*TANDA-TANDA ANAK YANG MENGHADAPI MASALAH LITERASI*
🔎Kesukaran literasi peringkat awal dapat dilihat pada anak-anak yang menghadapi masalah dalam bercakap, mendengar, mengenal huruf dan menyebut perkataan. Sekiranya anda mempunyai anak-anak berusia antara 3-4 tahun, dan mereka mempunyai tanda-tanda yang disebutkan, adalah amat digalakkan supaya anda mendapatkan nasihat dan bantuan daripada pakar. 👦🏻👧🏻
🔎Sebilangan kanak-kanak yang menghadapi masalah literasi peringkat awal akan dapat menguasai kemahiran yang setaraf dengan rakan-rakan sebaya di sekolah. Namun, ada juga kanak-kanak yang progresnya lambat, dan mereka memerlukan lebih banyak pertolongan dalam masalah ini. Sekiranya mereka menghadapi kepayahan di peringkat awal persekolahan, mereka akan menghadapi kelewatan yang berpanjangan dalam perkembangan literasi.👦🏻👧🏻
⚠ *Tanda-tanda masalah literasi untuk kanak-kanak 3-4 tahun:*
📍 Lambat untuk mula bercakap
📍sukar mempelajari dan mengingati perkataan baru
📍ayat yang tidak lengkap ketika berkomunikasi
📍tidak dapat mengenal dan mengecam sebarang huruf
📍sukar untuk 'menconteng' sesuatu yang berbentuk seperti huruf
📍tidak dapat menyenaraikan perkataan dengan sebutan yang sama dan berima
📍tidak dapat menyanyikan beberapa rangkap lagu yang biasa didengar
📍tidak dapat memberitahu tentang gambar yang dilihat pada buku cerita
📍tidak dapat memastikan sama ada mereka memegang buku secara betul atau terbalik
📍tidak dapat menyebutkan nama-nama objek yang mudah yang terdapat pada buku
📍lupa tentang buku yang telah dibaca
📍tidak suka mendengar buku cerita dibacakan kepadanya
⚠ *Tanda-tanda masalah literasi untuk kanak-kanak 5 tahun dan ke atas:*
📍sukar memahami arahan-arahan mudah
📍menghadapi masalah untuk menggunakan perkataan baru dalam percakapan
📍tidak dapat berkomunikasi dengan ayat yang panjang, melebihi 5 perkataan
📍sukar untuk mengenal pasti dan memberikan contoh perkataan yang mempunyai sebutan dan rima yang sama
📍tidak dapat memecahkan perkataan kepada suku kata, dan tidak dapat menggabungkan suku kata menjadi perkataan
📍tidak dapat bercerita atau menceritakan semula sesuatu perkara atau cerita mengikut turutan yang betul
📍tidak menunjukkan minat terhadap buku dan membaca
📍tidak dapat menghubungkaitkan apa yang dibaca dengan kehidupan sebenar
📍rasa terganggu apabila buku dibacakan kepadanya dan tidak seronok membaca
📍tidak mengetahui bahawa tulisan adalah untuk dibaca, buka hanya dilihat seperti gambar
📍tidak mengetahui bahawa setiap huruf mempunyai bunyi tersendiri
📍tidak boleh memberitahu nama atau bunyi sekurang-kurangnya 8 huruf
📍tidak dapat menulis atau menconteng sesuatu seperti namanya sendiri
🔆 *BAGAIMANA IBU BAPA BOLEH MEMBANTU ANAK-ANAK YANG MENGHADAPI MASALAH LITERASI?*
✅1⃣. Berikan peluang untuk anak anda lebih dekat dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bacaan dan tulisan.
✅2⃣. Sentiasa memberikan galakan dan sokongan kepada anak anda walaupun mereka kerap melakukan kesilapan.
✅3⃣. Sediakan banyak bahan bacaan yang berkaitan dengan minat anak anda.
✅4⃣. Luangkan masa untuk membaca bersama-sama. Bergilir-gilir dalam membacakan cerita. Anda membacakan kepada anak anda, dan kemudian anak anda membacakan kepada anda.
✅5⃣. Gunakan sebanyak boleh aktiviti harian untuk dikaitkan dengan kemahiran literasi. Membaca papan tanda, no plat kenderaan, menu, tanda harga dan label. Menulis nota ringkas, surat, email, sms atau senarai semak (check - list).
✅6⃣. Bawa anak anda ke perpustakaan dan kedai buku. Jadikan sebagai rutin mingguan atau bulanan.
✅7⃣. Untuk anak-anak yang sudah bersekolah, pastikan mereka sudah bersedia untuk belajar di sekolah dengan mewujudkan keadaan yang sentiasa teratur dan tidak kelam-kabut pada waktu pagi.
✅8⃣. Sentiasa berkomunikasi dan meminta maklum balas guru-guru di sekolah tentang perkembangan anak anda.
List down
✅
Dan yg boleh
Yg perlu di perbaiki
Dan apa yg belum boleh langsung📝
No comments:
Post a Comment