Saturday, January 27, 2018

Komunikasi asas

* *komunikasi yang asas tapi sering kita terlepas pandang*💭

💭Bercakap pada posisi berhadapan.

Cuba kita sendiri bercakap dan berborak membelakangi satu sama lain.
Memang agak susah apabila hanya mendengar suara sahaja.

Kita tidak lihat sendiri response non-verbal pada wajah dan bahasa badan kawan itu, rasa seperti bercakap dengan dinding saja. 😞

DAN CUBA PULA
seorang  berdiri, seorang lagi duduk.

Walaupun keduanya berhadapan sesama sendiri,

tetap _sukar nak betul-betul berkomunikasi_.

Agaknya inilah perasaan anak

apabila kita yang dewasa bercakap dari jauh saja pada anak.

🚶🏻Kita berdiri sambil bercakap dengan anak

tetapi anak hanya melihat bahagian bawah badan kita ke bawah.

😔 Kesian anak sebab memang mereka tak nampak ekspresi wajah kita.

Kita sangka kita sudah cukup merangsang anak bertutur, rupanya tidak cukup lengkap.

〰〰〰〰〰〰

Kita sendiri yang menghadkan peluang untuk anak dapat berkomunikasi secara efektif.

2. Mulakan bercakap tanpa soalan. ❓

Ini lah poin yang paling sukar untuk buat.

Tambahan pula menjadi kebiasaan seorang guru bertanya soalan. ⁉

Sangkaan kita dah cukup bagus kita guna teknik ini untuk anak berfikir dan cerdas otak.

Namun selalunya anak rasa stress dengan soalan yang tanpa henti. ⭕

Yang dewasa sendiri pun stress ditanya soalan demi soalan, apatah lagi anak kecil.

Jadi lebih baik mula berbicara dengan anak tanpa menggunakan soalan.

☑Gunakan sahaja ayat penyata,
penuh dengan nada yang menarik perhatian🎶

dan memancing anak untuk turut serta berbicara dengan kita.😆

Agaknya ini antara penyebab kita kononnya membacakan buku  tiap-tiap malam sebelum tidur pada anak, tetapi anak tidak memberi response langsung. Pasti anak penat nak menjawab soalan bertubi-tubi tentang buku yang mak ayah baca.

Walhal patutnya anak-anak mendengar cerita itu dibacakan.

Hanya menghayati, tidak perlu pening berfikir untuk menjawab soalan.

3. Amalkan kiraan 5 saat
🕒

Tidak dapat saya bayangkan anak-anak yang di'paksa' mendengar tanpa sedikitpun memahami apa yang kita katakan.

'Mak nak kakak bawa baju tu ke bilik. Bukan ke dapur. Kakak dengar tak mak cakap ni? Nanti kotor baju tu'

Anak tak sempat nak digest dan absorb apa yang kita sebenarnya nak beritahu.

Dan yang paling malang, kita tidak memberi masa pun untuk anak menjawab.

Jadi selepas ini
*kita cuba untuk beri anak ruang untuk bercakap, kemudiaan baru kita respon semula*.

J❌angan sampai
_anak merasakan tiada keperluan untuk bercakap kerana memang tidak diberi peluang_

No comments: