Friday, August 18, 2017

Anak pandai menyanyi tetapi tidak pandai bercakap

*kenapa Anak Saya Boleh Menyanyi, Tapi Tak Pandai Cakap*

“Kenapa anak saya boleh menyanyi, lagu ABC, ‘nursery rhymes’, semua dia tahu.

Tapi tak pandai cakap”

Inilah antara soalan ¿

*komunikasi adalah hubungan 2 hala*

. Ia melibatkan proses menerima dan menyampai message, yang dipanggil komunikasi.

Tidak kiralah komunikasi itu dalam bentuk verbal (bercakap atau bunyi) atau non-verbal (seperti tunjuk-tunjuk je).

Manakala menyanyi adalah proses satu hala je

. Tambahan pula, jika dibiarkan anak kita belajar menyanyi di youtube atau gadjet. Macam kita nyanyi lagu Korea atau Hindustan tu.

Tak semestinya kita fasih bercakap dalam bahasa tu, apatah lagi memahaminya.

*Tapi kita mampu mengafalnya*

🔍. Haa.. itu yang hebat dengan nyanyian.

Maka menyanyi dan bercakap adalah 2 perkara yang berbeza.

🎼 Walaupun kedua-duanya mengeluarkan perkataan dan bunyi.

_Tapi jika kena caranya, menyanyi boleh dijadikan medium yang berkesan untuk mengajar anak bercakap dan berkomunikasi dengan kita_

➕Cuma olahkan aktiviti tu menjadi hubungan 2 hala.

Pertama sekali, jika situasi ini berlaku, kita sepatutnya bersyukur banyak-banyak.
Sebabnya sekurang-kurangnya anak kita boleh mengeluarkan perkataan.

Bukan itu sahaja, malah boleh meniru bunyi yang mereka dengar dan menghafalnya.

Ini adalah asas

*Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang paling menyeronokkan pada kanak-kanak*

Kanak-kanak juga lebih mudah belajar untuk memahami dan mengingati sesuatu apabila arahan atau cerita dimasukkan unsur muzik seperti nyanyian

. Selain itu, muzik juga didefinikan sebagai suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran (Campbell 1995). Jadi, kanak-kanak akan lebih fokus untuk mendengar semasa aktiviti bernyanyi dan sekaligus membantu dalam perkembangan bahasa mereka.

*Kelebihan Bernyanyi Bersama Anak*

Pemahaman Perkataan

Bernyanyi dapat membantu untuk mengajar perkataan atau perkara baru kepada anak kerana mereka lebih memberikan tumpuan semasa nyanyian.

Namun, ibu bapa perlu pastikan juga lagu yang dinyanyikan adalah bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan.

Contohnya, lagu ‘Old MacDonald’ hendaklah dinyanyikan sambil menunjukkan haiwan yang dinyanyikan.

📒
Pengukuhan Pra-pertuturan

Selain itu, aktiviti bernyanyi juga membantu mengukuhkan kemahiran pra-pertuturan anak

🔵 seperti tumpuan perhatian,
ambil giliran serta pandangan mata.

Sebagai contoh, anak akan menumpukan perhatian pada setiap lagu sehingga habis, jadi ibu bapa boleh menggunakan lagu yang semakin panjang untuk memanjangkan tumpuan perhatian anak.

*Kemahiran Meniru
Seterusnya, kemahiran peniruan aksi dan perkataan juga boleh diajar melalui aktiviti bernyanyi*

. Hal ini, kerana kanak-kanak berminat dengan aktiviti tersebut dan cenderung untuk turut melibatkan diri dengan mula meniru pergerakan dan bunyi dalam nyanyian.

Cara Bernyanyi Bersama Anak.

Antara cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk bernyanyi bersama anak adalah:

Semasa melakukan sesuatu aktiviti, ibu bapa boleh mereka lagu dan bernyanyi.🎼

Contohnya, aktiviti basuh anggota badan, lagunya mungkin berbunyi;
‘jom basuh, jom basuh, jom basuh tangan’.
.
Hanya reka apa sahaja lagu yang berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan.
🚩 *Tekankan* perkataan yang penting untuk pastikan anak faham apa yang mereka sebutkan

Ingat, kita bukan hendak mereka menghafal tapi juga memahaminya. :)😃
.
Ibu bapa hendaklah duduk berhadapan dengan anak untuk dapatkan padangan mata.👦🏻 (PENTING)
.
Semasa bernyanyi, ibu bapa hendaklah 🛑berhenti sebentar

sebelum perkataan terakhir dalam lagu agar *anak boleh menyambung lagu tersebut*

Hal ini untuk membantu anak menumpukan perhatian dan meniru perkataan

. Contohnya lagu ‘BINGO’:
B.I.N.G.O (ibu bapa nyanyi)
B.I.N.G.O (ibu bapa nyanyi)
B.I.N.G. (tunggu sebentar) O (anak sambung)

Kesimpulannya, menyanyi dan menarilah bersama anak anda, kerana ia adalah aktiviti yang mudah tapi memberi manfaat yang banyak pada anak kita.

💃🏼

No comments: