Saya membantu mengedarkan satu kertas A4 kosong dan sebatang pensel untuk kanak-kanak umur 5 tahun.
👁Menjadi pemerhati kepada guru tadika.
Malangnya, pemerhatian saya membuat saya sedih.
*Kanak-kanak itu bukan sahaja tidak bersedia untuk menulis, malah mereka mempunyai masalah untuk memegang pensel dengan betul*
apatah lagi untuk menulis.
Lagi menyedihkan, si guru juga percaya hanya ada satu cara untuk mengajar kanak-kanak untuk
menulis, iaitu biarkan mereka menulis.
〰〰
guru terlupa, dalam proses menulis, di situ
▪ terletak
*konsep pra-menulis atau pre-writing*
—-
Untuk memahami perkembangan kanak-kanak, ia *berkembang melalui proses*
Di dalam kemahiran menulis, ia
*amat berkait rapat*
dengan kemahiran 🔴motor halus (fine motor skill) di bawah perkembangan fizikal.
Untuk membenarkan kanak-kanak menulis, ia merangkumi proses memanipulasi pensel.
✍🏻 Ia memerlukan proses dan peringkat tertentu.
Kemahiran motor (motor skill) bermula dari inside to outside.
🔴Dari large muscle ke small muscle🔴.
Di situ konsep gross dan fine motor skill wujud.
Maksudnya, tanpa❌ kemahiran large muscle seperti lengan (arms and trunk),
*maka jangan bermimpi jari dan tangan akan menjalankan dengan sempurna*
—-
Kembali kepada pre-writing, benar,
proses terawal untuk membenarkan jari itu menulis dengan baik, maka guru dan ibu bapa perlu *memberi aktiviti*
yang berasaskan large muscle.
sempat berpesan ketika memerhati kanak-kanak 4 tahun di playground sekolah,
“Biarkan anak itu bergayut di monkey bar.”
Atau bergayut di pokok.
Proses bergayut itu meransang large muscle untuk bergerak dan menguatkan tangan seterusnya menjadikan proses menulis dengan mudah.
Begitu juga dengan aktiviti merangkak.
Lagi bagus, biarkan si kecil merangkak di outdoor berbanding indoor.
Perbezaan surface antara indoor dan outdoor itu sendiri memberi pengalaman berbeza kepada mereka untuk berkembang.
Jadi, dah boleh tulis ke belum? Belum lagi.❌
*Perbanyakkan aktiviti pra menulis untuk menguatkan both large and small muscles*
Suruhlah anak menggali tanah, bermain play doh, main dengan pasir, aktiviti ikat kasut and variety of buttons, crayon etc.
Sebelum bagi pensel dan kertas. ✍🏻
—-
Bahana gajet.
Beberapa findings research membuktikan kanak-kanak yang terdedah dengan penggunaan gajet yang melebih tanpa kawalan, akan beri kesan buruk kepada perkembangan motor halus.
_Tangan-tengan akan terketar atau menggigil_
Sebab seawal usia, mereka tidak didedahkan dengan aktiviti menguatkan large muscle.
📱Kita sua kan mereka ipad, tab, smart phone - yang berkehendakkan mereka menggunakan jari untuk menyentuh.
Jadi, ingat proses tadi?
💌 Large muscle kemudian baru small muscle.
Tapi, ia tidak terjadi kepada ibu bapa yang membiarkan anak mereka menjadi hamba gajet.
2 tahun kepada no gajet adalah perkara serius.
2 jam ⏰maksimum untuk bawah 6 tahun juga adalah perkara serius.
—-
Maka, janganlah kita salah faham yang mengatakan otak kanak-kanak ibarat sponge.
Ajar mereka sebanyak mungkin untuk menjadi anak yang hebat.
Tapi ,
*ada proses-proses yang kena ikut*
▪ Nama pun development/ perkembangan▪
Maka _ada peringkat demi peringkat_
Kalau kita masih berdegil untul menyuruh anak-anak accomplish any task sebelum development mereka bersedia,
maka ia adalah cara yang terbaik dan terpantas untuk menggagalkan anak.
Rupanya, semua masalah berlaku berpunca dari kita sendiri yang tak menyabar.
Step by step
☺☂
No comments:
Post a Comment