Saturday, January 27, 2018

Apa yang Stress jadi budak?

Ape yg stress sangat jadi budak  ni?

Anak kecil stress apabila:-
1. Dia diperintah melakukan sesuatu di luar kemampuannya.

contoh: jika motor halus belum terbentuk sepenuhnya, anak akan stress bila disuruh menulis. Jika anak tgh nak main, stress lah dia bila suruh buat latihan menulis.

penyelesaian: take a step back, mudah jer ni. bagi anak main. main lego, uli playdoh adalah bagus utk perkembangan motor halus.

2. Anak kecil stress bila mana kita sentiasa "push him around"/paksa2 dia.

contohnya: bawak pergi bercuti konon2 nak bg spend "quality time" dgn anak2 tapi kejap2 marah suruh cepat mandi, kejap2 marah suruh jalan cepat sebab nak pergi tempat lain pulak lepas tu, kejap2 marah suruh cuba benda baru yg dia belum ready semata2 sebab dah bayar mahal. 😑

penyelesaiannya: take a step back.mudah jer ni. banyakkan berkomunikasi dgn anak.bila kemahiran berkomunikasi nye tingi senang nak sembang bgtahu agenda percutian kita. maka mudah utk dapatkan kerjasama mereka.

3. Anak-anak stress bila masa dia tak tahu mana yg betul mana yang salah. Bukan mak ayah tak bgtahu, tapi mak ayah x seriously bagi tahu.

contoh:

anak berlari2 dalam rumah, ibunya pon berleter..."jangan berlari nnt jatuh", tapi anak masih berlari, "jangan berlari"....tapi anak masih berlari.......(silent...sebab mak dah penat)

Maka "jangan" mak tu bagaikan nyanyian sahaja.....tiada makna. Dengan itu bagaimana anak nak tahu salah atau betul.

Bila pergi rumah orang pon dia berlari. maknye kata jangan tp dia dah identify jangan mak dia tu sekadar nyanyian.Ayahnye malu sbb anak buat perangai kat rumah org so "piap" kene cubit.

stress la anak, kenapa kat rumah okay jer, kat rumah org kene cubit? maknye bagi alasan, kan dah ckp "jangan" tapi dia x sedar, action dia xconsistent yg membuatkan anak confuse. anak juga jadi mangsa.

penyelesainnya: mudah jer ni. be consistent.No means No. if buat juga kene ada "consequence". "Consequence" ni bukan pukul ye, apa pon alasannya pukul budak bukan penyelesaiannya. Consequence boleh jadi, tak boleh makan (kalau dia suka makan), tak boleh tgk tv(kalau dia suka tgk tv), macam anak saya Aamal, silent treatment, kalau imaan, memang letak duduk depan ummi sambil pandang tajam kalau melawan ummi ummi peluk rapat sebab imaan ni kinestetic. Adik beradik pon lain caranya.

get to know your child, cari apa krytonite dia and ugut dgn benda tu. tapi ugut dgn menda yg logik yg kita boleh buat saja. kalau ugut tapi bia dia langgar arahan kita tak buat ugutan tu, ugutan tu pon dia rasa nyanyian saja.

📝

No comments: