*Orang lelaki selalunya susah benar nak terima hakikat yang anaknya dalam kesusahan*
Bukannya orang lelaki ni tak tau, mereka tahu, tapi tak nak terima.
Mereka cuba berdalih dengan berfikir perkara-perkara optimistik. ~
Selagi mereka berada dalam denial stage, jangan mimpilah untuk mulakan terapi.
Ada ibu-ibu yang bertanyakan bermacam soalan kepada saya.
Tapi bila nak buat appointment,
baru *mengaku bahawa suaminya tak bagi datang sebab tak percaya yang anaknya bermasalah*
Bila jadi begitu, saya memang menyerah kalah.
Saya tiada upaya. Kerana realitinya, melatih anak ni perlukan kesedaran dari kedua-dua suami isteri. 💏
Walaupun saya tahu 1000 teknik melatih sekali pun, walaupun masalah anak anda sebenarnya sedikit saja dan
_hanya perlukan 3 sesi saja, tapi kalau suami kata tak boleh, maka memanglah jawapannya tak boleh_
❌
Kepada para suami, jika isteri anda berkata yang anak anda perlukan terapi:
1) Luangkan sekurangnya 30minit bersama anak tanpa gangguan lain. Simpan gadget anda, tutup tv.
2) Lihat bagaimana anak berinteraksi. Adakah dia ada usaha untuk berkomunikasi?
3) Dengar sebutannya. Adakah dia cakap dalam ayat? Adakah dia boleh jawab soalan? Adakah dia cakap pelat?
4) Perhatikan kefahamannya. Adakah dia boleh ikut arahan?
Adakah dia boleh tunjuk anggota badan atau gambar di dalam buku?
Adakah dia faham soalan yang anda tanya?
5) Cuba ingat beberapa nama budak lain yang sebaya umurnya dengan anak anda. Adakah budak lain itu juga sama saja perkembangannya dengan anak anda?
Ini 5 perkara asas yang boleh menyedarkan para suami.
*Jika suami benar-benar prihatin, merekalah yang paling tangkas bertindak*
Ada suami yang menelefon saya.
Tanya appointment, tanya pasal anak mereka, minta tips latihan dan sebagainya.
Ada suami yang menghantar anak ke kelas terapi saya.
*Ada suami yang lebih hebat melatih anak berbanding isteri*. 🔍Ada yang anaknya lebih cepat respon bila suami yang buat aktiviti.
Tapi selagi suami masih dalam denial stage, para isteri hanya boleh berdoa sajalah.😐 Usahkan nak datang terapi, datang bengkel untuk ibuabapa pun dia tak nak.
Pergi buat diagnosis dengan pakar pun, lagilah dia tak nak❌.
Banyak-banyaklah berdoa wahai para isteri. Moga suami anda mendapat hidayah dan terbuka pintu hati untuk mula bertindak membantu anak.
Kalau nenek atau mentua yang ‘denial’, anda boleh tahan telinga saja.
Masih boleh pergi usaha proses terapi.
*Tapi kalau suami yang denial, 1 apa pun tak boleh mula*
Memerlukan bantuan, tidaklah bermakna anak anda OKU atau berpenyakit.
Sekadar perlukan campur tangan dari pihak luar, iaitu therapist. ➕
Therapist akan buat penilaian dulu untuk kenalpasti apa masalahnya.
Kemudian therapist akan ajar cara melatih anak anda dengan betul.
Anda akan *dapat idea untuk melatih anak dan melihat contoh permainan yang bersesuaian*
Mungkin selama ini, anda cuma tak tahu teknik melatih yang betul.
Itu saja.😁
Bapa dlm ni kuat belajar😁
No comments:
Post a Comment