Saturday, January 27, 2018

Kenali jenis perkembangan percakapan si kecil

KENALI JENIS PERKEMBANGAN PERCAKAPAN SI KECIL💭

Terdapat 2 jenis tahap percakapan yang berlaku pada anak anak kecil iaitu▪
           
1) pertuturan egosentrik (egocentric speech)

2) pertuturan dalaman (inner speech)

*Pertuturan egosentrik*

Kecenderungan kanak-kanak  taska/tadika untuk *bercakap kepada diri sendiri semasa membuat sesuatu / menyelesaikan masalah*

Satu cara menyatakan fikiran atau ingatan yang berkembang dan cara meluahkan perasaan dalaman.

Ia membantu kanak-kanak menyepadukan (intergrate) bahasa dengan pemikiran dan menolong mereka mengawal tindakan mereka.

Banyak berlaku ketika tahun-tahun awal persekolahan kerana kanak-kanak menggunakannya untuk membimbing dan merancang tindakan bagi menyelesaikan masalah

*Ia akan semakin berkurangan apabila mereka telah berupaya berfikir secara senyap* bercakapan ini didengari oleh orang lain.

_bahasa mudahnya bercakap sorang sorang_💭💭

*Pertuturan dalaman* (inner speech)

Bermonolog di dalam diri

– *hanya didengari oleh diri sendiri*

kanak kanak trelah boleh bercakap pada dirinya sendiri secara diam atau secara dalaman.

Dapat membimbing pemikiran semasa membuat sesuatu perkara atau menyelesaikan masalah

– selangkah demi selangkah.. ❌Tidak didengari oleh orang lain

Biarlah di sembang sorang sorang pun pada peringkat awal usianya...

..private speech tu💭💭.Jangan risau sangatlah.☺

No comments: