MENGAJAR EYE CONTACT DENGAN PUZZLE
.
.
Bila nak mengajar anak bercakap, eye contact adalah sangat penting. Eye contact ni menunjukkn yang anak sedang fokus pada kita.. jadi apa yang kita cakapkan lebih senang untuk "masuk" ke dalam minda anak.. Eye contact yg bagus membolehkan anak utk melihat bentuk mulut kita semasa bercakap, dan juga expression kita...
.
.
Bagi anak2 yang masih sukar melakukan eye contact, mereka perlu dilatih terlebih dahulu.. iaitu mesti melakukan eye contact terlebih dahulu untuk meminta, memberi , menceritakan sesuatu dll..
.
.
Bagaimana cara2 melatihnya? Kali ni sy terangkn cara mengajar menggunakan puzzle
.
Ini step2 nya:
1) Duduk berdepan, atau di sisi anak (L shape). Pastikan mata nada searas dengan mata anak untuk memudahkan anak melihat. Jadi anak x perlu mendongak
2) Keluarkan semua puzzle dan letakkan board yang kosong depan anak.
3) Untuk memberikan puzzle pada anak, keuarkan 1 puzzle letakkan puzzle berhampiran / searas dengan mata.. Jika anak melihat mata anda, terus berikan puzzle pada anak.. (Jngn lupa untuk puji anak jika mereka melakukan eye contact)
4) Sekiranya anak tidak melihat, panggil nama anak, sekiranya tiada juga... lalukan puzzle di depan mata anak dan bawa kemata anak.. Jadi anak mengikut pergerakan puzzle tersebut ke mata anda.
5) sekiranya tidak berjaya juga, barulah gunakan bantuan fizikal dengan memegang muka anak dan menghadapkan ke muka anda.
6) Peringatan : Terus berikan puzzle apabila anak melakukan eye contact.. Ini untuk mereka faham bahawa apabila dia melihat mata, dia akan dapat sesuatu..
No comments:
Post a Comment