untuk masalah yang sering ada di sekolah. Objektif RPI harus spesifik dan relevan.

Saya bukan mengatakan tips ini wajib diikut, tidak, guru _boleh ubah suai dengan kebijaksanaan yang ada di samping merujuk ahli terapis yang boleh memberi sokongan dalam mencapai objektif RPI._

Professional collaboration. 😄

Mahfuzah 📘

No comments: