"Ini mesin air.
Cuba masukkan duit ni", sambil menghulur kepada anak dan menunjukkan lubang duit.
/
"Nak air mana?", sambil menunjukkan pilihan air yang akan mula menyala.
"Tekan",🛑
sambil memegang tangan anak, membantu mereka menekan butang ('prompting' fizikal).
Teng teng teng.
"Cuba tengok bawah, air dah keluar.
Cuba
🛑ambil."
Inilah yang sepatutnya ibu bapa tunjukkan kepada anak-anak kecil, seawal usia mereka sudah mula boleh mengeluarkan bunyi-bunyi.
Fungsi suatu objek. Kesan dan akibat.
Tekan sini, keluar sana. Tekan yang tak menyala tak keluar. Sebab apa? Dah
🛑habis.
Sesuaikan ikut usia anak.
Tak perlu la sampai sejam nak terangkan fungsi mesin air.
🔍 Ajar sedikit, *jumpa lagi, ulang dan tambah sedikit demi sedikit info*
Jumpa mesin duit pula. Ulang proses yang sama.
Bukannya tunjuk ejaan a b c di mesin air semasa anak itu 12 bulan. Sekiranya sudah 3 tahun dan sudah diajarkan fungsi mesin air itu, barulah betul nak ajar a b c.
Ajarlah anak ikut usianya.
Anak 12 bulan perlu *diajar merangsang deria pada badan mereka*
bukan diajar a b c dahulu. Bila dah 3-4 tahun usia masuk tadika, barulah ajar a b c. Ini perkembangan yang patut mereka dapat semasa 0-3 tahun sudah tertinggal, terus melompat nak ajar a b c. 😅
〰〰〰〰〰〰〰
TAPI SAYA NAK AJAR ANAK SAYA ABC 123
Untuk bawah 3 tahun, ajar mengira dengan objek.
Kaitkan kiraan dengan benda maujud.
Nak biskut? Nak berapa? 3?
💭
Beri 1, sebut 1, anak ulang
Beri 2, sebut 2, anak ulang
Beri 3, sebut 3, anak ulang
Barulah anak akan mengaitkan 3 dengan nilai barang,
❌ bukannya terus mahu mengajar simbol 3.
Begitu juga membaca, ini kucing.
Kucing bunyi apa... 💭
Bunyi kucing ada dekat mana? Jom cari.
meowwww...🐈
Kucing ada belakang rumah.
Kucing bawah meja.
(kedudukan)
Pergi cara kucing tu dekat mana.
Kalau rumah tak ada kucing, gantikan dengan sorok telefon mama di bilik.
Guna telefon ayah, telefon. Cari di mana telefon.
Ini *merangsang deria pendengaran mereka*
Halang main kucing, gantikan dengan benda setara.
Bermain dengan kucing, mereka belajar memegang bulu (sentuhan-tactile), mereka belajar bunyi kucing (pendengaran-auditori), mereka belajar sebut nama kucing. 🐈
Halang main kucing, tak bawa pergi zoo, bagi hadiah hari lahir Iphone 7. Muat turun aplikasi iZoo. No no no. ❌
Barulah bila Cikgu/kita panggil nama, anak respon.
*Deria-deria mereka telah dirangsang dengan baik sejak 0-3 tahun*
Satu ayat yang agak menakutkan😐
sejak akhir-akhir ini, dengan kemunculan telefon pintar,
*anak-anak yang kita luaran tengok normal* ada simptom-simptom autisme.🚩
Kad-kad bergambar yang selalu kita gunakan untuk mengajar anak, memang salah satu bentuk komunikasi yang digunakan untuk ajar-ajar anak autisme.
Yang saya pelik, kenapa nak ajar bayi, yang boleh mengeluarkan bunyi dan bercakap, guna kad.
Gunalah objek di sekeliling, guna suara, guna memek muka.🤣😉😍😁
Kalau memang ada sedikit simptom, boleh dirawat dengan aktiviti permainan.
Tapi kalau dah teruk sangat, memang kena bawa jumpa doktor dan terapis."
Rasa berdebar-debar, takut, semua ada.
Saya juga ada anak. Saya juga bagi gajet. Bila tahu gajet tak bagus, memang sudah hadkan ⏺
_banyak perkara terlepas pandang_
Bukan anak sahaja yang perlu dihadkan gajet.
Mama dan ayahnya juga sama.
Barulah boleh berinteraksi dengan penuh memek muka dan ekspresi.
Baru *anak tahu bezakan bila mama marah, bila mama sedih, bila mama bergurau*
"Jangan *biar anak memanipulasi kita*
Kita kena pandai manipulasi anak.
Tapi semua tu kita boleh buat hanya sekiranya kita dalam situasi stabil, emosi baik",🙂
Wujudkan daya pengaruh pada anak 💭 baru anak dengar cakap kita.
kena guna semua memek muka, sebab kita nak sampaikan ilmu.
😶 apabila beri arahan, kena buat muka serius. "
Inilah agaknya orang kata, cakap hanya apabila perlu.
💭Cakap ikut situasi.
Baru anak tahu beza. Di rumah kita boleh buka peti ais, tapi bila kita pergi rumah sekian sekian, tak bolehlah.🔍
KEMAHIRAN MENUNGGU GILIRAN
"Paling mudah guna tabung. Buat bulatan, bergilir masukkan duit.
Bukan sekali ya anak boleh dapat.
➕➕➕➕ Berulang kali."
Jadi tak ada masalah kalau anak baru seorang, belajar bergilir dengan emak, ayah. Kalau anak berdua, lagi la bagus. Buat aktiviti menunggu giliran.
Barulah *anak tahu apabila suruh beratur, tunggu giliran* naik tangga gelongsor.
Ini anak jadi tak sabar, asyik dia aje nak naik dulu, nak potong barisan
Mulakan dari rumah, disokong dengan persekitaran yang membantu anak-anak ini mengekalkan apa yang ada dalam diri mereka.
Tapi ini tidak akan berjaya tanpa sokongan semua pihak.
"It takes a village to raise a child."
1 comment:
Hari yang baik,
Kami adalah pemberi pinjaman wang yang sah dan bereputasi. Kami memberi pinjaman kepada individu yang memerlukan sokongan kewangan, kami memberi pinjaman kepada orang yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil mereka untuk melabur dalam perniagaan. Jadi, adakah anda mencari pinjaman segera? Anda tidak perlu risau kerana anda berada di tempat yang betul kami menawarkan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2% jadi jika anda memerlukan pinjaman, anda hanya akan menghubungi kami melalui alamat email ini: mobilfunding1999@gmail.com
MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN YANG PERLU:
1) Nama penuh: ............
2) Jantina: .................
3) Umur: ........................
4) Negara: .................
5) nombor telefon: ........
6) Pekerjaan: ..............
7) Pendapatan bulanan: ......
8) Jumlah Pinjaman yang Diperlukan: .....
9) Pinjaman: ...............
10) Tujuan pinjaman: ...........
Terima kasih
Post a Comment