💖Guru Aliran Perdana - mempunyai pedagogi (cara mengajar) mata pelajaran BM/BI/SN/M3 etc
👩🏻🏫 guru yg mengajar murid khas di aliran perdana memerlukan strategi bagi membantu murid belajar.
💖MBK penglihatan dan pendengaran mengikuti silibus arus perdana dan mempunyai subjek extra utk Braille dan Kod tangan / bahasa Isyarat
👩🏻🏫Maka Guru Pendidikan Khas Penglihatan/ Guru Pendidikan Khas Pendengaran - mempunyai pedagogi mata pelajaran, braille/kod tangan (bahasa isyarat) & strategi utk mengajar murid kurang upaya pendengaran dan penglihatan.
💖Guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran- mengikuti silibus pendidikan khas yg berfokus kepada domain, kemahiran dan subjek mengikut kefungsian dan keupayaan murid (dari segi kognitif).
- sama ada murid boleh ikut akademik (masuk inklusif)
- boleh membaca, menulis, tak mampu ikut akademik tetapi mampu ikut aliran vokasional berfokus kepada kemahiran
🌟Bagi murid with complex needs (severe to complex needs) mereka juga berhak utk bersekolah seperti rakan-rakan yg lain.
👩🏻🏫Guru pendidikan khas memerlukan strategi dan teknik yang lebih berfokus kepada domain:
✅ sensori
✅ komunikasi sosial
✅ psikomotor (motor kasar/halus)
✅tingkah laku & pengurusan kehidupan
✅kognitif mengikut keupayaan mereka.
🌟Disebabkan keupayaan kognitif murid with complex needs rendah, lebih penting untuk mereka mempelajari ttg interaksi sosial , rutin harian dan pengurusan kehidupan berbanding mengajar mereka subjek yg spesifik seperti Bahasa Melayu, English, Matematik dan Sains.
🌟mempelajari ttg pengurusan kehidupan telahpun merangkumi (integrate) elemen-elemen seperti agama, moral, bahasa, komunikasi, numerasi & literasi secara tidak langsung.
Oleh itu:
latihan, bengkel & kursus yg tepat dengan keperluan guru penting bagi meningkatkan keupayaan guru mengajar dalam sesi PdP.
🌟tujuan utama: meningkatkan kualiti hidup dan kemenjadian murid.
#pendidikankhas
#MBK
#complexneeds
#awareness
No comments:
Post a Comment