3 Kemahiran penting kanak-kanak perlu ada sebelum masuk pra-sekolah supaya mudah dan lancar proses mendidik seterusnya.
1) Kemahiran menunggu.
Latihan kemahiran menunggu sebenarnya proses berterusan sejak kanak-kanak dilahirkan. Tanpa kemahiran menunggu, kanak-kanak sukar cope dengan rakan sebaya.
Tip latihan:
+ Ajar kanak-kanak menunggu untuk timbang dan bayar barang di kaunter timbang dan bayaran
+ Ajar kanak-kanak tunggu dan duduk masa bergilir makan dengan adik-beradik
+ Ajar kanak-kanak menunggu giliran masa main di playground. Paling biasa, di gelongsor
+ Ajar kanak-kanak tunggu giliran pakai baju dengan adik-beradik
+ Ajar kanak-kanak tunggu giliran masa proses bercerita perihal masing-masing
+ Untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas, boleh mula bermain kad seperti donkey, uno dan old maid. Mereka perlu menunggu giliran semasa bermain kad.
2) Kemahiran meminta izin
Kemahiran meminta izin juga penting. Ia menentukan samaada kanak-kanak itu boleh bergaul dengan baik dengan rakan sebaya.
Perlakuan merampas barang dari tangan orang, boleh menimbulkan pergaduhan, malah lebih teruk ada kecederaan jika agresif.
Tip latihan:
+ Membuat simulasi aktiviti antara dua kanak-kanak seperti, main jual-jual, kanak-kanak minta izin untuk beli.
+ Berlakon drama di mana kanak-kanak perlu belajar meminta izin untuk sesuatu.
3) Kemahiran berkongsi
Perlakuan tidak mahu berkongsi permainan boleh menjadikan kanak-kanak itu sukar diterima oleh rakan sebaya.
Tip latihan:
+ Sediakan bahan permainan yang perlu dikongsi dan main lebih daripada seorang kanak-kanak.
+ Galakkan berkongsi makanan dengan adik-beradik.
+ Selalu membawa kanak-kanak mengedar makanan atau hadiah kepada orang yang memerlukan.
Egocentric kanak-kanak perlu dilatih lebih awal. Belajar mengurut ego lebih awal.
Boleh mahu ajar anak akademik sambil bermain lebih awal, ajar baca awal, ajar Quran awal asalkan aspek penting (EQ/ sosio-emosi) seperti yang disebutkan di atas masih prioriti di samping perkembangan fizikal, urus diri juga difokuskan.
Kemahiran itu, nampak mudah, tapi sangat sukar dibentuk kepada segelintir kanak-kanak. Latih awal, mula awal. Nanti banyak perkara baik-baik dapat dipelajari di sekolah apabila pendidik mudah mengendalikannya.
📄
No comments:
Post a Comment