Saturday, January 27, 2018

Peringkat anak bercakap

Anak saya boleh cakap, tapi….

DIMANA PERINGKAT ANAK ANDA SEKARANG🔲

💭 Anak saya boleh cakap, tapi bahasa dia sajalah.
Tak tau dia cakap apa.〰〰 wcyhkkollzxxthnhh
Ini ialah *peringkat JARGON*.

💭Anak saya boleh cakap, tapi dia ulang balik apa yang saya tanya atau cakap kat dia.
Dia tak jawab soalan.

*Ini ialah peringkat ECHOLALIA*

💭Anak saya boleh cakap, dia selalu sebut lagu, ayat doa, bacaan quran, iklan tv atau kadang-kadang ayat yang cikgu sebut di sekolah,
dia sebut tiba-tiba di rumah.
*Ini ialah peringkat STEREOTAIP*

💭 Anak saya boleh cakap, tapi dia cakap apa yang dia nak saja.

Bila kita tanya, dia tak jawab soalan.

Tapi kalau dia suka atau dia nampak benda yang dia suka, dia boleh sebut. Ini peringkat *KOMUNIKASI SEHALA* 

progress dari no 1 hingga ke no 4 dan seterusnya dapat berkomunikasi dengan lebih berfungsi.

Bagi anak autisme, corak perkembangan pertuturan bahasa agak berbeza berbanding kanak-kanak speech delay biasa.

Biasanya dari no 3 nak masuk ke no 4
_amatlah mencabar_

_Banyak latihan interaksi 2 hala diperlukan supaya mereka dapat keluar dari dunia sendiri_

_________________________

Latihan interaksi 2 hala melibatkan:

– latihan tumpuan bersama

– latihan tunggu, bergilir dan berkongsi

– latihan kemahiran mendengar

– latihan bermain dalam kumpulan

🔚
Bagi yang no 4 pula, _untuk naik ke peringkat komunikasi berfungsi_

(Kira boleh pas lah,sb bley jwp apa yg d tnya)🙃

latihan berikut sangat membantu untuk kanak-kanak lebih memahami target jawapan:

– latihan
_melengkapkan hujung ayat mudah kepada ayat yang lebih kompleks_

– latihan
_menjawab soalan rutin kepada menjawab soalan berdasarkan gambar dan seterusnya menjawab soalan secara terbuka_

No comments: