Monday, August 7, 2017

Eye contact

[DARI MATA TURUN KE HATI]❣

Kata orang cinta itu bermula dari mata turun ke hati.

Ini bukan hanya madah percintaan antara teruna dan dara, kata-kata ini sangat releven dalam membina perhubungan yang positif dengan anak-anak.

'Eye contact'
👁 adalah gerak tubuh yang *paling penting dalam membina 'connection' dan komunikasi efektif dengan anak-anak*

Salah satu sebab utama kenapa anak tidak ❌mempedulikan permintaan dan batasan yang ada adalah kerana ibubapa tiada 'eye contact' apabila meminta anak melakukan sesuatu.

Sama ada kita hanya memberi arahan dari jauh ataupun memberi arahan sambil membuat sesuatu seperti memasak, membaca, mengemas, menggunakan phone - Whatsapp, Facebook, IG, menggunakan komputer, menjemur pakaian dan sebagainya.

Semua ini tiada eye contact yang boleh membina cinta ‘dari mata turun ke hati' anak-anak.

Begitu juga dengan anak, apabila kita meminta anak melakukan sesuatu ketika anak sedang menonton televisyen, bermain 'game', membaca, khusyuk bermain, menggunakan telefon, menggunakan komputer dan sebagainya, anak juga _tidak memberi tumpuan kepada kita kerana tiada eye contact._

Anak tidak fokus dan tidak memberi perhatian.

*Apabila tiada eye contact, itu menunjukkan kita tidak serius*😅

Apabila kita tidak serius, anak juga tidak serius mendengar apatah lagi menurut apa yang dipinta.

Apa yang anak lihat dalam mata kita adalah *lebih ‘powerful’ berbanding kata-kata yang anak dengar daripada mulut kita*

Eye contact juga membina 'trust' antara ibubapa dan anak.

Dengan trust ini anak-anak yakin yang ibubapa memberi perhatian, peduli dan mengambil berat tentang anak.

Jadi jika anda seringkali perlu ulang-ulang arahan kepada anak dan anak tetap tidak mendengar kata, mungkin yang pertama sekali perlu diperiksa

👁 adalah eye contact antara anda dengan anak kerana eye contact *membina 'connection' dan 'trust' yang amat penting dalam komunikasi yang efektif*

Apabila tunggu kita marah baru menunjukkan kita serius, itu bukanlah tanda berlakunya komunikasi yang positif dan efektif.

Bila panggil nama anak, anak tak respon atau berpaling.✖

Risau, bukan?

Kanak -kanak yang mempunyai kelewatan dalam perkembangan contohnya seperti autism,

kebanyakannya tidak memberikan respon kepada nama secara konsisten.

Ini menyukarkan kita untuk menarik perhatian mereka dan akan menyukarkan mereka untuk bersosial kerana mereka kurang sedar yang ada orang lain sedang bercakap dengan mereka.

💭 Tapi perlu diingat bahawa kanak-kanak yang tidak memberikan respon pada nama _tidak semestinya mempunyai autism_

*Bagaimana mengajar anak untuk memberikan respon pada nama mereka*

? Berikut adalah langkah-langkah yang boleh ada lakukan di rumah:

*Memberi respon dalam situasi berasingan*

Dalam langkah yang pertama ini, kanak-kanak diajar untuk memberikan respon di dalam situasi yang kurang gangguan seperti mainan, tv, gajet dan lain-lain.
Anda boleh meletakkan mereka di dalam sebuah bilik atau di meja makan yang kurang terdapat gangguan.
Duduk bersama anak anda dan sediakan sesuatu yang disukai anak anda seperti mainan, makanan, peluk, geletek dan sebagainya untuk dijadikan peneguhan atau hadiah jika anak memberikan respon kepada nama

T✋🏻unggu sehingga kanak-kanak berpusing atau pandang ke arah lain dan sebut namanya.

Jika anak melihat ke arah anda, berikan hadiah yang telah anda pilih tadi.

Setiap kali anda memberikan hadiah🥇 kepada mereka,
jangan lupa untuk memberitahu mereka sebab anda memberi hadiah. Seperti “pandai.. adik tgk mama”

Sebut nama beberapa kali.💭💭💭💭

Jika kanak-kanak tidak memberikan respon anda ➕boleh cuba untuk melambai, atau mengetuk meja atau menyentuh tangan atau bahu mereka untuk menarik perhatian.


Lakukan latihan berulang kali sehingga kanak-kanak dapt memberikan respon sebanyak 80% konsisten.

*Memberi respon dalam situasi terkawal*

Setelah kanak-kanak dapat memberikan respon dalam keadaan yang kurang gangguan, anda boleh teruskan latihan di tempat yang lebih banyak gangguan seperti di ruang tamu yang mana terdapat tv dan mainan lain di sekitar

Lakukan langkah pengajaran yang sama seperti yang pertama.
Jika kanak-kanak tidak memberi respon, *tinggikan atau kuatkan suara anda untuk menarik perhatian mereka*

Beri hadiah jika mereka memberikan respon.
Biarkan mereka bermain seketika dengan mainan atau hadiah yang diberi. Ini adalah untuk melatih mereka untuk memberikan _tumpuan pada perkara lain dan keluar daripada situasi fokus 1 hala._

Ulang latihan sehingga anda mendapat 80% respon yang konsisten.

*Memberi respon dalam situasi tidak terkawal*
Sekarang, mereka _perlu dilatih untuk sentiasa bersedia dalam semua situasi_
Tunggu sehingga anak anda sibuk melakukan sesuatu, seperti sedang bermain atau sedang melihat buku dan sebagainya

. Pergi berdekatan anak anda dan panggil nama mereka.

✋🏻Tunggu seketika dan lihat sama ada mereka memberi respon atau tidak.

Jika mereka memberi respon, berikan hadiah seperti sebelum ini dan beritahu sebab mereka mendapat hadiah tersebut.

Jika tiada respon, kuatkan suara anda dan lihat bagaimana mereka memberi respon pada suara yang berbeza.

*Teruskan latihan*

. Jika anak sudah boleh memberi respon dalam jarak yang dekat, anda boleh tambahkan jarak seperti memanggil dari jauh seperti dari dapur, luar rumah dan sebagainya.

➕Teruskan latihan secara berulang-ulang.

☺ Tapi perlu diingat, jangan mengharapkan respon yang sempurna dari anak anda kerana biasanya apabila kanak-kanak terlalu fokus dengan sesuatu, mereka sukar untuk memberikan respon. sebab tu lah youtube sngt terer mngajar anak2.. 📱💻

sebab youtube dan tv sangat SaBaR dan mereka ulang bnyk kali..🏎

sbb tu anak dpt apa yg youtube ajar lebih dulu berbanding apa yg kita ajar.. tapi *youtube x ajar communication*
.. 😁😊

mainan bukan longgok depan dia
Buat persembahan dan main sorang2

murah atau mahal
itu kualiti
reka sendiri pun boleh,klu boleh buat sendiri lagi lah bgus🙃

yg penting nya..
bercakap lh,explain lah,cerita dan tnjuk apa yg patut🗯

JGN LONGGOK ATAS BAHU GURU SHJ....
bila ank tak improve

kita tuh buat apa?*
10minit satu hari pun xdpt luang⭕🔎

No comments: