Tuesday, January 23, 2018

Anak kecil dan ADHD ASD dan sbgnya

"Saya rasa doktor salah diagnos anak saya, dia bukan autisme, tapi hanya speech delay."

"Anak saya disleksia tapi doktor tulis GDD (Global Deveopmental Delay), saya nak buat apa?"

Ya, benar, banyak kes diagnosis tidak selari dengan ciri-ciri kanak-kanak tersebut.

Sebagai ibu bapa, fokus kepada intervention untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran anak itu.

Selagi diagnosis tidak terlalu bercanggah dengan ciri sebenar, tidak perlu re-diagnosis.

Jika diagnosis memang jelas meragukan dan ia melibatkan keistimewaan lain seperti kemudahan dalam peperiksaan, ibu bapa boleh bertindak untuk re-diagnosis.

Kerana untuk kemudahan dalam peperiksaan, setiap diagnosis berbeza mempunyai kemudahan berbeza.

📝
Walaupun pelbagai dan berbeza diagnosis - ADHD, Down Syndrom, Autism, Dyspraxia, Dyslexia etc...

Masalah-masalahnya lebih kurang sama.
Mereka mungkin mempunyai:
1) masalah lewat perkembangan bahasa/pertuturan
2) masalah komunikasi sosial
3) masalah motor kasar/motor halus
4) masalah daya tumpuan (melihat/mendengar)
5) masalah sensory (over/under sensitive)
6)masalah pemprosesan maklumat (visual & audio)

Dan lain-lain...
Masalah ini akan menyebabkan mereka memerlukan sokongan tambahan utk belajar di sekolah.

Maka:
Masalah-masalah itu yg kita perlu tackle bersama dalam perjalanan intervensi awal, sama ada dalam sesi terapi,  di rumah mahupun di sekolah.

Kita bukan mengubah diagnosis.
Kita bukan  “memulihkan” mereka agar  bebas dari diagnosis itu.

Kita terima mereka seadanya, dan *membantu utk bersama-sama mengurangkan masalah yg dihadapi.*

🌟komitmen, kepercayaan dan kesabaran itu diperlukan.

No comments: