Saturday, January 27, 2018

Ajar anak cara bermain

Selalu kita dengar, 'kanak-kanak belajar dengan cara mereka bermain.'

Bermain di sini bukanlah kita sebagai ibu bapa belikan mainan dan "Nah, mainlah." Mama nak buat kerja.
.
.

Pertama sekali kanak-kanak *perlu diajar cara bermainnya*

Jika kita belikan set pinggan mangkuk mainan, mereka akan belajar cara menggunakannya melalui beberapa cara.

Antaranya,

+ Melihat objek real yang sama seperti objek mainannya.

Ini hanya akan terjadi jika kita pernah tunjukkan cawan, pinggan, sudu dan sebagainya kepada anak.

Jika anak masih menghisap botol susu dan kita pun tidak pernah makan bersama anak, anak tidak belajar 'objek pinggan mangkuk' itu.

Dan kemudian beliau perlu buat padanan.

Supaya beliau tahu sudu yang kita gunakan untuk makan adalah sama dengan sudu mainannya.

Kanak-kanak dengan skill visual yang lemah akan ada isu untuk menjalankan aktiviti padanan ini.

+ Kita tunjukkan contohnya.

Jadi, ibu bapa juga perlu main bersama.

Tunjukkan pada anak bagaimana menuang 'air' dari teko mainan ke cawan.

Kemudian dikacau-kacau menggunakan sudu mainan.

Sambil bermain, mestilah kita bercakap. Jika kita senyap, anak pun akan turut senyap.

"Mmm, sedapnya milo ini."

.
.
kanak-kanak lelaki juga sangat suka bermain set alat memasak ini.

Jom, kita beri Ultraman minum.

No comments: