Saturday, January 27, 2018

Kemahiran menulis

3 posisi kemahiran menulis yang mungkin ibu bapa tidak sangka memberi impak dalam hasil tulisan anak-anak

1. Menegak - contoh menulis di dinding.
Kemahiran paling awal dikuasai oleh seseorang kanak-kanak. Buktinya, dinding boleh diconteng sesuka hati. 😂

Terdapat juga kanak-kanak yang tidak suka menunduk untuk menulis dan mereka lebih gemar menulis dalam posisi menegak. Posisi ini bagus untuk menarik perhatian supaya menyukai aktiviti menulis.

2. Posisi duduk - posisi biasa menulis di sekolah atau semasa belajar. Posisi ini sangat ideal. Namun perlu pastikan 90 darjah pada pinggul, lutut dan pergelangan kaki. Kaki perlu sentuh lantai agar tidak berayun.

Kaki yang boleh dihayun semasa menulis boleh mengurangkan tahap tumpuan. 😁

3. Meniarap - posisi yang paling berkesan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pegangan pensel yang tidak kuat dan lemah dalam kemahiran menulis.

Semasa meniarap (tanpa lapik bantal), otot sendi bahu mendapat 'joint compression' secara semulajadi.

Pergelangan tangan secara automatik rest well on the writing surface dan memberi sokongan untuk menulis dengan lebih baik. Meningkatkan stabiliti dan motor control pada pergelangan tangan.

Posisi meniarap juga memberi kesan tumpuan yang lebih baik berbanding posisi lain kerana mata perlu fokus ke atas permukaan kertas.

Boleh cuba di rumah dan di sekolah!! 😄

No comments: