Kita ni memang suka beli flash card..ada macam2 flash card diluar sana..tetapi adakah kita tau cara yg betul untuk memilih flash card?? Adakah flash card yg kita beli tu berguna dan boleh dimaksimumkan sebanyak mungkin..
disini sy bagi tips sikit semasa memilih flash card untuk mengajar anak2 dirumah
#1 : Pilih flash card dengan gambar yang biasa dan sesuai bagi culture kita... contoh brng2 atau perbuatan2 yg biasa kita buat di malaysia.. ❌ perlu ada gmbr salji, baju salji, ski, atau benda2 yg tiada di malaysia ni.. boleh saja kalau nak ajar..tp kurang berfungsi lah..
#2 : Saiz gambar jngn terlalu kecil dan jangan terlalu besar.. kalau kecil susah nak nampak..kalau besar sngt kena tgk dngn jarak jauh pulak.. saiz flash card lebih kurang kertas a4 potong 8/6 pun dah ok..
#3 : Pastikan gambar di flash card menarik, dan mudah difahami oleh kanak-kanak
#4 : Flash card yang berbentuk kad yang tebal adalah lebih baik..ini adalah untuk memudahkan kanak2 mengambilnya dari atas meja/lantai.. tambahan pula bagi kanak2 yang masih belum mahir utk menggunakan motor halus mereka sepenuhnya lg, pasti sukar utk mengambil kad dari meja/lantai
#5 : Kita selalu tengok ada flash card dengan huruf A B C... untuk kanak2 yang kecil 4 thn dan kebawah, *lebih baik belikan kad yang mempunyai gambar yang besar*
.tapi huruf tu kecil saja kat bawah..sebab apa yabg kita nak ajar adalah gmbr tersebut.. tetapi jika memang objektif kita untuk mengajar mengenal huruf bagi yang berumur 4 thn keatas , tiada masalah untuk menggunakan huruf yang besar dngn gmbr yg kecil di sebelahnya..
tetapi perlu diingat, bagi kanak2 dengan kelewatan bahasa.
*mengajar perkataan dan mengenal nama objek dan aksi adalah lbh penting berbanding mengenal abc*
Ini dahulu tips2 utk membeli flash card..📋
No comments:
Post a Comment