❤ KEMAHIRAN MOTOR HALUS ❤
🎈MOTOR HALUS
Melibatkan pergerakan otot-otot kecil seperti jari jemari. Membolehkan pergerakan seperti memgang objek kecil.
💡 PERKEMBANGAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS
✔ 3 Bulan : Fokus kepada objek dekat.
✔ 6 Bulan : Menggenggam objek.
✔ 9 Bulan : Memindahkan objek dari satu tangan ke tangan lain.
✔ 12 Bulan : Mengetuk 2 objek antara satu sama lain.
✔ 18 Bulan : Mencontang dengan pensel atau krayon.
✔ 2 Tahun :
- Membina menara dengan 6 kiub.
- Menekap bentuk.
✔ 3 Tahun :
- Membina menara 10 kiub.
- Menyuap makanan ke dalam mulut.
- Memasukkan manik ke dalam tali.
- Menggunting kertas.
✔ 4 Tahun : Membutang baju.
✔ 5 Tahun :
- Melipat kertas.
- Memakai stokin dan kasut.
- Menulis nama sendiri.
💡 SENAMAN TANGAN
1. Menggenggam dan membuka genggaman.
2. Menggenggam bola getah.
3. Memicit bola getah.
4. Menyetuh ibu jari menggunakan setiap hujung jari.
5. Regangan tangan menggunakan tali getah.
💡 AKTIVITI KEMAHIRAN MOTOR HALUS
1. Anyaman Tali
- Kertas keras yang ditebuk dengan penebuk lubang.
- Ambil tali dan anyam setiap lubang.
2. Asingan Klip Kertas Berwarna
- Mengepit kertas dengan klip yang sama warna.
- Boleh diubah menggunakan klip baju.
3. Regangan Getah
- Pakukan paku kepada papan.
- Regangkan getah dengan meletakkan getah pada paku A tarik ke paku B.
- Susunan dan saiz paku berubah mengikut peringkat.
4. Mewarna
- Menggunakan berus lukisan dan cat air.
- Kanak-kanak perlu mengawal pergerakan tangan dan jari semasa memegang berus lukisan.
🌷 Sumber :
Buku Pendekatan Terapi Carakerja untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.
Puan Mahfuzah Zainol (2016)
No comments:
Post a Comment