Saturday, January 27, 2018

Kanak-kanak yang banyak bergerak "tidak boleh duduk diam"

5 tip kenapa kita perlu beri peluang kanak-kanak 'tidak boleh diam' bergerak
#fitrah #handsonlearning #kinestheticlearner #tactilelearner

Ada kanak-kanak yang tidak boleh diam dan asyik membuat aktiviti memang memenatkan. Lebih-lebih kanak-kanak bawah 3 tahun, buka kabinet, keluarkan baju, main beras, keluarkan pinggan, mangkuk, periuk belanga. Semua mereka mahu usik, cuba dan explorasi.

Tip 1
*Busy hands, busy brains*

Tangan yang sibuk, maksudnya otak juga sedang sibuk. Perkaitan bahagian otak sensori dan motor yang sedang bekerjasama bekerja semasa kanak-kanak sedang 'lasak'.

Lagi banyak kanak-kanak 'bekerja', lagi banyak bahagian otak yang berkaitan digunakan.

Tip 2
Kanak-kanak yang banyak beraktiviti dan bermain mempunyai perkembangan lebih baik berbanding yang banyak duduk menonton televisyen atau tab.

Kanak-kanak belajar melalui sensori. Lagi banyak sensori digunakan, lagi banyak yang dapat mereka belajar, mereka lebih membina banyak jaringan perhubungan dalam otak.

Pilih dengan baik tempat asuhan dan didikan kanak-kanak terutamanya untuk bawah 3 tahun.

Tip 3
'Hands on learning' memenuhi fitrah kanak-kanak dalam pembelajaran

Pembelajaran 'hands on' memenuhi keperluan kanak-kanak taktil dan kinestetik. Dalam masa yang sama kanak-kanak yang cenderung belajar melalui auditori dan visual akan mendapat manfaat serupa apabila mereka dapat bercakap mengenai apa yang mereka lakukan atau melihat perubahan sesuatu objek dalam aktiviti.

Tip 4
Kanak-kanak membina kemahiran sosial lebih baik.

Apabila kanak membuat aktiviti, mereka belajar bekerjasama dan menjadi guru. Kadang-kadang mereka bantu kawan. Kadang-kadang mereka mengajar kawan lain, mereka mempunyai lebih banyak peluang berkomunikasi.

Tip 5
Kanak-kanak yang banyak 'hands on learning' semasa kecilnya, banyak membina pemahaman dan pengalaman semasa usia lebih besar terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Semasa pembelajaran formal dan teori, kanak-kanak akan mula 'recall' memori pengalaman kecilnya dan mengaitkan dengan teori-teori baru yang dipelajarinya.

"Oh, saya ingat masa kecil saya main kereta, kalau saya langgar kereta, kereta saya macam undur ke belakang" (konsep momentum)

"Oh, baru saya ingat masa kecil saya buat baja kompos daripada sisa makanan dengan ummi, itulah proses penguraian"

Pengalaman waktu kecil sangat berharga.

"Hands On, Brains On"

No comments: