Saturday, January 27, 2018

Contenglah anakku

Contenglah Anakku
❕❗

Mama dulunya pemarah,
rasa perbuatan menconteng ni hanyalah sampah,
yang membuatkan mata berbulu kerana rumah jadi bersepah😱

Hinggalah  terbaca kisah seorang Yahudi,
yang membiarkan anaknya melampiaskan kreativiti,
dengan sesuka hati

Hingga akhirnya anaknya mampu berimaginasi,
mengoptimumkan 100%  penggunaan otak seni,
dan mengeluarkan bakat terpendam diri.

jadi terfikir sendiri,
Mungkin inilah penyebab mereka mampu menguasai Bumi,
kerana mereka tak pernah takut untuk bermimpi

Mama dah tak tak kisah,
dah tak marah,
kerana contenganmu adalah contengan terindah😌

Contenglah anakku yang soleh dan solehah

No comments: