Saturday, January 27, 2018

Anak mengibas2 atau mengepak-ngepak tangan

Pernah lihat si manja anda mengibas-ngibas atau mengepak-ngepakkan tangannya secara tiba-tiba (flapping hand)? Atau anda perasan si manja anda selalu menggoyang-goyangkan badannya ke depan ke belakang secara berulang-ulang (body rocking)? Atau mungkin juga yang lebih menakutkan apabila melihat si manja menghantuk-hantukkan kepalanya walaupun pada waktu itu dia bukan di dalam mode tantrum (mengamuk)? Kelakuan-kelakuan ini menandakan anak anda berkemungkinan mengalami gejala self-stimulatory (peransangan kendiri).

Gejala ini kebiasaannya dilihat biasa pada kanak-kanak autistik. Walau bagaimanapun, ingin diingatkan supaya ibu bapa tidak terus melompat pada kesimpulan, “Kanak-kanak itu ada autism kerana dia ada tabiat flapping hand”, kerana gejala self-stimulatory sahaja tidak cukup untuk mendiagnos anak anda dengan autisme. Ini kerana, kanak-kanak normal/tipikal juga kadang-kala tidak terlepas daripada mengalami gejala self-stimulatory.

Jom ambil contoh tabiat yang biasa dilihat iaitu flapping hand. Kadang-kala kita melihat anak melakukan flapping hand apabila mereka merasa teruja dan gembira. Malah tabiat flapping hand juga boleh dilihat apabila anak merasa risau, resah atau ketika dalam ketakutan. *Situasi ini menunjukkan kanak-kanak tersebut menjadikan flapping hand sebagai cara untuk mengekspresikan perasaannya ketika berada dalam keadaan-keadaan tertentu*.

Tabiat seperti ini juga kadang-kala boleh dilihat pada kanak-kanak yang mengalami masalah lewat dalam pertuturan (speech delay) kerana mereka tidak❌ dapat untuk _mengekspresikan perasaan melalui verbal, jadi mereka menggantikannya dengan tabiat self-stimulatory seperti flapping hand_

Seperti yang dinyatakan juga, tabiat self stimulatory juga berkait rapat dengan masalah mencari input sensori yang lebih (seeking extra sensory input). Seperti contoh, apabila mereka melakukan hand flapping secara berulang-ulang, mereka berjaya merasakan kepuasan pada sendi-sendi dan otot-otot yang terlibat semasa tangan bergerak berbanding ~*apabila tangan mereka tidak melakukan apa-apa atau tidak memegang apa-apa objek*

Sekiranya gejala self-stimulatory yang dialami oleh si manja tidak dikawal, perkara ini boleh mengganggu fokus dan konsentrasi anak. Ini kerana kebanyakan gejala ini dilakukan secara berulang-ulang seperti flapping hand dan body rocking (menggoyang-goyangkan badan).
_Gejala ini juga sekiranya tidak dikawal sehingga sudah menjadi habit (kebiasaan), maka akan semakin sukar untuk dibendung lebih-lebih lagi apabila si manja memasuki alam persekolahan_.

Ibu bapa disarankan untuk berbincang dengan guru atau terapis si manja anda untuk memahami punca sebenar mengapa anak anda melakukannya kerana tidak semua anak mempunyai sebab yang sama mengapa mereka melakukan hand flapping, body rocking, menghantuk-hantukkan kepala, menggigit, atau pelbagai gejala self-stimulatory yang lain. Setelah memahami sebab sebenar, bolehlah ibu bapa membantu si manja anda *dengan menggantikan tabiat itu dengan perilaku lain yang lebih baik* (replacement behavior).

Sebagai contoh, sekiranya anak melakukan hand flapping ketika situasi dia berasa terlalu teruja, ibu bapa boleh melatih mereka menggantikannya dengan menepuk tangan. Hand flapping juga boleh terjadi kerana masalah kurang sensori input. Ibu bapa boleh membantu anak-anak [dengan memberikan joint compression massage]
Ruj:OT/
, _menyediakan anak squeeze ball atau objek lain yang selesa untuk diramas atau ditekan_

Untuk anak yang suka melakukan body rocking (menggoyang-goyangkan badan), ibu bapa boleh membiasakan _anak dengan membawa beg galas yang agak berat tetapi masih mampu dipikul oleh anak. Membalut tubuh anak dengan selimut yang agak tebal juga boleh membantu anak untuk merasakan tekanan yang diperlukan oleh tubuh mereka_

Sekiranya body rocking ini mengganggu fokus anak di dalam kelas, ibu bapa atau guru boleh membantu dengan menyediakan kusyen khas (wiggle cushion) yang diletakkan di atas kerusi anak.
_Alatan seperti ini dapat membantu anak merasakan keseimbangan badan dan pergerakan yang diinginkan oleh anak walaupun dalam keadaan duduk setempat_

Sekiranya si manja anda terbiasa menggigit, mencubit atau memukul diri sendiri, bantu anak anda dengan menggantikannya objek yang sesuai untuk digigit,dicubit atau dipukul. Sebagai contoh, _berikan anak anda gula-gula masam yang boleh dikunyah lama untuk membangkitkan kepekaan deria rasa anak_.
*Ibu bapa juga boleh menyediakan objek lain untuk dipukul oleh anak seperti bantal, dan bola lembut*

Tidak dinafikan untuk mengawal gejala self stimulatory yang dialami oleh anak *kebiasannya makan masa dan memerlukan kesabaran*

. Setiap kali anak kelihatan seperti cuba untuk memulakan tabiat self-stimulatory yang biasa dilakukan,
➕bantu mereka untuk terus menggantikannya▶ kepada replacement behavior yang sedang dilatihkan kepada mereka.

Bincang juga bersama guru-guru anak anda supaya behavior replacement ini juga tidak hanya dipraktikkan semasa berada dengan ibu bapa di rumah, _tetapi juga semasa di sekolah_

😊

No comments: