Komponen Oral Motor dalam Speech Therapy
Latihan Oral Motor merupakan antara salah satu *komponen kecil* yang ada dalam speech therapy. Semasa peringkat penilaian, speech therapist akan menilai struktur serta pergerakan bibir, lidah, kemahiran meniup, menghisap, kemahiran makan, mengunyah, kekuatan rahang dan sebagainya.
Contoh masalah ‘lidah pendek’ atau tongue tie.
Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami masalah sensori dalam mulut.
Ia boleh jadi hypersensitif sehingga sangat memilih makanan dan tidak suka mulutnya digosok
. Ia juga boleh jadi hyposensensitif sehingga tidak sedar air liurnya meleleh sentiasa dan suka merangsang mulutnya dengan menggigit atau memasukkan sesuatu ke dalam mulut.
Bagi pesakit strok, ramai antara mereka juga mengalami dysarthria atau masalah lemah pada otot-otot organ pertuturan. Sebab itulah mereka selalu alami masalah untuk bertutur selepas mengalami strok, selain keadaan struktur muka / bibir / lidah yang tidak simetri. Maka sebab itulah, latihan Oral Motor merupakan salah satu komponen penting yang dikuasai oleh mana-mana speech therapist bertauliah.
Ada banyak latihan yang biasa dibuat, berdasarkan hasil penilaian bagi setiap individu.
Jika anda biasa berjumpa speech therapist, mungkin anda juga tahu kaedahnya:
1) latihan meniup
2) latihan menghisap straw
3) latihan merapatkan bibir
4) latihan untuk menggerakkan lidah ke atas, kiri dan kanan
5) latihan kekuatan lidah menentang tolakkan
6) rangsangan sejuk @ masam @ tekstur
7) latihan mengunyah
8) latihan kekuatan rahang semasa menggigit
dan seterusnya…..ada banyak lagi.
Namun, adakah semua individu yang mengalami masalah pertuturan, memerlukan latihan Oral Motor?
°°rujuk st ank.anda...
📝cpy
No comments:
Post a Comment