Saturday, January 27, 2018

Anak umur 3 tahun

FOKUS STIMULASI ANAK 3 TAHUN
================================

Usia 3 tahun merupakan usia perkembangan yang amat menarik untuk diperhatikan.

Pada usia ini, anak-anak sudah _mempunyai daya kefahaman yang lebih tinggi_

. Mereka sudah boleh mula diberikan 'role' penting dalam keluarga.

♢♢♢APA ITU MEMBERIKAN "ROLE" KEPADA ANAK-ANAK?♢♢♢

Setiap individu mempunyai peranan masing-masing dalam keluarga dan komuniti.

Memberikan peranan kepada anak-anak akan membantu anak-anak untuk:
☆ mempunyai disiplin diri
☆ meningkatkan keyakinan diri anak-anak
☆ mempunyai rasa tanggungjawab
☆ menggunakan kefungsian dirinya untuk melakukan pelbagai kemahiran penting seiring dengan usianya

Contoh aktiviti di rumah yang boleh diberikan tanggungjawab kepada anak usia 3 tahun termasuk:

🔵
♡ Mengemas permainan yang telah dimain
♡ Menyusun kasut
♡ Menggosok gigi sendiri
♡ Mengemas bantal di tempat tidur
♡ Memasukkan pinggan dan cawan yang digunakan ke dalam singki
♡ Meletakkan pakaian kotor di tempat yang disediakan.

♢♢♢FOKUS PERKEMBANGAN SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI STIMULASI♢♢♢

1. Boleh mengayuh basikal
2. Faham konsep kepunyaan
3. Boleh melukis garisan tegak, melintang dan bulatan
4. Fokus kepada aktiviti yang diminati 5-10 minit
5. Melompat satu kaki
6. Boleh ingat sebahagian cerita yang ditonton
7. Boleh *mengasingkan bentuk dan warna*

8. Boleh mengira bilangan kecil

9. Memakai dan membuka pakaian sendiri

10. Percakapan jelas dan difahami

11. Meniru perbuatan ibu bapa dan adik-beradik, serta rakan-rakan

12. *Bermain secara olok-olok*

PASTIKAN ANDA MENGGUNAKAN PENDEKATAN SMCS SEMASA MELAKUKAN STIMULASI KEPADA ANAK ANDA.

KONSEP Q-15 PULA AKAN MEMASTIKAN MASA YANG BERKUALITI DILUANGKAN SECUKUPNYA ☺☺☺

Silakan SHARE
📝

No comments: