Wednesday, January 31, 2018

Parasit dan bulan penuh

PARASIT DAN FULL MOON
(Sambung sikit post semalam)

Mungkin ramai yang belum tahu. Jadi kak linda share serba sedikit la ye.

Full moon ni dikatakan ada kaitan dengan kesihatan. Waktu ni adalah tempoh parasit dan cacing pindah randah cari port mengawan dalam badan. Bukan binatang je mengawan time bulan penuh ye. Cacing pun sama.

Minggu dekat full moon ni time ni la anak-anak datang demam, batuk, berkahak, ekzema flare up, asthma, tantrum lain macam perasan tak?

Mungkin ada simptom kembung perut, kelesuan melampau, tetiba sembelit, anak menggaruk badan, pening.

Mak-mak pulak mood swing macam puting beliung dan gunung berapi meletus. Kak linda semalam pun fatigue semacam. Melampau rasa letih tu.

Symptoms ni semua tanda sistem imun semulajadi tengah berperang dengan parasit dalam badan yang tengah menari gelek nak bersenyawa.

Parasit pindah randah dalam badan tak duduk satu tempat. Pegi kat kerongkong, pegi kat hidung, bawah kulit, paru-paru lepas tu pindah balik ke usus. Nanti akan perasan few bebudak gatal-gatal dan garu bontot.

Pernah tengok video youtube usus penuh cacing tak dekat sekilo? Uwekkk.. geli kan? Kalau tak jaga boleh jadi parasit beranak pinak sampai macam tu.

So apa nak buat?

Buat PARASITE PROTOCOLS 5 hari sebelum dan selepas full moon supaya parasit dan telur-telur nya dapat dibasmi waktu ni.

Antara caranya:
1. Cut pengambilan GULA PUTIH. Ni makanan utama parasit. Meaning kena elak or at least kurangkan makanan, minuman yang banyak pakai gula putih.

2. Cut jugak dairy dan roti, kek, biskut. Dalam minggu full moon ni time ni tekak nak mintak kek, brownies, pavlova bagai. Godaan ni tau parasit mintak gula nak mengawan hehehe.

3. Banyak kan ambil bawang putih raw atau dalam masakan.

4. Pre/probiotik untuk gandakan bacteria baik dalam usus. Everything starts with the gut. Nabi pun kata penyakit mula dari perut kan. Dalam Islam disunatkan puasa Ayyamul Bidh iaitu 13, 14 dan 15 hb kalender hijrah. Waktu bulan penuh berwarna putih.

5. Minyak kelapa dara, minum banyak air kelapa, makan betik dan biji betik.

6. Makan makanan sihat banyakkan sayur dan buah.

7. Makan delima dan biji delima. Selain biji betik, biji delima ni adalah ubat cacing semulajadi yang efektif untuk basmi cacing dalam usus. So boleh kunyah biji delima. Delima India biji dia halus-halus so sedap kunyah buah sekali biji.

Kalau terus dalam bentuk jus boleh dapatkan jus delima Pomlovedelima pure tak ada gula dan tambahan air. Sedap anak-anak pun suka minum. Senang tak payah kunyah.

Anak-anak la akan lebih dapat symptoms ni sebab sistem imun diorang lagi lower compared to orang dewasa.

Penting buat parasit protocols so tak de lah parasit terusan beranak-pinak menghuni badan kita. Duduk free makan zat badan buat kita kerap sakit. Satu lagi kalau batuk dan selsema jangan sedut atau telan kahak. Buang ye dan basuh tangan bersih. Kalau telan balik lagi mudah parasit berpindah ke tempat lain pulak dalam badan

So sekarang dah faham kenapa ada certain minggu dalam setahun tu tahap kesihatan menurun?  Kak linda tahu dah lama dari doktor dan pembacaan artikel tapi macam buat dekkk jekk sebelum ni. Sekarang ada kesedaran so jom sama-sama jaga kesihatan 😁

Cek lunar kalendar dan kalender hijrah. Bersedia buat parasite protocols minggu bulan penuh. Next full moon bulan March tak silap. Kalau jadi lagi symptoms diatas dan makin teruk next full moon, memang kena betul-betul jaga coz parasites are no fun ye!

**[Edited] Sekadar summarize balik. Penulisan mungkin teraboq sikit. Ada yang setuju kaitan bulan penuh dan kesihatan, ada yang tidak. Ada banyak article dan rujukan boleh anda cari for further info yang linked kan fenomena bulan penuh dan sains kesihatan. Rujuk articles doctors yang ada ulas tentang ni.

Antara rujukan:
Full moon and Parasite activity by Dr Robert Dronyk
https://youtu.be/275bkoCyd3Y

#fullmoon
#bulanpenuhdanparasit

Monday, January 29, 2018

Survival Skill

SURVIVAL SKILL🔍🔍🔍

Sekiranya kita sayang anak-anak,

*berikan mereka survival skill*

Usah terlalu melindungi sehingga mereka merungut, merungut dan merungut apabila tak dapat apa yang mereka mahukan.

📄 copy

Anak sulung saya tak dapat tamat belajar tadika kerana saya tak mampu bayar yuran. Saya berhentikan dia. Ini realiti kehidupan yang beliau hadapi seawal prasekolah. Alhamdulillah, dia tamat belajar dan mendapat ijazah dalam jurusan Perakaunan.

bekerja sepenuh masa sewaktu buat ijazah.

Siang kerja, malam pergi kuliah. Saya tanya kenapa tak belajar full time, dia jawab tak mahu hilang senioriti. Sewaktu bekerja sekarang, dia buat professional certification. Semua dia bayar sendiri, tak buat pinjaman dan tak ada biasiswa.

Saya sebutkan ini untuk berikan contoh betapa kita kena latih anak-anak dengan survival skill.

Biar mereka hidup susah. Biar mereka faham bahawa inilah realiti hidup.

*Walau bagaimana hebat ibu bapa, kita tidak boleh melindungi anak-anak sepanjang masa*. Sampai masa kita akan mati.

Walau bagaimana prihatin sekalipun kerajaan, sampai masa kerajaan bertukar. Atau, polisi kerajaan bertukar disebabkan pelbagai faktor.

*Anak-anak yang dilatih dengan survival skill akan berupaya berenang sendiri apabila ibu bapa dan kerajaan sudah tak mampu berikan pelampung lagi*

Klu dia minat seni, kita sokong, klu dia minat berenang kita sokong, klu dia minat art, kita dorong

Cari magisss.... Yg ada dlm diri ank ank kita🔍.

Takut anak bosan

TAKUT ANAK BOSAN

_Takut_

Masa makan bagi gadget, takut anak bosan.
Masa menunggu ayah balik rumah, buka tv takut anak bosan.
Masa memasak bagi gadget, takut anak bosan sorang-sorang.
Masa nak pergi tandas bagi gadget, takut anak kacau dalam tandas.
Masa tak tahu nak buat apa sebab tak ada aktiviti, buka tv takut anak bosan.

Kenapa takut?
❌Tak perlu takut pun anak bosan sebab perasaan bosan itu bagus.👍🏻


Bila bosan, komponen imaginasi dan kreativiti yang penting untuk perkembangan otak akan berkembang pesat

Jangan terkejut kalau otak anak bawah 3 tahun sangat-sangat laju, mereka sangat sibuk sebab dalam 1 masa dalam kepala ada 10 checklist yang perku diselesainya.

Mereka tak sempat bosan pun melainkan bila dah betul-betul penat.

Kalau tak percaya cuba perhatikan tanda-tanda di bawah:

(Tak percaya ☺)

1. Bila pegang 1 barang, nampak barang lain terus campak barang yang dipegang sebab tak sempat nak fikir letak barang baik-baik dibawah.

2. Bila dah excited nak pergi ke sesuatu tempat, tiba-tiba nampak mainan di lantai terus kutip lepas itu terlupa nak pergi tempat yang sepatutnya.

3. Pantang nampak benda tersusun, rasa rimas dan geram nak sepahkan. Selagi semua barang tersembunyi dan tak berada di depan mata selagi itu anak "stress".
4. Selagi tak betul-betul sepah satu rumah selagi itu rasa tak puas. Sebab kepala anak "serabut" fikir ada apa di sebalik almari atau kabinet.

5. Kalau pergi shopping mall rasa _macam baru keluar penjara bebas sebebas-bebasnya, nak lari sana sini_ tak tentu arah sebab terlalu banyak tempat nak disepahkan dan buat "inspection".

6. Bila di kedai baju, semua baju nak sentuh macam makcik bedah.

_Situasi anak ini sama sahaja macam orang dewasa_

itu yang  kadang-kadang bila terlalu sibuk makan pun terlupa. Betul tak? 😅

Sapa pernah bz smpi lupa mkn😉

Jadi, masa fasa ini mereka tak ada istilah BOSAN.

Kita tak perlu arah buat apa-apa atau sediakan aktiviti pun mereka dah tahu apa yang nak dibuat melainkan memang tak ada benda nak dikejar atau memang dah *biasa disuap dengan gadget setiap kali waktu lapang*

Kesannya, *anak dah mindset*

Perasaan bosan --->📱💻 Gadget/tv ---> Tenang

Setiap kali kita happy, ada beberapa hormon yang dikeluarkan tapi yang paling popular adalah hormon dopamine, endorphins, oxytoxin dan serotonin.

Bila kita selalu bagi gadget sebagai "ubat penenang" untuk anak, anak akan _terkeliru dan belajar hanya gadget sahaja yang akan_ menenangkan mereka.

Mak ayah perlu semat dalam kepala:

Bermain adalah fitrah mereka.
Bermain bukanlah suatu tanda masalah tingkah laku.
Sebab bermain adalah PEKERJAAN mereka.

Anak memang perlu bersepah untuk belajar sesuatu.

🏠 Rumah bersepah itu normal untuk sesiapa yang ada anak bawah 3 tahun.

Tadika atau taska/rumah *yang bersepah itu normal*

tadika atau taska\🏠 yang kemas itu tak normal ya. 🙈

Bacaan asas solat kanak-kanak

Minggu ni Qusyairi buat muka sedih sebab belum hafal doa iftitah.
Cikgu taska cakap, abang kena pandai doa tu baru abang boleh jadi imam katanya.
Alhamdulillah, disebabkan abang dengan bersungguh hendak menghafal, mama berbesar hati google bacaan asas yang ada tulisan arab, rumi dan terjemahan dalam bahasa melayu. Dengan gigihnya printed, laminated semua bacaan asas solat.
Semoga abang cepat hafal.
#Little caliph.
Sayang abang.

Saturday, January 27, 2018

Mula bercakap

⏺Selepas menyebut perkataan
(Lebih dari 50_100perkataan)

kanak-kanak akan *menggabungkan 2 perkataan untuk menceritakan tentang 2 idea*

seperti “Mama susu” – menunjukkan kanak-kanak meminta susu dari ibunya.

Apabila kanak-kanak berkembang, mereka seterusnya akan menyambung perkataan menggunakan *kata kerja pula seperti “nak makan” atau “kereta jalan”*

➕_Kombinasi ini adalah kombinasi asas yang menunjukkan kanak-kanak mula mempelajari tentang struktur asas ayat dan juga sebagai asas untuk membentuk ayat yang lebih panjang____

💭Kanak-kanak akan mula menyambungkan perkataan pada usia 2 tahun.

Mengikut kajian yang dijalankan, kanak-kanak yang lambat menyambungkan perkataan adalah lebih berisiko tinggi untuk mengalami masalah kelewatan bahasa berbanding kanak-kanak yang lambat mengeluarkan perkataan pertama.

💭Ungkapan seperti ‘terima kasih” atau “bye-bye” tidak dikira sebagai 2 perkataan kerana biasanya kanak-kanak akan mengingati perkataan tersebut sebagai 1

➕ Gabungan
*2 perkataan yang sebenar adalah apabila kanak-kanak menyatakan 2 idea dalam ayat tersebut*

Anak saya sudah bersedia ke menggabungkan perkataan?

Sebelum kanak-kanak menggabungkan perkataan, mereka perlulah mempunyai kebolehan:😊

Menggunakan pelbagai jenis perkataan – kanak-kanak perlu tahu✅

🔘menggunakan/menyebut lebih daripada kata nama (nama-nama objek, orang dan tempat).
_Apabila kanak-kanak mula menggunakan perkataan seperti kata kerja/perbuatan (bagi, nak, jom), kata sifat (panas, besar, cepat) dan posisi (atas, dalam, luar)_

〰 mereka sudah mempunyai asas untuk menggabungkan perkataan bersama.

Menyatakan 2 idea  sebelum kanak-kanak menyatakan 2 idea dalam bentuk ayat,

🔘 mereka biasanya akan menggunakan *gesture* terlebih dahulu.

Contohnya seperti mereka menyebut “Mama” sambil *tangan menunjuk kepada susu*(gesture)

mereka sedang menyatakan 2 idea iaitu mereka nak ibu memberikan susu.

@@Atau kanak-kanak membuat aksi “besar” menggunakan tangan sambil menunjuk kepada kereta(gesture)

mesej yang disampaikan mempunyai 2 idea iaitu kereta yang besar

____________________
Dalam ayat yang mudah, apabila kanak-kanak sudah menyebut perkataan
_selain kata nama dalam kosa kata mereka atau sudah mula menggunakan gesture_ ini menunjukkan yang mereka sudah bersedia untuk menggabungkan ayat.

❓❔Jika anak saya belum menyambungkan ayat macam mana?😮

Jika anak anda sudah berusia 2 tahun dan lebih dan masih belum menyambungkan perkataan

anda boleh berjumpa dengan Speech Therapist untuk penilaian lanjut mengenai masalah-masalah yang mungkin pada kanak-kanak.

❓Apa yang boleh saya buat untuk tolong anak menggabungkan perkataan?

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan:

🔘Tengok dan tunggu  Pada peringkat awal, kanak-kanak memerlukan banyak bantuan untuk mereka menggabungkan perkataan. Untuk menggalakkn mereka menggunakan perkataan, anda perlu melihat dan menunggu anak untuk menyampaikan sesuatu mesej.
Dengan membenarkan mereka memulakan perbualan, mereka akan lebih yakin untuk berkomunikasi.

Jika anak anda cuba untuk menyampaikan apa-apa mesej yang mungkin menarik perhatiannya, *anda perlu respon*

dengan menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan mesej mereka.

🔘Pebagaikan perkataan – apabila anda _berinteraksi atau bermain_

dengan anak-anak, cuba gunakan pelbagai perkataan yang berkaitan dengan situasi.

➕➕ Tekankan juga perkataan-perkataan lain selain nama objek seperti kata kerja/perbuatan, kata sifat dan juga posisi.

⭕Kata kerja ⭕

adalah yang paling penting sekali untuk peringkat awal pembentukan ayat.

_Modelkan ayat_


kebiasaannya pada peringkat awal, kanak-kanak akan mempunyai kesukaran untuk membuat ayat dengan struktur yang betul terutamanya bagi ayat Bahasa Inggeris seperti “want milk, go car”, anda boleh memodelkan ayat yang betul seperti “you want some milk or you want to go in the car” dan lain-lain.

Bagi Bahasa Melayu pula, mungkin ada anak-anak yang menyebut perkataan secara terbalik seperti “makan nak, jalan kete” dan lain-lain, anda hanya perlu _membetulkan ayat tersebut dengan memodelkan ayat yang betul pada anak_

➕Kembangkan perkataan – kembangkan perkataan anak jika mereka menyebut 1 perkataan sahaja. Contohnya seperti “laju” semasa menolak kereta, anda boleh menyebutkannya dalam ayat seperti “wow..kereta laju”.

💭Ataupun mereka sedang makan biskut dan menyebut biskut, anda boleh berkata “biskut sedap atau adik makan biskut” dan lain-lain.


Tambahkan gesture – apabila anda menggunakan gesture semasa bercakap dengan anak, ia memudahkan kanak-kanak untuk faham dengan lebih baik dan pada masa yang sama

anda sedang mengajar anak anda
〰untuk menggunakan gesture *tambahan untuk berkomunikasi*

Apa punca anak speech delayed?

Apa punca anak speech delay? Sebab ajar anak membaca cepat sangat? Sebab tunjuk flashcards awal sangat?❓

Kalau anak main sendiri tanpa interaksi orang lain? Mak ayah sibuk kerja, anak beri bibik atau pengasuh. Balik pun sibuk dengan gajet. Anak masih sensiro dengan mainannya. Memanjat dan berlari tanpa interaksi mak ayah, rasa-rasa bagaimana?

⛳ di padang permainan sewaktu bermain dengan ramai ibu bapa yang hanya jadi penunggu,⏹

sambil handphone di tangan. Anak naik slide dengan cara yang salah, tidak ditegur.

Anak jatuh, bangkit sendiri.
Tiada penglibatan mak ayah.

Banyak sebab. Ya banyak.

Bukan sebab flashcards. Bukan sebab buku. Bukan itu sahaja.

Ada ke mak-mak yang tunjuk flashcard dalam pantang? Adoi...rasanya mak pun tak fully recover lagi.

2 bulan pertama even 6 bulan pertama, mak-mak masih fragile, bayi pun sama.
Cuma banyakkan sentuhan, urut bayi, susukan bayi, bercakap dengan bayi...🚼

. Speech delay disebabkan banyak faktor:

1. Mak ayah sangat kurang bercakap dengan anak mereka.
Tiada rangsangan bahasa. Mereka kurang dengar orang bercakap.

2. Anak diberikan terlalu banyak pendedahan terhadap gajet. Bayi lagi dah menghadap telefon. Tiada kawalan. Bawah 2 tahun sepatutnya banyakkan direct touch, direct interaction.

3. Anak tidak diberikan ruang dan peluang yang secukupnya untuk meneroka dunianya.

Anak tidak dibawa ke taman permainan misalnya. Tak pijak rumput, tak main tanah.
🚼
4. Anak tidak merangkak.  artikel berkenaan merangkak. Boleh google kebaikan merangkak.

5. Anak tidak diberikan makan selepas 6 bulan. Hanya susu ibu semata. Jadi rangsangan

pada rahangnya kurang.❓

Suruh makan masa 6 bulan bukan menidakkan kebaikan susu ibu tetapi tiba masa iaitu 6 bulan, susu ibu sahaja tidak mencukupi. Maka perlu makanan tambahan. ➕

6. Mungkin adalah masalah lain, tongue tie misalnya, atau mouth cleft? Masalah pendengaran?

7. Autism , cerebral palsy, brain injury?

8. Lihat background anak. Mungkin dia diabaikan atau didera? Ini mungkin jadi punca.

Saya yakin dan percaya, mak-mak yang guna flashcards dan buku tu bukan 24 jam suruh anak menghadap benda tu kan?
Nak dapat 5 minit pun susah. Anak akan lebih tertarik dengan benda real untuk dibuat main.

Saya cuma nak sampaikan secara baik bahawa flashcards dan buku bukan satu-satunya penyebab anak-anak speech delay.

Banyak sebab.

Jadi kita kena peka. Tengok perkembangan anak.

Eye contact ada tak, merangkak tak, masukkan tangan dalam mulut tak...dan sebagainya.

Beginilah...saya ringkaskan

1. Umur 0 -3 tahun: Banyakkan interaksi dan komunikasi, sentuh anak, gendong anak, bermain dengan anak, biarkan anak bermain, merangkak, berlari, memanjat, membaling, menyepak dan sebagainya.

2. Umur 4 ke atas: beri pendedahan untuk playgrup, atau tadika. Belajar rutin, kenal guru, sosial dengan kawan, belajar berkongsi, belajar dalam keadaan fun dan sebagainya.

Bagaimana nak tahu anak ikut track ke tidak dalam perkembangannya?

Jangan miss jumpa doktor sekurang-kurangnya sehingga umur 2 tahun. Dalam buku pink ada ditulis tahap perkembangan anak. Nurse dan doktor boleh detect awal jika anak ada masalah.

Tak perlu saling mengecam.
Semua para ibu perlukan bantuan.
Semua educator pun perlu bersatu hati.

Maafkan jika slh ckp

Selamat mendidik dengan kasih sayang

Bukan bermula dengan phonic

❌bukan bermula dgn phonic.

Tapi bermula dgn budaya cintakan membaca. 📚

bacakan untuk mereka dahulu.🙃

Yang dari bila bacakan buku dia duduk kat  sejauh yang mungkin» lama2 mereka dtg dekat tapi ajak kawan pergi main, lama2 mereka sekali dtg dgn buku pilihan hati menunggu giliran dibacakan buku.

📚 bacakan buku sampai tahap kalau ter-miss tunjuk "word" diorg akan tanya ape "word" tu kata. Atau, dapat complaint  "miss terlupa sebut "wow"". Now that is the real readiness💛

They know word give meaning, they understand the word in context. They want to know the word. They LOVE reading.

These children when things get hard they will not hate reading.

😊 Because they already enjoy reading. And when things get hard, they know they can say to Ms., "okay, i want to play first".

Then when they are ready again, they come back. Purely based on their love toward books.

Kalau yg dah suka membaca sbb parents memang selalu bacakan buku jalan terus. Terus ke "blending" laju sikit.

Tapi semua anak2 di ajar phonic secara bermain.
🎼 Jeh jeh jump. Beh beh ball.ssss...sun...

Tapi apa2 pon ❤

pastikan dulu, anak2 tu pandai tak marah, kalau marah destructive tak, anak2 tu pandai x nangis dan luah perasaan, pandai x defend diri sendiri, fizikal development dia okay tak, languange dia okay tak...sensory dia okay tak, gayat tak dia, balance tak dia, coordination dia okay tak.

First 👆🏽the number one☂

Put them in group of children without too much of adult interruption, you will see lots of issues with the above elements with those children that were being push "too much academic too soon". And this part of brain is developing rapidly under 6 years old.

Failure to develop now will cause the brain to not fully develop. It is very timing base.

While the reading part? The cognitive brain that involve in reading starts to develop only after 6.

Exception given to Word Smart children. Those children are only by reading to them frequently, they already know how to read.

"Eh, anak saya suka jer bila belajar membaca and buat workbook reading". Do they know any better? did you give them *choice between learning to read and PLAY?*

  free to play, but they come to us to read.

Does your child got the FREEDOM to choose?⁉

children love it when, "mommy give attention to me when i read", or "mommy smiles when i read", " mommy think i'm clever when i read". Tapi bila anak baca ada nada atau satu tone jer.. Bila anak baca satu tone jer maksudnye, dia tak faham context ayat tu. He just decoding "secret message" tapi tak faham.

"Tak pelah kalau tak faham sekang, nanti dia faham la. Apa salah nye tahu baca awal",  memang tak salah, cuma settlekan perkara yg lebih penting tu dulu. sebab nak settlekan bahagiakan pengurusan emosi tu pon makan masa.

❤komunikasi and play tu lah kita melatih sabar,disiplin,tggu giliran,be a leader.....

All in PLAY

Atau  anda sibuk nk ajr ABC...

1_3tahun if ur child to develop....their emotions.
❌not abc

Cara belajar setiap anak berbeza

Setiap _manusia unik. Mereka ada stail belajar mereka sendiri_

Ada anak-anak yang suka berdrama. Suka berlakon layar. Ambil satu topik, minta dia yang mengajar.

Berlakon olok-olok jadi pelajar. Biar dia pegang marker, pegang rotan. Angguk-angguklah dan angkat tangan.

Kadang-kadang beliau 'mengajar' di hadapan adik-adik yang lebih kecil. Ada juga di hadapan anak-anak patung dll.

Dia sedang belajar. *Dorong lagi*
Cari jalan terbaik untuk mengukur pembelajaran stail yang berkenaan.

Setiap manusia unik. Mereka ada stail belajar mereka sendiri.

Ada anak-anak suka menyanyi. Apabila membaca dia suka membaca kuat (read aloud).

*Rakamkan suara mereka*'
Pasang semula biar mereka dengar. Mereka akan cepat mengingat perkara berkenaan.

Jangan kacau ketika mereka sedang menyanyi atau berlakon seorang-seorang di hadapan cermin. Sebenarnya beliau sedang belajar. Belajar dengan stail beliau sendiri.

Setiap manusia unik. Mereka ada stail belajar mereka sendiri.

Ada anak-anak yang senang mengingat jika dia selalu nampak secara *visual perkara yang mahu difahami dan diingatinya*

Tampalkan kata kunci bergambar di laluan hariannya. Di pintu, berhampiran meja makan, di pintu almarinya, di hadapan pintu tandas.

+🔴Lama-kelamaan beliau akan mengingatnya.

Setiap manusia unik. Mereka ada stail belajar mereka sendiri.

+ Ada anak-anak belajar dengan baik dengan kaedah pensel-kertas.

+ Ada anak-anak belajar dengan baik dengan kaedah eksperimen.

+ Ada anak-anak belajar dengan baik dengan kaedah kerja berkumpulan.

+ Ada anak-anak belajar dengan baik dengan kaedah lawatan luar.

+ Ada anak-anak belajar dengan baik dengan kaedah audio-video.

+ Ada anak-anak belajar dengan baik dengan kaedah memodel sampel.

Lihat ,cari
Stlye anak anda😊

Anak memilih makanan

ANAK MEMILIH MAKAN (PICKY EATER)🍽🍡🍛

"Anak saya tak nak minum air kosong/ makan nasi atau semua makanan kecuali susu"
"Setiap kali waktu makan, mesti berperang nak suap anak makan 😭"
"Anak tak nak berus gigi, mesti menangis setiap kali nak sentuh dalam mulut. Habis gigi semua rosak"

Menguruskan anak yang memilih makan bukannya mudah, kadang-kadang ada yang sampai bergaduh suami isteri menyalahkan diri masing-masing. Selalunya golongan mak mak yang akan dipersalahkan sebab dah biasa dengan norma masyarakat kita, perempuan duduk didapur menguruskan makan minum satu keluarga. Maka bila pulang ke kampung jumpa keluarga lain, bila anak memilih makan pasti golongan mak juga yang akan dipersalahkan dan dilabel "tak pandai jaga anak". Adakah salah anak ataupun salah mak ayah? 🤔

Apa punca anak memilih makan?

Isu pemakanan selalunya berkait dengan 2 deria penting iaitu:
1. Deria bau (Olfactory)
2. Deria rasa (Gustatory)

Kedua-dua deria ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan pemilihan makanan anak.

Apabila anak memilih makan, mak ayah perlu tahu adakah disebabkan deria bau atau deria rasa ataupun kedua-duanya yang terlebih sensitif (hypersensitif) atau terkurang sensitif (hyposensitif).

Jika terdapat hypersensitif atau hyposensitif terhadap mana-mana deria, ia dipanggil "Sensory Prosessing Disorder" atau bahasa mudah kecelaruan sensori yang mungkin menyebabkan penerimaan bau/rasa yang tidak normal, kesannya anak memilih makan.

Genetik juga memainkan peranan dalam pemilihan makanan. Kalau mak ayah suka makanan yang berbau dan rasa kuat, anak juga cenderung ke arah itu. Cuma perbezaannya, sensitiviti terhadap deria bau dan rasa telah di "normalize"kan mengikut masa.
Sebab itu, 〰ada yang masa kecil tak makan sayur dan buah tetapi makan apabila besar makan pula😊
Saya lah tu😅

Jadi tips dibawah  mengelak anak memilih makan sejak bayi.
Untuk yang mempunyai anak bawah 3 tahun yang  memilih makan, boleh juga cuba sebab masih belum terlambat lagi untuk memperbaikinya cuma memang ianya mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

TIPS MENGELAK ANAK MEMILIH MAKAN SEAWAL BAYI

Tips ini dipecahkan beberapa bahagian:
1. Gigi dan gusi
2. Rasa makanan
3. Tekstur makanan
4. Bau makanan
5. Suhu makanan

1. GIGI DAN GUSI

- Amalkan membersihkan dalam mulut bayi menggunakan kain basah yang bersih seawal baru lahir.

- Gunakan berus gigi mengikut peringkat umur. (Kain ➡ Finger brush ➡ Extra soft brush).
- *Kerapkan menyentuh dalam mulut* bayi untuk tujuan mengurangkan sensitiviti deria dalam mulut.

- Lewat memberus gigi / membersihkan mulut anak juga adalah salah satu faktor _menyebabkan anak memilih makan_
Maka, ayuhlah kita *rajin-rajin bersihkan mulut anak*

- Jangan *terlampau menghalang anak masukkan benda dalam mulut tapi tak ganti dengan benda yang selamat*(teether, finger food) sebab skil ini penting untuk merangsang sensori dalam mulut.

2. RASA MAKANAN (6 BULAN KE ATAS)

- Elakkan memberi makanan yang telah diproses sehingga anak mencapai umur 1 tahun.
- Kesilapan utama yang selalu dilakukan oleh mak ayah dalam memperkenalkan makanan awal pada anak adalah dengan memberi anak makan semua termasuklah makanan diproses dengan tanggapan:

"Bagus,beri anak makan semua benda untuk memberi rangsangan deria rasa"
"Kasihan anak tengok kita makan ais krim, kek, sosej, nugget atau fast food. Bagilah dia juga"
“Makan ais krim laju je, comelnya anak mummy”

Tak beri rasa bukan sebab tak sayang, tapi sebab sayangkan usus dan deria rasa anaklah kita perlu elakkan
. Kalau kasihan juga, makanlah sorok-sorok jangan beri anak nampak. Tak lama pun, tunggu sampai anak umur 1 - 2 tahun. Bila kita dah awal-awal beri anak rasa makanan diproses yang mempunyai perisa tiruan dan manis secara tak langsung kita telah membiasakan dan mengajar deria rasa anak cenderung kepada perisa tiruan dan rasa manis seterusnya menyebabkan anak mengelak makan sayur-sayuran yang pahit.

Anak umur 6 bulan, tak reti pun lagi meminta kalau kita tak pernah beri.
Banyak sangat buah dan sayur yang perlu dia belajar rasa berbanding makanan diproses sebab deria rasa anak sangatlah sensitif sejak lahir, sebab itu bubur kosong pun dah sedap bagi bayi. Maka, tak perlu pun letak perisa tambahan penyedap rasa untuk bayi 6 bulan.

Untuk ibu yang bekerja yang sibuk dan tiada masa untuk buat makanan bayi. Kini banyak sangat tips mudah di fb, buat stok sebulan sekali, bekukan dalam tempat ais krim seterusnya simpan dalam bag ziplock. Bubur nasi pun buat stok seminggu. Makanan bayi "homemade" pun sudah banyak  Dalam beg memang sentiasa bawa bekal makanan dan "finger food" dan anak juga tak ada minta atau mengamuk nak rasa makanan kita sebab dia tahu makanan dia dalam bekal sahaja sehinggalah umur 1 tahun. Kasihan kan? Tapi sebab sayangkan usus dan deria rasa anaklah  buat macam ini.

Anak saya juga memang menunjukkan tanda-tanda memilih makan masa umur 6 bulan, akan menangis dan kadang-kadang boleh sengaja memuntahkan semula makanan setiap kali cuba sayur dan buah yang baru.

pasti ramai ibu lain mengalami situasi ini, mungkin ada yang akan stop dan tak beri lagi. Tapi cara saya, saya akan beri juga selagi tidak memudaratkan sebab lebih mudah berperang dengan anak bawah 1 tahun berbanding apabila dah besar.
⏩Kesannya, peperangan menyuap anak tak lama pun sehingga anak umur 8 bulan dia sudah boleh menerima semua buah dan sayur.

- Setiap makanan baru perlu di perkenalkan selama 4 hari berterusan, ia juga dipanggil “4 Day Wait Rule” untuk melihat jika ada kesan alahan dan untuk tujuan "normalize"kan deria rasa anak.
- Beri anak rasa satu persatu jenis makanan sebelum mencampurkannya.

- Jangan putus asa dalam mencuba kerana corak pemakanan awal banyak mempengaruhi gaya pemakanan anak. Baik menangis sekarang dari menangis di kemudian hari.

3. TEKSTUR MAKANAN

- Pelbagaikan tekstur makanan (lembut, kasar, melekit, kering dan basah) yang boleh didapati dari pelbagai jenis buah dan sayur. 🍉🍊🍋🍌🍎🍓🥑

- Ajar anak untuk _menguyah dan mengigit makanan seawal anak reti_ memasukkan benda/makanan ke dalam mulut  dengan memberi "finger food".

- *Menguyah makanan adalah salah satu latihan mulut* untuk perkembangan skil bercakap anak juga. 

- Sayang anak takut anak tercekik tapi jangan✖ terlalu lama memberi makanan kisar sehingga umur 2 tahun ya.

- Kalau takut anak tercekik semasa pemberian “finger food” buah- buahan, mak ayah boleh beri “Food Feeder” untuk anak gigit-gigit.
- Kalau malas nak cari, boleh cuba cara orang dulu-dulu dengan masukkan buah dalam kain lepas itu ikat macam sup bunjut.

4. BAU MAKANAN

- Setiap kali pengenalan makanan baru, beri anak main-main dengan sayur/buah tersebut dahulu sambil kenalkan nama sebelum beri anak rasa.
- Jangan marah atau jerit kalau anak gigit sedikit kerana perbuatan ini akan buat anak takut untuk menyentuh buah dan sayur lagi sebaliknya hanya tolak tangan anak.

5. SUHU MAKANAN

- Pelbagaikan suhu setiap makanan, contohnya puree epal boleh beri sejuk dan suam *tak perlu terikat pada 1 suhu sahaja*

Sebagai mak ayah, kita tak harap pun anak makan semua benda. Apa yang kita harapkan, anak makan makanan yang berkhasiat dan seimbang

. Contohnya buah dan sayur, ada bermacam macam jenis buah dah sayur.
Kita tak harap pun anak makan semua, kalau dapat makan 1-2 jenis pun dah bersyukur asalkan anak dapat sumber serat.

Maka, abaikan sahaja pandangan dan kecaman orang lain bila anak kita memilih makan.
Siapa yang tak sayang anak kan?
Siapa yang tak nak anak makan semua makanan?
Siapa yang tak nak pastikan anak tidur dengan perut yang kenyang?

Maka, kita janganlah terlampau “judgemental” kerana kita tak tahu betapa sedihnya perasaan setiap kali anak menolak makanan yang  diberi atau masak.

Jadi, mak ayah sekalian boleh cuba tips di atas untuk mengelak anak menjadi “picky eater” seawal lepas lahir.

Setiap tindak balas dan cara adalah berbeza setiap orang, kita hanya mencuba dan usaha dari awal.

Usaha selepas itu barulah tawakal, jangan mengalah dan putus asa.

Interaksi dua hala

Kanak kanak memerlukan interaksi dua hala.

Interaksi dua hala bermaksud
ada dua 👱🏻‍♀💭👱🏻‍♀ pihak saling bercakap *dan memberi respon antara satu sama lain*

Menonton tv... Video.. Bermain gadget....dan apa apa juga games berteknologi
✖bukan nya interaksi dua hala.

Jangan marah kalau anak anak tak pandai berkomumikasi atau tak tau adab berkomunikasi

andai itu yg banyak kita 😄dedahkan padanya

Sembanglah ....💭

5 tips untuk ibu bapa yang punya anak lewat bercakap

Berikut saya senaraikan 5 TIPS mudah untuk ibu bapa yang punya anak-anak Speech Delay dan late-talker:

1. PASTIKAN ANAK-ANAK KENAL OBJEK, KATA KERJA & KATA SIFAT DALAM PENGURUSAN DIRI HARIANNYA

Waktu aktiviti pengurusan diri harian, adalah waktu yang paling banyak stimulasi bahasa dan komunikasi boleh diberikan kepada anak-anak ini.

Semasa anak mahu memakai baju contohnya, ibu boleh memberikan arahan "adik, ambil baju tu" (adik: kata nama, ambil: kata kerja). Ini boleh melatih kebolehan reseptif dan tumpuan anak pada ayat yang diberikan oleh ibu padanya.

Stimulasi berterusan akan menambahkan kosa kata anak-anak dan seterusnya meningkatkan kefahaman bahasa anak-anak. Informasi bahasa yang berterusan ini akan disimpan di dalam otak untuk menunggu masa yang sesuai bagi digunakan oleh anak-anak.

Foto: schooladvisor

2. AJAR ANAK PERMAINAN MOTOR KASAR YANG BERSIFAT SOSIAL

*PERGERAKAN MENGHASILKAN PEMBELAJARAN* Itu merupakan satu slogan yang saya pegang sejak belajar ilmu edu-kinesiology (BrainGym).

Telah ramai anak-anak yang saya nampak perkembangan positif mereka apabila pembelajaran diintegrasikan dengan pergerakan.

Bermain aktiviti motor kasar seperti teng-teng, panjat-panjat, main bola yang disertakan dengan stimulasi bersifat sosial seperti

♢ menunggu giliran
♢ menunggu arahan
♢ sequencing (mengingat langkah-langkah semasa aktiviti)

Akan memberikan stimulasi sosial, komunikasi dan bahasa yang pelbagai untuk anak-anak dalam keadaan yang menyeronokkan dan menepati fitrah anak-anak.
*Fitrah anak-anak terutamanya anak kecil adalah bermain dan bergerak, bukan duduk dan dengar*


3. BERADA PARAS MATA DENGAN ANAK SEMASA BERCAKAP DENGAN ANAK

Jika anak berdiri, rendahkan tubuh anda supaya wajah anda dan wajah anak berada di paras yang sama. Jika anak anda duduk, duduk sekali bersama anak anda. Jika anak anda baring, baring sekali bersama anak anda.

Berada paras mata dengan anak akan membantu anak fokus dengan lebih mudah pada ekspresi wajah anda, pergerakan mulut anda dan apa yang sedang anda perkatakan. Ingat. Komunikasi dan sosial bukan hanya pada pertuturan.

Tetapi juga pada keupayaan anak untuk mengawal emosi, belajar faham orang lain dan perhatian pada perubahan persekitarannya.


4. MAIN PERMAINAN YANG BOLEH MENINGKATKAN DAYA TUMPUAN ANAK-ANAK

Daya tumpuan adalah penting bagi membolehkan anak-anak kekal pada konversasi yang sedang dilakukan oleh ibu bapa. Aktiviti motor kasar dan aktiviti motor halus yang terancang akan membantu meningkatkan daya tumpuan anak-anak.

Contoh aktiviti motor kasar termasuk: membaling bola ke dalam bakul, menendang bola ke dalam gol, menyambut bulu tangkis dengan raket badminton, teng-teng dan memanjat pokok.

Antara aktiviti motor halus yang boleh membantu daya tumpuan dan fokus termasuk: memasukkan guli ke dalam botol bermuncung kecil, menganyam tali ke dalam lubang kasut, memasukkan syiling ke dalam lubang, dan memasukkan manik ke dalam tali.

5. GUNAKAN GALAKAN POSITIF SEMASA MEMBUAT AKTIVITI BERSAMA ANAK

Galakan sosial positif seperti pujian, keberadaan anda semasa anak melakukan aktiviti, kata-kata rangsangan akan meningkatkan keyakinan anak untuk terus melakukan aktiviti bersama anda. Jangan lupa untuk memasukkan elemen bahasa semasa melakukan aktiviti bersama anak anda.

Contohnya: semasa anda minta "adik, masukkan manik merah", dan anak anda boleh melakukannya (kenal apa itu manik merah), pujinya dengan suara yang paling ceria "waaa!! pandainya!!!!"

Bila ayah pulang, ceritakan pada ayah "ayah tahu? adik dah kenal manik merah!" dihadapan anak tadi. Anak yang berasa seronok akan terus termotivasi untuk melakukan aktiviti dengan ibu / bapanya.

SEMOGA BERMANFAAT!!!

Copy

Umur setahun

Ada kanak-kanak umur setahun di bawah jagaan kita?⁉

+ Pastikan mereka belajar *meniru*

. Gunakan cermin untuk mereka melihat memek muka anda dan dia.

+ Pastikan mereka melihat mata anda. Gunakan tangan anda untuk memegang pipi mereka dan meletak *mata* mereka di hadapan mata anda.

+ Pastikan mereka boleh *mendengar panggilan*

❌ Jangan biarkan mereka sentiasa sendirian.

Jika tiada kawan, anda selalu bawa ke taman permainan.

Nanti umur 2 tahun, kita perlu buat
_banyak pemerhatian_

Latih dan beri intervensi awal.

Kita dera anak senyap-senyap

Sebenarnya hampir setiap hari,
KITA DERA ANAK SENYAP-SENYAP.
.
Yes, memang kita tak pukul anak dengan kayu golf,
kita tak rotan anak dengan paip getah,
kita tak sebat anak dengan tali pinggang,
kita tak ikat anak kat pokok rambutan,
kita tak tampar anak sampai berbekas,
kita tak maki anak depan orang,
kita tak cekik anak bila mereka nakal,
sebab kita tahu--
itu adalah penderaan.
Itu kejam.
Itu dosa.
Dan itu semua tak membantu malah membantut perkembangan anak. 
.
Tapi yang kita tak tahu dan tak sedar adalah--
kita juga sebenarnya sedang mendera anak-anak.
.
Kita ingat kita tak dera,
kita ingat apa yang kita buat selama ni "takpe",
tapi rupanya--
KITA SEDANG DERA ANAK DALAM-DALAM.
.
Kenapa saya kata dalam-dalam?
Sebab "penderaan senyap" ni mampu membunuh emotional intelligence dan self-esteem anak-anak.
.
Emosi & self-esteem--
adalah dua elemen yang sangat penting,
dan ambil masa yang sangat lama untuk dibentuk,
tapi sangat mudah untuk dibunuh.
.
Ada beberapa "sikap" ibu bapa,
yang sebenarnya berbentuk penderaan,
walaupun ibu bapa tersebut tak pernah meninggikan suara atau naik tangan.
.
This is what we call--
penderaan senyap.
.
Dan penderaan senyap ni dikatakan memberi kesan amat buruk terhadap perkembangan mental dan emosi anak-anak, SAMA seperti penderaan fizikal atau penderaan yang nyata.
.
So hari ni, saya nak kongsikan 7 jenis penderaan senyap  yang dilakukan oleh ramaiiiiii ibu bapa, tanpa disedari.
.
.
1) Ignorance & expressionless reaction
.
Atau dalam Bahasa Malaysia,
mengabaikan dan tidak memberi ekspresi atau reaksi.
.
Contohnya,
bila anak tengah bercerita atau menunjukkan sesuatu,
kita buat tak tahuuuuu je.
Langsung tak beri sebarang reaksi.
Ni banyak berlaku bila kita layan anak "sambil-sambil" buat benda lain.
.
Nak main dengan anak, tapi tangan tengah layan Facebook.
Nak buat homework dengan anak, tapi mata tengok fattah amin kat TV.
.
Maka jadi lah anak tu seperti bercakap dengan dinding.
Sebab "expressionless" kita sama macam dinding. 😒
.
Contoh lain, bila anak menyuarakan pendapat atau keinginan,
kita terus deny atau mengabaikan pendapat tersebut.
.
Contoh, bila anak cakap;
"Mama, Haikal rasa nak pakai baju warna hijau la hari ni."
.
Kita terus jawab, "Tak payah la."
Dan terus bagi baju warna lain.
Kalau kita di tempat anak tu, apa kita rasa?
.
Menurut kajian, anak yang selalu mendapat layanan macam ni,
takde keyakinan diri dan selalu membuat keputusan yang salah dalam hidupnya.
Sebab?
Keputusan mereka tak pernah didengari dan selalu kena akur dengan keputusan orang lain.
.
.
2) Stonewalling
.
Ni lebih kurang macam point kat atas tadi--
anak bercakap dengan dinding.
.
Especially bila parents sengaja melambat-lambatkan menjawab soalan anak,
atau malas nak layan soalan anak.
Kalau jawab pun macam tak kena dengan soalan yang diberi.
.
Contoh bila anak tanya,
"Mama suka warna apa?"
.
Kita jawab, "Entah. Pape je laaa."
.
Kalau jumpa mak bapak cemni, bancuh simen dan tuang kat muka diorang.
Biar jadi dinding betul. 😑
.
Please parents.
When you say quality time with children,
that means 101% of your attention goes to them.
Bukan sambil-sambil.
Kerana "sambil" itu sebenarnya mendera anak-anak.
.
.
3) Mengejek atau merendah-rendahkan anak depan orang lain
.
Contoh bila ada orang puji anak kita,
"Ya Allah baiknya Haikal ni. Suka betul tengok dia."
.
Tapi kita jawab,
"Baik?? Puihhh! Makan bersepah, suka kencing malam, main tak reti kemas, kuat nangis, malas mandi, bla bla."
.
Konon-konon kita taknak riak dengan orang yang memuji tadi.
Tapi tanpa sedar, kita terkutuk dan membuka aib anak sendiri depan orang lain.
Anak pun terluka bila dengar.
Terus anak tu berdendam nak balas balik bila mak dia dah tua nanti. 😂
.
So never make fun of your child in front of other people.
Bila orang puji anak kita, say Alhamdulillah.
Pandang muka anak dan cakap, "Thank you for being a good son. I'm proud of you."
.
Lantak la orang nak cakap riak ke apa.
We are showing a good example to our children.
A good sense of appreciation and being thankful to have them.
.
.
4) Gaslighting.
.
Gaslighting means--
meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak.
.
Contoh kalau anak cerita, kat sekolah tadi ada orang baling pemadam sampai kena mata dia.
.
Tapi kita jawab, "Alahh biasa la tu. Abaikan je."
.
Atau bila anak cerita yang dia nampak sesuatu yang menakutkan.
Kita cuma cakap,
"Aaahh mengarutlah. Mana ada hantu. Awak mengelamun je tu."
.
Sikap ibu bapa yang suka gaslighting macam ni akan buat anak-anak keliru dengan diri, dan hilang kepercayaan pada diri.
Anak-anak akan rasa setiap apa yang dibuat atau difikirkan adalah salah dan tak penting.
.
Nasihat saya untuk parents macam ni,
stop tengok drama pukul 7, dan fokus kepada anak.
Sebab yang banyak mengelamun tu sebenarnya bukan anak, tapi--
KAU. 😒
.
Sepatutnya bila anak nak cerita atau beritahu sesuatu,
mata dan telinga sepenuhnya kepada mereka.
And never deny what they feel.
Peluk and tell them,
"Don't worry. I am here with you. Everything will be fine."
.
.
5) Hypercritical
.
Sejenis ibu bapa yang cerewet,
terlalu banyak complaint,
terlalu banyak yang tak kena di matanya.
.
Anak comot sikit, marah.
Anak terlanggar sikit, marah.
Anak buat lawak sikit, marah.
Anak nak rehat kejap, marah.
Anak pakai baju lain seluar lain, marah.
Anak silap baca sikit, marah.
Anak pelat cakap sikit, marah.
Anak dapat no.2 dalam kelas, marah.
Semuaaaaaaaa benda,
kalau tak perfect--
marah.
.
Ibu bapa yang hypercritical atau banyak complaint macam ni,
sebenarnya bukan sebab nak anak perfect sangat,
tapi diri dia sendiri tiada sifat syukur dan tak boleh terima kekurangan diri sendiri yang terrrrlalu banyak.
.
So cermin diri sebelum expect perfection daripada anak-anak.
Happy life is not about perfection.
It's about embracing the imperfections, and cherish the small good things.
.
.
6) Kurang memuji, tak ucap sayang, dan tak menzahirkan sokongan.
.
Ada kan parents macam ni?
.
Jarangggggg sangat cakap i love you kat anak-anak.
Sebab ego.
.
Dan bila anak capai sesuatu,
jarangggggg sangat ucap tahniah.
Lagi teruk bila just respond, "Alaa biasa je tu. Abah dulu lagi hebat."
.
Huk aloh 😑
.
Dan bila anak tengah nervous nak masuk competition ke apa,
kita tak menzahirkan sokongan kepada anak,
tak datang masa competition berlangsung,
dan tak bagi kata-kata semangat kat anak.
Sebab kita rasa tak penting.
.
If you are this kind of parent,
jangan terkejut bila anak dah berjaya capai macam-macam nanti,
mereka tak ucap terima kasih pun kat ibu bapa mereka.
Sebab sikap kita sendiri yang minta untuk tidak dihargai.
.
.
7) Mendiamkan sesuatu kesilapan dan menjadikan ia kebiasaan.
.
Contoh,
bila kita dapat aduan dari pihak sekolah,
yang anak kita ponteng sekolah, atau anak kita buli rakan lain,
kita buat tak tahuuuu dan anggap aduan tersebut seperti angin lalu di ufuk timur yang lama-lama akan hilang sendiri.
.
Kita lepas tangan.
.
Kita tak berdepan dengan anak,
tak heart-to-heart talk dengan anak,
tak bantu anak untuk menjadi orang yang lebih baik.
.
Perangai parents yang macam ni kalau dibiarkan berlarutan,
akan menyebabkan anak semakin "menjadi-jadi".
Kerana bagi anak, semua kesalahan yang dilakukan itu "takpe" dan bukan dosa di mata ibu bapa mereka.
.
Kalau ada cikgu-cikgu yang berhadapan dengan ibu bapa yang lepas tangan camni,
better hantar anak-anak ni kat rumah anak yatim je.
Buat apa nak ada parents kalau parents asyik lepas tangan? 😒
Baik jadi anak yatim je.
Entah-entah perhatian yang mereka dapat dekat sana lebih bagus.
.
Haa sekarang nak mengaku pulak itu anak-anak kau. 😂
.
.
So itu lah antara penderaan-penderaan senyap yang tak disengajakan,
tapi banyakkkkk berlaku dalam masyarakat kita.
.
Tak payah tengok rumah orang lain,
kat rumah sendiri pun ada berlaku.
Kan?
.
Jangan pandang remeh tentang isu ni sebab effect dia terhadap perkembangan anak adalah sama seperti penderaan-penderaan nyata atau yang berbentuk fizikal.
Cuma penderaan senyap ni berlaku secara dalaman dan perlahan-lahan kesan buruk dia datang.
.
Dan yang paling menyedihkan,
it's considered NORMAL in our culture.
Masyarakat kita biasanya pandang remeh tentang isu-isu yang melibatkan emosi anak-anak macam ni.
.
So how to fix this?
.
By changing ourselves.
By fixing our relationship with our own children.
By having more interaction and communication with them.
.
Dan berdoa lah supaya anak-anak kita nanti dijaga dan ditemukan dengan orang-orang yang baik dan hati-hati yang memuliakan mereka sepanjang hidup mereka.
.
Let's stop this "quiet" abuse.
And may all of us be the parents who always help their kids to grow happily and successfully.
Ameen.
.

Teknik membebel


Nota Parenting Taufiq Razif:
Teknik Membebel

Saya tak sarankan mak ayah bebel anak tapi secara realitinya amat jarang mak ayah yang tak bebel anak kan. Jadi mana-mana mak ayah nak bebel anak kena ada ilmu ni.

Nak bebel anak pun ada caranya. Salah cara bebel boleh jadi negatif anak tu nanti.

❌ Cara yang salah ❌
Adik, kenapa pengotor sangat ni? Dah habis pakai baju tu letak elok-elok bakul

✅ Cara yang Betul ✅
Adik, bila dah habis pakai baju tu letak dalam bakul terus SEBAB nanti senang mak nak cuci

❌ Cara yang Salah ❌
Kenapa adik pemalas sangat ni! Dah habis makan cuci la pinggan!

✅ Cara yang Betul ✅
Adik, kalau dah habis makan tu cuci la pinggan sebab tu la cara adik nak bantu Mak. Adik kan sayang Mak.

Nampak tak beza cara bebel kat atas?

1. Bebelan positif ni adalah bebelan yang tak guna sumpah seranah dan label anak dengan sifat yang buruk. Tak perlu cakap anak pemalas atau anak pengotor. Terus direct tegur je.

2. Kalau nak suruh anak buat apa pun walaupun hanya cuci pinggan, masukkan sekali SEBAB dan ALASAN kenapa dia kena buat semua tu. Yang anak jadi degil sebab kita suruh je anak buat benda tapi kita tak bagitahu pun SEBAB apa dia kena buat benda tu.

Amal je 2 benda ni dalam bebelan anda dan InsyaAllah anda akan nampak perlahan lahan perangai anak akan berubah jadi lebih taat dan mendengar kata.

#telegramChannel
#notaparentingTaufiqRazif
@NotaParentingTaufiqRazif

Makhluk penting itu ibu

[ Islamic post ]

JIKA INGIN MEROSAK SEBUAH KELUARGA, ROSAKLAH DULU IBUNYA.

Sebuah percakapan Iblis kepada anak buahnya :

"Jika kau ingin merosak sebuah keluarga, rosaklah dulu ibunya!!"

Beri ia perasaan akan rasa lelah bertubi yang membuatnya merasa lemah dan habis energi.

Jika ia sudah merasa lelah, ambil rasa syukurnya.

Biarkan ia merasa bahawa hidupnya habis untuk mengurus keluarga dan buatlah ia tidak memiliki apapun, selain lelah yang didapatnya.

Setelah kau ambil rasa syukurnya, buatlah ia menjadi orang yang tidak percaya diri.

Sibukkan pandangan matanya untuk melihat kebahagiaan orang lain dan buatlah ia lupa akan kebaikan yang ia miliki.

Buatlah ia merasa rendah diri dan merasa tidak berharga.
Jika itu sudah terjadi, ambilah juga sabarnya.

Gaduhkan hatinya agar ia merasa ada banyak hal yang berantakan dalam rumahnya, buatlah ia merasa betapa banyak masalah yang ditimbulkan dari anaknya, dari suaminya.

Goda lisannya untuk berkata kasar, hingga nanti anak-anak mencontohnya dan tak menghargainya lagi, lalu bertambahlah kemarahan demi kemarahan, hilanglah aura su
Syurga dalam rumah.

Dan kau akan menemukan perlahan, rumah itu rosak dari pintu seorang IBU.

SEKALI LAGI, MAKHLUK PENTING ITU ADALAH IBU.

Lelah yang tidak selesai menjadi tempat masuknya syaitan.
Ia mengambil bahagiamu, mengambil sabar dan syukurmu wahai ibu.

Jangan biarkan syaitan mengambil itu,
Jika kau lelah, rehatlah.
Jika kau lelah, berbagilah.

Sungguh tak ada satupun yang akan membiarkanmu merasa sakit sendiri, jika kau pandai menghargai dirimu.

Ringankan tugasmu , jangan menekan dirimu terlalu keras.
Sesekali tidak bermasalah rumahmu kotor
Tidak bermasalah juga betapa banyaknya pekerjaan yang belum engkau tuntaskan.

Jangan terjebak dalam waktu,
sungguh tugas muliamu jauh lebih penting dari sekadar rutin yang dilakukan setiap harinya.

Rehatlah...

Jika pun tak mungkin dapat melancong jarak puluhan kilometer untuk segarkan diri.

Sekadar menepi, menepilah...
Beri waktu untuk dirimu sendiri.

Sekadar melihat betapa banyak kebaikan yang kau punya, betapa manisnya keceriaan anak-anakmu, betapa bertanggungjawabnya suamimu.

Rasakan pelukannya, ada cinta dan ketulusanmu dalam tegap badannya.

Kau berharga ibu, jangan pernah lupakan itu.

Tapi saat mendengar masalah orang lain, kita semakin sedar bahawa perspektif kita menentukan cara pandang kita terhadap masalah.

Jika kita melihat peranan ini sebagai beban, maka kita hanya akan sampai pada titik lelah.

Jika kita memandang diri hanya sebatas pelaku rutin, kita tidak akan menemukan intinya.

Rewardlah diri kamu ibu.
sungguh perananmu jauh lebih besar dari semua keluhanmu.

Jangan biarkan syaitan merosak bahagia dengan mengambil rasa SABAR dan SYUKURMU.

dari bahagiamu, tercipta ketahanan sebuah keluarga.

Selamat beraktiviti sebagai Ibu dan Isteri yang HEBAT.

Selalu ada BAHAGIA di segala situasi

Ibu wajib bahagia.💖

Eina Tholhah
30 November 2017
Diizinkan Share dan kongsilah agar kita semua mendapat manfaat.

#SelfReminder
#keluarga

Ajar anak

"Ini mesin air.
Cuba masukkan duit ni", sambil menghulur kepada anak dan menunjukkan lubang duit.
/
"Nak air mana?", sambil menunjukkan pilihan air yang akan mula menyala.

"Tekan",🛑

sambil memegang tangan anak, membantu mereka menekan butang ('prompting' fizikal).

Teng teng teng.

"Cuba tengok bawah, air dah keluar.
Cuba
🛑ambil."

Inilah yang sepatutnya ibu bapa tunjukkan kepada anak-anak kecil, seawal usia mereka sudah mula boleh mengeluarkan bunyi-bunyi.

Fungsi suatu objek. Kesan dan akibat.

Tekan sini, keluar sana. Tekan yang tak menyala tak keluar. Sebab apa? Dah
🛑habis.

Sesuaikan ikut usia anak.
Tak perlu la sampai sejam nak terangkan fungsi mesin air.

🔍 Ajar sedikit, *jumpa lagi, ulang dan tambah sedikit demi sedikit info*

Jumpa mesin duit pula. Ulang proses yang sama.

Bukannya tunjuk ejaan a b c di mesin air semasa anak itu 12 bulan. Sekiranya sudah 3 tahun dan sudah diajarkan fungsi mesin air itu, barulah betul nak ajar a b c.

Ajarlah anak ikut usianya.

Anak 12 bulan perlu *diajar merangsang deria pada badan mereka*
bukan diajar a b c dahulu. Bila dah 3-4 tahun usia masuk tadika, barulah ajar a b c. Ini perkembangan yang patut mereka dapat semasa 0-3 tahun sudah tertinggal, terus melompat nak ajar a b c. 😅

〰〰〰〰〰〰〰

TAPI SAYA NAK AJAR ANAK SAYA ABC 123

Untuk bawah 3 tahun, ajar mengira dengan objek.

Kaitkan kiraan dengan benda maujud.

Nak biskut? Nak berapa? 3?
💭
Beri 1, sebut 1, anak ulang
Beri 2, sebut 2, anak ulang
Beri 3, sebut 3, anak ulang

Barulah anak akan mengaitkan 3 dengan nilai barang,
❌ bukannya terus mahu mengajar simbol 3.

Begitu juga membaca, ini kucing.

Kucing bunyi apa... 💭
Bunyi kucing ada dekat mana? Jom cari.

meowwww...🐈

Kucing ada belakang rumah.
Kucing bawah meja.
(kedudukan)

Pergi cara kucing tu dekat mana.

Kalau rumah tak ada kucing, gantikan dengan sorok telefon mama di bilik.

Guna telefon ayah, telefon. Cari di mana telefon.

Ini *merangsang deria pendengaran mereka*

Halang main kucing, gantikan dengan benda setara.
Bermain dengan kucing, mereka belajar memegang bulu (sentuhan-tactile), mereka belajar bunyi kucing (pendengaran-auditori), mereka belajar sebut nama kucing. 🐈

Halang main kucing, tak bawa pergi zoo, bagi hadiah hari lahir Iphone 7. Muat turun aplikasi iZoo. No no no. ❌

Barulah bila Cikgu/kita  panggil nama, anak respon.

*Deria-deria mereka telah dirangsang dengan baik sejak 0-3 tahun*

Satu ayat yang agak menakutkan😐

sejak akhir-akhir ini, dengan kemunculan telefon pintar,

*anak-anak yang kita luaran tengok normal* ada simptom-simptom autisme.🚩

Kad-kad bergambar yang selalu kita gunakan untuk mengajar anak, memang salah satu bentuk komunikasi yang digunakan untuk ajar-ajar anak autisme.

Yang saya pelik, kenapa nak ajar bayi, yang boleh mengeluarkan bunyi dan bercakap, guna kad.

Gunalah objek di sekeliling, guna suara, guna memek muka.🤣😉😍😁

Kalau memang ada sedikit simptom, boleh dirawat dengan aktiviti permainan.

Tapi kalau dah teruk sangat, memang kena bawa jumpa doktor dan terapis."

Rasa berdebar-debar, takut, semua ada.

Saya juga ada anak. Saya juga bagi gajet. Bila tahu gajet tak bagus, memang sudah hadkan ⏺

_banyak perkara terlepas pandang_

Bukan anak sahaja yang perlu dihadkan gajet.
Mama dan ayahnya juga sama.

Barulah boleh berinteraksi dengan penuh memek muka dan ekspresi.

Baru *anak tahu bezakan bila mama marah, bila mama sedih, bila mama bergurau*

"Jangan *biar anak memanipulasi kita*

Kita kena pandai manipulasi anak.

Tapi semua tu kita boleh buat hanya sekiranya kita dalam situasi stabil, emosi baik",🙂

Wujudkan daya pengaruh pada anak 💭 baru anak dengar cakap kita.

kena guna semua memek muka, sebab kita nak sampaikan ilmu.

😶 apabila beri arahan, kena buat muka serius. "

Inilah agaknya orang kata, cakap hanya apabila perlu.
💭Cakap ikut situasi.

Baru anak tahu beza. Di rumah kita boleh buka peti ais, tapi bila kita pergi rumah sekian sekian, tak bolehlah.🔍

KEMAHIRAN MENUNGGU GILIRAN

"Paling mudah guna tabung. Buat bulatan, bergilir masukkan duit.

Bukan sekali ya anak boleh dapat.

➕➕➕➕ Berulang kali."

Jadi tak ada masalah kalau anak baru seorang, belajar bergilir dengan emak, ayah. Kalau anak berdua, lagi la bagus. Buat aktiviti menunggu giliran.

Barulah *anak tahu apabila  suruh beratur, tunggu giliran* naik tangga gelongsor.

Ini anak jadi tak sabar, asyik dia aje nak naik dulu, nak potong barisan

Mulakan dari rumah, disokong dengan persekitaran yang membantu anak-anak ini mengekalkan apa yang ada dalam diri mereka.

Tapi ini tidak akan berjaya tanpa sokongan semua pihak.

"It takes a village to raise a child."

SABR

SABR:

S - Shut up and stay silent until you can say something positive about what is happening to you.

A - Acknowledge the situation that you made the choices that lead you to that situation and that Allah willed it to happen.

B - Break the pattern. Do something positively different from whatever is happening to you. So instead of eating when you’re stress, buy food for someone. Instead of being angry, donate money and give charity to someone.

R - Reflect and Redha. Reflect upon what has happened to you and learn from it. Redha and accept the situation, let it go and move on.

To be in demand, you have to create a continuous demand. This is how you do it:
1. Always be Present in the Eyes and Ears of people.
2. Touch their Hearts.
3. Always do Better.
4. Be Relevant.
5. Be Professional.
6. Stand Out.
7. Be Patient.

Kenapa tunggu 10 saat

📝

Kenapa tunggu 10 saat? ⁉
Supaya anak
*ada peluang untuk respon atau meniru perbuatan/perkataan kita*

Respon anak boleh ditunjukkan melalui..
💖 mimik muka
💖 gaya badan
💖 isyarat tangan
💖 menunjuk (pointing)
💖 bunyi (vocalisation)
💖 menggunakan perkataan

⚠️ warning: amat penting untuk ibu bapa lihat respon anak, jika anak sudah memberi respon seperti respon di atas, terus beri apa yang diminta.

Maximum menunggu 10-15 saat..

⚠️Elakkan tunggu terlalu lama kerana ia akan menjadi paksaan untuk bercakap dari menggalakkan anak untuk bercakap.  💭

⚠️bukan pada kali pertama anak terus boleh sebut dgn jelas
Contoh : awal-awal “aaa”🔜”ak”🔜”nak”

Ini contoh perkataan pertama

selepas 3-5 trial dalam sehari

dan

membina peluang untuk dia menyebut “nak”.💭

Bayi mula bercakap

Apabila anak kecik menginjak masuk 6 bulan, celoteh mereka semakin rancak.

"Ba ba ba"

Kalau sebelum ini cuma bunyi "aaa" "uuuuu" tapi sekarang sudah ada penambahan huruf konsenan.

Ibubapa makin teruja.

Masuk 8-9 bulan, bebelan si kecil makin bervariasi.

Penglibatan otot pada bahagian bibir makin mudah dihasilkan (ba, pa) dan juga kawalan udara menerusi hidung (ma).

Perubahan bentuk bebelan si anak kecil ini akan berlaku secara menerus sehingga membentuk perkataan.

Namun begitu, proses pemerolehan bahasa hanya akan berlaku dengan adanya STIMULASI BAHASA daripada persekitaran.

"Ada tak cara mudah untuk ajar anak bercakap?"

"Anak umur setahun boleh ke diajar bercakap? Nak ke dia ikut, rasa macam cakap sorang-sorang saja nanti,"

Ibubapa yang prihatin memang akan mula ada senarai soalan.

Jawapannya, ada banyak cara mudah untuk ajar anak bercakap seawal usia lagi. Antara TIPS yang boleh dipraktikkan adalah:

1. BERCAKAP BERCAKAP BERCAKAP. Setiap masa bila bersama mereka. Pendekkan ayat. Contohnya, "nak air?"

2. Tambah BUNYI Kepada aktiviti rutin. Contohnya "shhhh" bila siram air pada anak waktu mandi, "klikk klikk" bila pasang tali pinggang keselamatan dalam kereta, "ripp" bila buka pampers.

3. ULANG ULANG ULANG. Guna kaedah pengulangan bila bercakap dengan anak, ulang perkataan yang sama. Sebut sebanyak yang mungkin.

"BOLA saya. Sepak BOLA. Ooo ooO.. mana BOLA?"

4. BUKU dan LAGU KANAK-KANAK jangan dilupakan. Tidak pernah terlalu awal untuk mengenalkan buku pada anak-anak.
❌Bukan ajar membaca ABC ya🔴
, ceritakan buku pada anak-anak. Tak perlu fokus pada ayat dalam buku. Tunjuk gambar, namakan perbuatan/aksi, dan tambahkan bunyi-bunyian yang berkaitan dengan gambar.

Lebih interaktif, anak-anak lebih seronok!

Oh ya, bebelan anak sekitar 8-9 bulan memang akan membantu mereka membentuk perkataan kelak. Namun, menurut kajian, peringkat umur ini juga boleh memberi gambaran anak itu akan ada masalah lambat bertutur atau tidak. Sudah masuk 9 bulan tapi  bunyi yang dihasilkan masih bunyi vokal sahaja "aaa" "uuu".

Jika mula khuatir, dapatkan bantuan dengan lebih awal.

Lebih awal bertindak, lebih besar peluang anak untuk berjaya.

Aktiviti merangsang kemahiran bahasa dan pertuturan

AKTIVITI MERANGSANG KEMAHIRAN BAHASA DAN PERTUTURAN

Bermain Air.

===========

Aktiviti melibatkan air tidak pernah membosankan bagi anak-anak.

Menariknya, bermain dengan air juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa dan pertuturan mereka.

Bagaimana?

Jadikan tip dibawah sebagai panduan.

======

Anda perlukan:
+ bekas atau besen yang besar.
+ alatan di rumah seperti sudu, bekas berlainan saiz dan warna, sabun, botol, span, botol penyembur, corong, penapis.
+ mainan plastik seperti pinggan mangkuk mainan, patung haiwan, kenderaan mainan.

Apa matlamat yang boleh dicapai daripada aktiviti ini?

1. Memberi stimulasi bahasa kepada anak-anak.

Semasa bermain anda boleh perkenalkan perkataan baru dan konsep.

Sebagai contoh,

perkataan sasaran:

Konsep;

a. Dalam/cetek
b. Kosong/penuh
c. Berat/ringan
d. Lebar/sempit
e. Laju/perlahan

Kata perbuatan;

a. Kacau                g. Percik
b. Tuang                h. Lap
c. Tenggelam        i. Serap
d. Timbul               j. Sukat
e. Cuci                   k. Sambung
f. Basuh                 l. Bocor

Anda juga boleh labelkan setiap alatan yang digunakan.

2. Mengajar sebutan yang betul.

Sebagai contoh, untuk kanak-kanak yang baru belajar bercakap, boleh sasarkan huruf yang penghasilannya melibatkan bibir seperti /p/, /b/ dan /m/.
Tentukan huruf sasaran yang ingin diajar dan gunakan semasa bermain.

Contohnya,

Huruf sasaran: /p/

/paip, percik, penuh, perah, sapu, pinggan, plup (bunyi tenggelam), lap/

Huruf sasaran: /b/

/bola, basah, baldi, baju, bekas, timbul, timba, bocor, botol, bot, lebar, timbul, berat/.

2. Menggalakkan anak berkomunikasi ketika meminta.

Sebelum anak boleh menghasilkan perkataan mereka biasanya akan tunjuk untuk dapatkan apa yang mereka mahu.

Masuk sahaja umur 1-2 tahun, anda perlu jangkakan mereka berkomunikasi menggunakan verbal pula.

Jangkaan perlu sesuai dengan tahap perkembangan bahasa anak. Sebagai contoh,

Jika mereka membawa botol untuk dibukakan, tunggu dan buat reaksi muka menunggu respons mereka untuk bercakap. Atau tanyakan, "adik nak apa?"

Jika masih belum bercakap, modelkan bahasa. Jika anak boleh sebut satu perkataan, modelkan dua perkataan dan seterusnya.

Gunakan teknik 'sabotaj' di sini.

3. Galakkan kemahiran mengambil giliran ketika bermain.

Jika baru diperkenalkan kemahiran ini, singkatkan waktu menunggu. Gunakan perkataan seperti "tunggu," sambil tunjukkan isyarat tangan.

4. Perkenalkan bunyi-bunyi mudah sekiranya anak masih belum boleh menghasilkan perkataan.

Bunyi-bunyian lebih mudah dihasilkan. Anak-anak akan rasai kejayaan dan akan lebih bermotivasi untuk belajar bercakap.

Sebagai contoh,

Bunyi perbuatan:
/blup blup/ - tenggelam
/pop/ - letupkan buih
/Oo ou/ - jatuh

Bunyi-bunyi binatang dan bunyi kenderaan juga boleh dihasilkan.

5. Perkenalkan anggota badan.

Contohnya siram air pada ____ (mana-mana anggota badan). Seperti biasa modelkan dahulu kemudian tunggu respons anak.

Jika bermain buih, boleh letakkan buih pada bahagian anggota badan tertentu dan perkenalkan.

6. Bermain 'olok-olok'.
Aktiviti air sangat menyeronokkan apabila melibatkan imaginasi.

Reka cerita seperti permaian lanun dan bot, hidupan laut, dan sebagainya.

7. Libatkan pemikiran abstrak untuk anak-anak yang lebih besar.
Pilih objek yang boleh timbul dan tenggelam dan belajar membuat jangkaan, proses penyerapan dan sebagainya.

Apabila anda memberikan stimulasi bahasa seperti ini, mereka akan terdedah kepada informasi baru. Ini dapat meningkatkan kebolehan berfikir tentang dunia mereka.

Tip semasa bermain:

1. Sertai aktiviti dan rendahkan badan sehingga ke aras mata anak. Mereka akan lebih seronok bermain apabila mereka rasa kebersamaan.

2. Cipta suasana yang seronok dan santai. Elakkan situasi seperti pembelajaran.

Anak-anak lebih mudah belajar ketika mereka berseronok.

2. Ikut rentak anak ketika bermain. Tunggu dan perhatikan mereka membuat keputusan untuk mengetuai permainan. Kanak-kanak tidak suka diberikan arahan ketika bermain.

Apabila anda sudah pasti apa yang anak suka dan aturkan, sertai dan berikan stimulasi bahasa.

3. Gunakan strategi interaksi dengan cara yang efektif seperti 'parallel talk', 'self talk' dan 'expansion'.

4. Tidak perlu sasarkan banyak perkataan dalam satu aktiviti. Yang penting gunakan dan ulang sebanyak yang mungkin perkataan yang disasarkan.

Guna semula perkataan yang telah diajar semasa aktiviti tadi di dalam aktiviti seharian.

.
.
Bagaimana jika anak tidak berminat bermain air di dalam bekas?

Variasikan aktiviti seperti menyiram pokok, bermain menggunakan penyembur air, bermain olok-olok seperti mengecat dinding menggunakan berus dan air, membasuh alatan permainan dan sebagainya.

.
Anda tidak ❌perlu lakukan semua perkara pada satu masa.

*Pilih satu atau dua matlamat, dan fokus pada pengulangan*

📝

Bagaimana mempercepatkan anak kecil bercakap

BAGAIMANA MEMPERCEPATKAN ANAK ANAK KECIL BERCAKAP

💭Chat away-bersembanglah selalu
To get a child to talk to you, you have to talk -bercakap dengannya

READ, READ, READ - rajinkan membaca buku buku cerita ada anak anak kecil

Vocal sensation:
Children are drawn to music and songs.
🎤🎼 Sing songs, clap hands and play musical instruments

Keep it simple: *Speak clearly and slowly using simple words and short sentences*
dua patah atau tiga patah perkataan

Label things: Put labels on everyday objects

Listen to the toddler: How you respond to the child and how you answer the questions that the toddler will ask will play a role in the development of language

💖Pujuk hati kita untuk tidak pernah merasa penat🙃

Pentingnya free play

📝

Ramai juga kanak-kanak pelbagai lapisan datang bermain bersama ibu bapa mereka. Bayi, toddlers sehingga pra sekolah semuanya ada.

“Hati-hati, jangan lompat.”

“Careful.”

“Tinggi sangat tu.”

“Stop that!”

💭 Careful sana, hati-hati sini. ❌Jangan itu dan jangan ini.

Boleh bayangkan tak berapa kali si kecil akan mendengar perkataan careful/hati-hati dari ibu bapa atau mungkin orang dewasa yang lain.

Kalau  kanak-kanak itu perempuan, menurut kajian  mereka akan lebih banyak mendengar ingatan tersebut berbanding lelaki.

Anak lelaki,berbeza

Jenis peringatan seperti ini telah menghantar message yang jelas dan istiqomah betapa kanak-kanak tidak perlu mengambil risiko. Di dalam dunia yang penuh dengan bahaya, kita tidak benarkan mereka untuk terjebak di dalam situasi berisiko dan kekal selamat, selamanya.

*Sebenarnya , kita hanyalah semata-mata mengajar mereka untuk takut. Takutkan segala benda. Mana tidaknya, semua benda tidak boleh buat.*

Tambahan pula, ada pihak tadika/taska juga akan meneruskan tradisi terlalu careful dengan persekitaran. Aktiviti berasaskan fizikal pun adalah aktiviti yang terlalu berjaga-jaga. Ia telah menghantar subliminal message kepada masyarakat yang kanak-kanak perlu dilindungi from everything daripada membenarkan mereka mencuba.

Mungkin *ibu bapa muda sekarang terkenang zaman kanak-kanak kalian di kampung* Semua kita buat. Panjat pokok tinggi, lompat dari batu besar sana ke sini, main lumpur, main hujan, tangkap berudu, bergayut, tangkap cacing, terjun sungai, bergolek kat padang, main real tanah liat, main api,  tangkap ikan, main dengan anak ayam, belum lagi bergaduh dengan ibu ayam yang mengembang nak ngamuk.

Eh, macam-macam lah. Semua benda kita cuba. Peringatan dari ibu bapa hanyalah,

“Balik sebelum azan Maghrib. Kalau tak balik, siap!”

Betapa percayanya ibu bapa kita kepada aktiviti yang kita lakukan di luar rumah.

Namun, masyarakat hari ini, telah generate begitu banyak ketakutan.

Kalau boleh nak ikat anak, dah lama anak itu kena ikat. Kalau boleh nak bungkus anak dengan bubble-wrap, jangan bagi bergerak dek kerana takut dengan persekitaran yang bahaya.

Benar, prevention is better than cure. *Tapi, kita terlalu over-protected anak-anak*.

Dalam keadaaan anak-anak yang membesar, mereka perlu ambil risiko.

Setiap benda yang mereka lakukan itu berisiko. Dari memasukkan mainan ke dalam mulut ketika bayi, atau melompat atas katil tinggi-tinggi, semuanya ada risiko. Dan mereka perlu ambil risiko tersebut untuk survive.

Cuma how far risiko yang diambil itu adalah depend kepada mereka sendiri _on how far they can push the boundaries or limit_

Semulajadinya, kita memang diciptakan untuk itu. 

Di dalam kamus pendidikan awal, terma yang bertepatan adalah Risky Play.
🔴Menurut Peter Gray dalam kajiannya “Risky Play: Why Children Love It and Need It”, risky play mengajar anak tentang ketahanan emosi (emotional resilience) dan risk management skil. Ia mengajar anak tentang aktiviti yang mendebarkan dan mengujakan yang mereka akan test limit masing-masing yang mereka pun sendiri tidak pasti.

Dan ia tidak tertakluk aktiviti di luar rumah sahaja, dalam rumah pun ada aktiviti berisiko yang boleh diambil.

Kita percaya kalau kita ‘ikat’ anak-anak di rumah tak buat apa-apa, kita telah melindungi mereka. Tetapi sebenarnya, kita telah merosakkan mereka.
Mereka akan membesar dalam ketiadaan daya tahan yang tinggi.

Ini tidak akan menyelesaikan masalah, malah menambahkan lagi.

*Mereka akan cepat give up, menyerah kalah sebelum melakukan sesuatu*

Saya bagi analogi,
ibu bapa mahukan anak mereka bercakap atau membaca, adakah kita expect mereka akan terus mahir dan pandai bercakap atau membaca? Tidak. Ia tidak akan berlaku.

*Ada proses-prosesnya*

Begitu juga dengan aktiviti yang berisiko, mereka bermula dengan mempelajari bagaimana untuk mengatasi cabaran dari kecil.

Prof. Brussoni dalam artikel beliau ‘Why kids need risk, fear and excitement in play.’ ada menyebut,

“bukan ibu bapa atau experts yang tentukan aktiviti risiko apa yang sesuai untuk anak-anak, tetapi anak-anak telah diberi peluang dan ruang untuk figure out level risiko yang appropriate  untuk diri mereka sendiri.”

“Mereka boleh tentukan sampai tahap mana mereka rasa gembira untuk melakukan, dan takut untuk tidak melakukan.”

Ya, saya tahu. Ibu bapa dan guru akan risau tentang luka dan injuries yang bakal mendatang. Menurut kajian Sains Sukan, injuries dari organized sport lagi tinggi dari bermain bebas.

Meletakkan _had yang tidak perlu dalam aktiviti bermain kanak-kanak_
atau push them too far, kedua-duanya boleh menjadi punca masalah.

*Sebab itu ada terma free play. Kita biarkan mereka bermain apa yang mereka nak main*
Kita cuma support atau memerhati jika bahaya yang terlalu ketara.

Dunia ini sebenarnya tak bahaya pun.

Kita yang melebih-lebih. _Nak anak jadi independence tapi dari kecil kita ajar dia terlalu bergantung dan tidak boleh melakukan semua benda_

Terperap je lah dalam rumah.

Nanti bila anak dah besar, tak boleh nak tolong buat kerja, jangan marah pula.

📝

Luqman autism

“Khairul tahu tak, anak abang minum susu 18 botol sehari, dan kami memang rasa sangat-sangat pelik,”

Aku terdiam. Biarkan sahaja Abang Adli bercerita tentang anaknya, Luqman yang kini sudah berusia 18 tahun. Semasa beliau lahir, ia normal. Seperti bayi-bayi yang lain, Luqman memberi kegembiraan dan keceriaan kepada keluarga.

Cuma yang menjadi pening ialah beliau sangat suka menangis. Sikit-sikit menangis, sana sini menangis. Dan Abang Adli bersama isteri menganggap ia hanyalah ujian buat mereka yang dapat anak yang jenis kuat menangis.

Apabila umur 2 tahun, Luqman masih belum boleh bercakap. Abang Adli bersama isteri membawa Luqman ke klinik demi klinik. Lebih 15 doktor mengatakan anak mereka itu normal dan hanya lambat sahaja bercakap.

Hari demi hari berlalu. Luqman masih kuat menangis. Perkara baru yang berlaku ialah beliau akan melompat tanpa henti. Ya kawan, tak pernah berhenti selama berjam-jam.

Kemudiannya apabila ditegur, Luqman akan menggenggam tangannya dan meletakkan ke dua-dua tangannya itu di tepi kepala dan menghayunkannya sekuat hati seperti geram. Matanya dipejamkan. Giginya diketap-ketap dan pandangannya ditundukkan.

Mulai hari itu, Abang Adli memutuskan untuk mencari doktor pakar untuk menyelesaikan masalah Luqman. Akhirnya, terjawab. Luqman salah seorang penghidap Autism. Abang Adli dan isteri tidak mahu percaya.

Dicarinya di Google dan Yahoo, ada yang kena ada yang tidak. Waktu 18 tahun lalu, penguasaan informasi di internet tidak sebagus hari ini. Jadi, masih boleh dibetah-betah.

Apabila Luqman semakin besar, beliau juga semakin tidak boleh dikawal. Pernah dibawanya ke kompleks beli belah, dia membuka pintu kereta dan menutupnya kembali. Dan perlakuan buka tutup pintu itu dibuatnya beratus-ratus kali hingga terkena kereta yang diletakkan di sebelah.

Abang Adli berkata kepada kami, jika pada zaman dahulu kala, inilah anak-anak yang akan dipasung di bawah rumah, diikat di kaki tangga juga dibuat kurungan seperti reban di belakang rumah.

Mereka ini dianggap tidak siuman, dianggap sebagai perosak dan semestinya perlu dijauh-jauhkan kerana bimbang akan melukai keluarga lain.

Maka, bermula sebuah episode yang cukup panjang buat keluarga Abang Adli. Beliau berhenti kerja, membuat kajian dan mencari apakah kelemahan yang ada bagi Autism. Diikutkan, penyakit ini tidak ada ubatnya. Kebiasaannya hanya perlu menjalani sesi terapi yang teramat panjang supaya anak-anak ini memahami apa yang berlaku.

Anak-anak Autism tidak dapat ‘register’ di dalam kepala dan badannya tentang sakit, tentang lapar, tentang arahan dan tentang boleh atau tidak. Bukan seperti anak-anak lain, asal lapar, menangis. Apabila kenyang, mereka akan ok.

Namun, anak-anak ini tidak boleh tahu bagaimana mereka lapar atau kenyang. Mereka juga sukar untuk tahu mereka sedang sakit.

Mereka tidak akan beritahu semua itu kerana mereka tidak dapat merasainya. Namun, mereka akan mula meragam. Marah, tantrum dan meluahkannya dengan mengamuk tidak tentu hala.

Sebagai ibu bapa, mereka alami tahap stress yang berganda. Ahli keluarga yang tidak faham, akan kata pasangan ini tidak pandai menjaga anak. masyarakat akan menganggap anak-anak ini biadap, juga pastinya sesiapa yang melihat saat mereka ini meragam akan membawa dimensi buruk kepada zaman yang suka benar video dirakan ini.

Abang Adli kemudiannya dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang mengalami perkara yang sama. Rupa-rupanya, pada sekitar 10 tahun lalu, katanya penghidap Autism ialah hanya seorang dalam 10,000 manusia. Namun pada hari ini, ia adalah 1 : 46 orang. Dan sememangnya ia perlu memberi edukasi dan pendedahan kepada seluruh masyarakat.

1. Autism ini memerlukan kesabaran dari semua orang. Anak-anak ini tidak mempunyai daya faham yang sama seperti manusia normal. Mereka tahu siapa yang memahami, siapa ibu bapa, siapa juga ahli keluarga. Orang lain, mereka tidak tahu dan kenal, maka ketakutan adalah cabaran paling besar.

2. Mereka tidak suka dipandang. Malah, mereka akan bercakap dengan kita tanpa memandang kita. Jika ada yang boleh bercakap, kebiasaannya kita akan rasa anak-anak ini biadap kerana menjawab soalan kita tanpa memandang wajah kita dengan wajah mereka yang seperti marah-marah. Namun, itulah Autism.

3. Autism mempunyai beberapa jenis. Ada yang boleh dijalani terapi dan akan menampakkan hasil. Ada juga yang sukar dikawal, sukar bercakap dan hanya orang terdekat sahaja yang memahami mereka kerana tindak tanduk yang sudah boleh dibaca.

4. Kebiasaanya orang awam tidak perlu memaksa diri untuk mendekati mereka ini. Cukup sekadar memberi senyuman dan bertanya khabar. Mereka tidak suka disentuh dan menganggap sentuhan itu sebagai gangguan.

5. Mereka juga tidak suka berbalah atau berbahas tentang apa yang mereka mahu. Jika ianya perlu ditawar menawar, itu hanya boleh dibuat oleh mereka yang terdekat sahaja. kebolehan mereka untuk mengamuk dan tidak terkawal boleh terjadi.

6. Mereka ini anak-anak yang memerlukan perhatian yang kompleks. Hanya boleh menikmati masakan sihat, kurang gula, tiada casein (biasanya hanya ada di dalam susu lembu) juga tiada gluten.

7. Oleh yang demikian, susu kambing dan susu unta sangat baik untuk mereka. Namun, kata Abang Adli, susu unta adalah yang terbaik kerana tiada kandungan casein. Oleh itu ia akan membantu anak-anak autism tenang secara semulajadi tanpa (atau kurang) bantuan ubat-ubatan.

8. Casein akan menyebabkan anak-anak autism ini ketagihan dalam perlakuannya. Ia akan membawa kepada perbuatan yang sukar dikawal seperti hyper aktif. Jadi mencari alternative kepada susu lain amat-amat perlu.

9.  Ada yang mengatakan, autism alah kepada casein. dan alahan itu bukan terjadi kepada kulit, kepada badan dan sebagainya. Ia akan pergi ke perlakuan yang sukar dikawal.

10.   Kos penjagaan anak-anak autism sangat tinggi. Mereka perlu menjalani sesi terapi yang mengambil wang ibu bapa sebanyak sekitar RM15,000-RM30,000/bulan. Ia termasuk terapi perbualan, terapi pemahaman, terapi motor, terapi perbuatan, terapi permainan dan banyak lagi. Dan kawan, hanya beberapa tempat terpilih sahaja yang ada sesi-sesi ini.

11. Mereka ini sangat memerlukan kasih sayang dengan sentiasa ditegur, sentiasa disayang-sayang, sentiasa diasuh. Walau prosesnya terlalu lama, ia memerlukan seseorang untuk sentiasa ada di sebelah. Dari bangun tidur, mandi, ambil baju, pakai baju, lap badan, gosok gigi, kemudian bersiap setiap satu helaian, duduk di meja makan, pegang sudu, pegang garfu, makan guna tangan, keluar dari rumah, masuk dalam rumah, masuk dalam kereta, keluar kereta, duduk baik-baik dalam kereta, serta kembali ke bilik tidur, semuanya perlu disuruh dengan seteliti mungkin.

Jika tidak, mereka akan melompat / berlari atau berdiri di satu tempat tanpa henti. Ia perlu disuruh. Dan kesabaran yang perlu ada pada setiap ibu bapa sangat tinggi.

12. Luqman kini sudah boleh bercakap. Kini bersama ayahnya, Abang Adli di sebuah kafe di Puchong yang menempatkan semua pekerja Autism dalam Autism Café Project Malaysia. Ia bukan untuk mendapatkan keuntungan.

Ia hanya sebuah kafe yang boleh dihadiri oleh orang awam untuk makan-makan dan ianya menjadi pusat terapi buat anak-anak autism untuk belajar bagaimana untuk survival apabila ibu bapa mereka pergi nanti.

13. Kebanyakkan anak-anak autism tidak boleh memegang barang. Ia kerana ibu jari mereka tidak kuat untuk bersentuhan dengan jari lain. Di café tersebut, terapi pertama yang mereka akan lalui ialah membasuh pinggan. Dan ia antara aktiviti paling berjaya untuk anak-anak di sana.

14. Anak-anak ini mempunyai sifat lurus yang tinggi. Pernah berlaku di sekolah Luqman, ada seorang kawan yang tertinggal bekas pensil. Oleh kerana cikgu sudah berpesan semua alatan perlu dibawa pulang ke rumah, maka semua kena berbuat begitu.

Namun pernah berlaku, kawan Luqman terlihat ada sebuah bekas pensil yang tertinggal, lalu beliau bawa balik dengan niat untuk memulangkan esoknya, namun terlupa berhari-hari. Natijahnya, dituduh pencuri apabila ada yang ternampak ada di dalam simpanannya.

15. Sekiranya ada kes amuk, kes serangan dan sebagainya, lekas maklumkan keluarga dan teman rapat, dapatkan polis dengan segera dan pastikan ianya ditenangkan sebaiknya. (Biasanya berlaku kepada mereka yang sudah berumur).

Di akhir perbualan, Abang Adli nak sangat beritahu kami tentang satu peristiwa yang baru sahaja berlaku dalam hidupnya. Beliau berkata, Luqman ini memang ya autism. Namun disebalik wajah dan kelakuannya, Luqman hanya tahu Luqman ini normal sahaja. namun, mindanya dan badannya tidak menerima respon yang sama seperti kita semua.

Luqman bertarung dalam hidupnya kenapa dia begitu begini. Nak beritahu dia sedih, dia tidak menangis. Namun dia hanya pandang ke luar dan biarkan emosi itu berlalu. Hendak beritahu dia sakit, dia tidak tahu. Dia hanya melompat tanpa henti atau berdiri sahaja di sebuah sudut sampailah cara nak beritahu itu sampai kepada ibunya atau ayahnya.

Luqman bertarung sepanjang hidupnya untuk itu dan ini. Dan pada suatu malam, Abang Adli masuk ke bilik Luqman.

Luqman sudah pun bersiap untuk tidur. Abang Adli duduk di sebelahnya yang mana dia sudah pun berbaring. Abang Adli cakap,

“Luqman sayang, manalah tahu Allah nak beri Luqman syurga nanti, Luqman boleh tak cepat-cepat tarik abah sekali?”

Lalu Luqman memegang tangan Abang Adli dan jawab “Boleh bah..”

Abang Adli tergamam, anaknya dah boleh bercakap. Di hadapan kami semua, air mata mengalir tanpa dipaksa-paksa. Kami juga.

Wahai kawan-kawan,

Saya dan semua tahu ramainya antara kalian yang mempunyai anak-anak autism. Tak perlu takut, tak perlu segan. Keluarlah dan sertailah mereka ini. Mereka akan bantu kalian. Kita sama-sama didik masyarakat yang anak-anak ini akan menghiasi dunia besar ini dengan pelbagai cabaran dan halangan suatu hari nanti. Ia bukan perkara kecil.

Kita lalui sama-sama ya.

Kita yang normal ini, tugas kita menyebar kebaikan. Dan tolonglah demi sebuah kemanusiaan, sekiranya ada apa-apa yang terjadi di sekolah, tempat kerja dan dimana-mana pun, siasat dahulu mereka ini. Boleh jadi mereka jadi lurus bendul, boleh jadi juga mereka ini perlu dilayan beriya-iya.

Kita normal, maka sabar itu jadi tanggungjawab kita. Kita yang kena kawal kerana kita normal. Tuhan beri kita kelebihan untuk hadapi semua ini, jadi kita berbuat baik.

Sebarkan segala maklumat ini. Semoga ianya menjadi sebuah kebaikan untuk diri kita, keluarga kita dan seluruh masyarakat.

Khairul Hakimin Muhammad,
Reda, kita lalui sama-sama.📝

Hampir jadi hamba anak

Dulu saya pun pun hampir jadi hamba anak tapi..

📝copy

Dulu pantang je dengar Maryam  menangis saya jadi sangat gementar, risau dan rasa bersalah.

Mungkin kerana naluri kebapaan, saya jadi overprotective!

Maryam menangis sikit, saya akan salahkan Umminya!
Maryam menangis sikit saya akan buat apa je supaya dia lega dan berhenti menangis!
Tanpa saya sedari, saya jadi patuh je dengan segala kemahuan Maryam Soolihah asalkan dia berhenti menangis.

Kononnya itu tugas seorang ayah.

Rupanya seorang anak ni bila masuk je umur 6 bulan, dia akan masuk ke satu *fasa yang mana mereka mampu memanipulasi emosi mak ayahnya sendiri.*

Masa tu dia dah mula sedar yang dengan tangisan syahdunya, *dia mampu memiliki apa je yang dia mahu!*

Mujur saya sempat sedar tindakan saya tu amatlah salah.

Saya kena siapkan mental anak saya untuk mengalami "rejection tolerance".

*Sekali sekala kita kena ajar anak kita, tak semua❌ yang kamu nak kamu akan dapatkan* anakku.

Ini lah realiti dunia wahai anakku..
Tak selamanya Ummi dan Abi mampu disisimu..

Independent💛

Tanda-tanda anak yang menghadapi masalah literasi

*TANDA-TANDA ANAK YANG MENGHADAPI MASALAH LITERASI*

🔎Kesukaran literasi peringkat awal dapat dilihat pada anak-anak yang menghadapi masalah dalam bercakap, mendengar, mengenal huruf dan menyebut perkataan. Sekiranya anda mempunyai anak-anak berusia antara 3-4 tahun, dan mereka mempunyai tanda-tanda yang disebutkan, adalah amat digalakkan supaya anda mendapatkan nasihat dan bantuan daripada pakar. 👦🏻👧🏻

🔎Sebilangan kanak-kanak yang menghadapi masalah literasi peringkat awal akan dapat menguasai kemahiran yang setaraf dengan rakan-rakan sebaya di sekolah. Namun, ada juga kanak-kanak yang progresnya lambat, dan mereka memerlukan lebih banyak pertolongan dalam masalah ini. Sekiranya mereka menghadapi kepayahan di peringkat awal persekolahan, mereka akan menghadapi kelewatan yang berpanjangan dalam perkembangan literasi.👦🏻👧🏻

⚠ *Tanda-tanda masalah literasi untuk kanak-kanak 3-4 tahun:*
📍 Lambat untuk mula bercakap
📍sukar mempelajari dan mengingati perkataan baru
📍ayat yang tidak lengkap ketika berkomunikasi
📍tidak dapat mengenal dan mengecam sebarang huruf
📍sukar untuk 'menconteng' sesuatu yang berbentuk seperti huruf
📍tidak dapat menyenaraikan perkataan dengan sebutan yang sama dan berima
📍tidak dapat menyanyikan beberapa rangkap lagu yang biasa didengar
📍tidak dapat memberitahu tentang gambar yang dilihat pada buku cerita
📍tidak dapat memastikan sama ada mereka memegang buku secara betul atau terbalik
📍tidak dapat menyebutkan nama-nama objek yang mudah yang terdapat pada buku
📍lupa tentang buku yang telah dibaca
📍tidak suka mendengar buku cerita dibacakan kepadanya

⚠ *Tanda-tanda masalah literasi untuk kanak-kanak 5 tahun dan ke atas:*
📍sukar memahami arahan-arahan mudah
📍menghadapi masalah untuk menggunakan perkataan baru dalam percakapan
📍tidak dapat berkomunikasi dengan ayat yang panjang, melebihi 5 perkataan
📍sukar untuk mengenal pasti dan memberikan contoh perkataan yang mempunyai sebutan dan rima yang sama
📍tidak dapat memecahkan perkataan kepada suku kata, dan tidak dapat menggabungkan suku kata menjadi perkataan
📍tidak dapat bercerita atau menceritakan semula sesuatu perkara atau cerita mengikut turutan yang betul
📍tidak menunjukkan minat terhadap buku dan membaca
📍tidak dapat menghubungkaitkan apa yang dibaca dengan kehidupan sebenar
📍rasa terganggu apabila buku dibacakan kepadanya dan tidak seronok membaca
📍tidak mengetahui bahawa tulisan adalah untuk dibaca, buka hanya dilihat seperti gambar
📍tidak mengetahui bahawa setiap huruf mempunyai bunyi tersendiri
📍tidak boleh memberitahu nama atau bunyi sekurang-kurangnya 8 huruf
📍tidak dapat menulis atau menconteng sesuatu seperti namanya sendiri

🔆 *BAGAIMANA IBU BAPA BOLEH MEMBANTU ANAK-ANAK YANG MENGHADAPI MASALAH LITERASI?*

✅1⃣. Berikan peluang untuk anak anda lebih dekat dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bacaan dan tulisan.
✅2⃣. Sentiasa memberikan galakan dan sokongan kepada anak anda walaupun mereka kerap melakukan kesilapan.
✅3⃣. Sediakan banyak bahan bacaan yang berkaitan dengan minat anak anda.
✅4⃣. Luangkan masa untuk membaca bersama-sama. Bergilir-gilir dalam membacakan cerita. Anda membacakan kepada anak anda, dan kemudian anak anda membacakan kepada anda.
✅5⃣. Gunakan sebanyak boleh aktiviti harian untuk dikaitkan dengan kemahiran literasi. Membaca papan tanda, no plat kenderaan, menu, tanda harga dan label. Menulis nota ringkas, surat, email, sms atau senarai semak (check - list).
✅6⃣. Bawa anak anda ke perpustakaan dan kedai buku. Jadikan sebagai rutin mingguan atau bulanan.
✅7⃣. Untuk anak-anak yang sudah bersekolah, pastikan mereka sudah bersedia untuk belajar di sekolah dengan mewujudkan keadaan yang sentiasa teratur dan tidak kelam-kabut pada waktu pagi.
✅8⃣. Sentiasa berkomunikasi dan meminta maklum balas guru-guru di sekolah tentang perkembangan anak anda.

List down

Dan yg boleh

Yg perlu di perbaiki
Dan apa yg belum boleh langsung📝