Sebelum anak kenal huruf, _mahirkan skill ini dahulu_
Ada anak-anak kita yang umur 3 tahun sudah kenal huruf. Bagi yang belajar sistem fonik, dah mula boleh membaca sepatah demi sepatah.
Sebenarnya, banyak faktor yang mempengaruhi cepat atau lambatnya anak kita belajar.
Untuk kenal huruf, antara skill yang perlu ada ialah
*kemahiran memadankan benda yang sama*.
Kalau anak nampak objek bulat seperti bola dan di masa lainnya jumpa objek yang sama juga, dia tahu itu adalah benda yang sama, iaitu bola.
Selalu la latih anak mahir memadan objek, saya akan beli 2 set mainan yang sama.
Sama juga dengan gambar. Bila anak kita mahir kemahiran ini, barulah dia boleh kenal gambar bola itu sama dengan objek bola tadi.
*Bila kemahiran memadan ini semakin cekap*
barulah anak kita dapat memadan huruf yang sama.
Seterusnya belajar mengenal huruf dan membaca.
** *Kemahiran memadan objek atau gambar yang sama berkait dengan kemahiran kita melihat*👀👀👀👀👀
Sebab itu, antara ujian yang perlu dijalankan sebelum terapi pertuturan bahasa dijalankan adalah ujian penglihatan.
Rupanys ujian penglihatan, ia bukan sekadar menguji masalah rabun sahaja. Rupanya ada _masalah penglihatan tersembunyi yang mempengaruhi tumpuan dan kemahiran kognitif anak-anak kita_
🧐🤔cuba sejenak fikir ,
No comments:
Post a Comment