Wednesday, August 30, 2017

Sahabat

*Cantik ayat ni ...!*

_Kadang - kadang SAHABAT yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi wang ringgit......_

_Kadang - kadang SAHABAT yang rajin bekerja, bukan kerana mereka ingin tunjuk pandai dan hebat tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab......._

_Kadang - kadang SAHABAT yang memohon maaf terlebih dahulu selepas pergaduhan atau selisih faham, bukan semestinya kerana mereka bersalah tapi sebab mereka menghargai PERSAHABATAN dan orang2 di sekeliling mereka......_

_Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang SAHABAT....._

_Kadang-kadang SAHABAT yang selalu_ *SMS DAN WATTSAPP KITA* _bukan kerana mereka tak ada benda lain nak buat tapi sebab mereka_ *SENTIASA MENGINGATI ANDA.......*

_Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada._

_Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........_

_Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,_
_"Siapa mereka semua tu?"....._
_Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,_
*"DENGAN MEREKALAH ANDA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP DAN MENGENALI ERTI PERSAHABATAN" ....*

*TERIMA KASIH SAHABAT2KU*
_Ada *3* Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :_      
          *1. Waktu*         
          *2. Kata-kata*     
          *3 . Kesempatan*        

_Ada *3* Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:_
          *1. Kemarahan*
          *2. Keangkuhan*
          *3. Dendam*  

_Ada *3* Hal yg tidak boleh hilang:_
          *1. Harapan*         
          *2. Keikhlasan* 
          *3. Kejujuran*         

_Ada *3* Hal yg plg berharga:_ 
          *1. Kasih Sayang*
          *2. Cinta*         
          *3. Kebaikan*         

_Ada *3* Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :_
          *1. Kekayaan*       
          *2. Kejayaan*     
          *3. Mimpi*        

_Ada *3* Hal yg membentuk watak seseorg :_        
          *1. Komitmen*  
          *2. Ketulusan*    
          *3. Kerja keras*        

_Ada *3* Hal yg membuat kita sukses :_
          *1. Tekad*        
          *2. Kemahuan*  
          *3. Fokus*

_Ada *3* Hal yg tidak pernah kita tahu :_
          *1. Rezeki*     
          *2. Umur*        
          *3. Jodoh*         

*TAPI,* _ada *3* Hal dalam hidup yg_ *PASTI :*     
          *1. Tua*         
          *2. Sakit*        
          *3. Kematian.*  

*_Ya  Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.._*       

*Kirimlah kpd semua Adik beradik & Kawan2 Sahabat2 yg kita ingati..... 😁*

Usrah hati

🕌 *Usroh Hati* 🕌

Jika Hari ini kita masih lagi boleh berbicara,
Maka bicaralah yang baik-baik.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh bergurau senda,
Maka berguraulah dg penuh kasih sayang.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh menghirup udara,
Maka banyakkan ibadat jauhi maksiat.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh membaca al-Qur'an,
Maka hayatilah makna setiap ayat dg penuh insaf.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh solat penuh khusyu',
Maka banyakkanlah doa jangan alpa.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh bersama insan tersayang,
Maka penuhilah dengan rasa kebaikan & sentuhan kasih sayang.

Mana tahu esok semuanya tiada lagi..
Mana tahu esok kita pula akan disolatkan..

Mana tahu esok kita pula yang mendengar..
Suara bacaan al-Qur'an penuh tangisan sendu..

Mana tahu esok tempat kita sudah berubah..
Dari Dunia hanyalah pinjaman..
Smua yang fana akan ke alam barzakh.

Semoga hidup kita sentiasa dalam kebaikan & smg kita pergi bertemu ALLAH  dalam keadaan husnul khotimah dg penuh keredhaan-Nya..
Aamin.....
🕌

Tuesday, August 29, 2017

Peranan terapis pertuturan bahasa

Peranan *Terapis Pertuturan dan Bahasa*

Langkah 1: Terapis Pertuturan-Bahasa akan menilai dan merekod maklumat pesakit baru seperti berikut:

Mengenal pasti maklumat pesakit (nama, umur, butir-butir keluarga, dll)

S🔘ejarah termasuk sejarah keluarga
🔘Sejarah pemakanan, penyusuan awal
🔘Perkembangan pemakanan terkini
Pe🔘rgerakan Lidah
Ke🔘bersihan mulut dan gigi
🔘Kawalan airliur

Langkah 2: Terapis/pakar akan menentukan keperluan pembedahan atau tidak (jika ada t,tie)


T❌idak semua pesakit dengan lidah pendek akan menjalani pembedahan.

Pembedahan akan dilakukan hanya apabila perlu.

Selain aduan pesakit atau penjaga, pemeriksaan doktor dan penilaian terapis akan menentukan samada kanak-kanak ini perlu menjalani pembedahan atau tidak untuk membebaskan frenelum.

Pembedahan dijalankan dengan persetujuan pesakit atau penjaga.
Pembedahan melibatkan guntingan tisu dan pembiusan oleh doktor pakar.

Latihan dilakukan ➕➕➕➕➕
MOTO ORAL

😝Membentuk hujung lidah, ketinggian dan unjuran, di dalam dan di luar mulut.
⏺Meningkatkan kesedaran kinestetik untuk mengetahui bahagian mulut yang lain, apa yang boleh dilakukan dari aspek struktur dan tekstur.

Melatih lidah berkaitan pergerakan *membersihkan rongga mulut* supaya sempurna.
Antara latihan yang disyorkan:

🛑Gerakkan lidah keluar-masuk mulut. Ulang 10X.
🛑Regang lidah ke arah hidung, kemudian turun ke arah dagu. Ulang.

Jilat bibir bawah dan  bibir atas dengan hujung lidah dalam kedudukan mulut terbuka. Ulang 10X.
Boleh dilakukan secara berasingan.

👅Anda boleh letak jem atau perasa di bibir untuk menarik minat anak menjilat.

Gerak lidah untuk menolak otot pipi dari dalam mulut
Gerak lidah ke kiri dan kanan sisi mulut
Gerak lidah untuk menyentuh lelangit atas

💭Bincang dengan Terapis Pertuturan-Bahasa sebelum melakukan sebarang latihan. Syor daripada terapis amat penting supaya  latihan tersebut sesuai dengan anak anda

💭: Lakukan dalam bentuk permainan yang menyeronokkan bersama anak anda.
⏺Lakukan selama 5 hingga 10 minit  sebanyak _dua atau tiga kali setiap hari_

Gunakan gambar, video dan memberikan tunjuk ajar yang betul dan tepat.
guna cermin

😊 Beri galakkan dan pujian kepada usaha anak anda.
➕ Libatkan ahli keluarga yang lain untuk memberi kerjasama.

“Adakah percakapan anak saya akan pulih apabila melakukan latihan lidah sahaja tanpa pembedahan?”

*Latihan lidah sahaja tidak dapat menjanjikan kualiti pertuturan menjadi lebih baik memandangkan banyak faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi sebutan seseorang*

Segera bertemu dengan Terapis Pertuturan-Bahasa di hospital berdekatan untuk mendapat penilaian  awal.

Anak dan fokus

Anak tidak boleh fokus atau beri perhatian? "Ala biasa budak kecil memang begitu"
============📝copy

Hati-hati dengan kata-kata denial begini. Fokus sangat penting untuk kanak-kanak.

Bercakap pun perlu fokus. 🔍

Bukan akademik saja.

Jika kanak-kanak, langsung tidak dapat fokus untuk bercakap, kemahiran pertuturan terjejas.

Jika kanak-kanak, langsung tidak dapat fokus bermain manipulatif, kemahiran pra-akademik terjejas.

Fokus, bukan benda biasa-biasa.
Fokus asas untuk kanak-kanak membina kemahiran dalam hidupnya.

Kalau dalam otak, fokus, perhatian atau konsentrasi dikawal oleh "prefrontal cortex" dan "parietal cortex".

Lagi cepat atasi, lagi cerah masa depan kanak-kanak.

Jangan takut kata No pada anak

Jangan takut untuk berkata NO❌ kepada anak.

Tidak semua NO itu adalah negatif dan membantutkan perkembangan kreativiti anak. 

Banyak NO yang membantu perkembangan sosial, emosi dan moral anak-anak.😃

1) Ada NO yang mengajar anak tentang erti bahaya. 
Bahaya berlaku dalam sekelip mata. 
Kadang-kadang kemalangan berlaku tanpa sempat pun kita mengelipkan mata. Anak juga perlu diajar untuk berfikir tentang bahaya tindakannya kepada orang sekeliling juga.

2) Ada NO yang mengajar anak tentang empati. 

Ia mengajar anak bahawa orang lain juga mempunyai perasaan, hak dan keperluan mereka.  Orang lain itu termasuklah kita sebagai ibubapa yang perlukan masa untuk diri sendiri juga.

_NO dalam konteks ini bermakna kita mesti menghormati hak dan keperluan orang lain_

3) Ada NO yang mengingatkan anak tentang erti 'cukup'.

Terlalu bermewah-mewah dengan kuantiti yang tidak perlu akan memudaratkan anak kerana dia tidak akan pernah merasa cukup dengan apa sahaja.  Tidak faham erti cukup hanya menambahkan tekanan dalam jiwa seorang individu.

4) Ada NO yang mengajar anak tentang hak milik.

Anak perlu tahu _bahawa dia tidak boleh mengambil sesuatu yang bukan haknya dengan sewenang-wenangnya_

Dia perlu tahu bahawa dia juga perlu mempertahankan apa yang menjadi miliknya melainkan diberi dan diambil dengan keizinan.

5) Ada NO yang memberi peluang kepada anak menjadi lebih kreatif.

Jika anak tidak selalu mendapat sesuatu permainan yang diingininya, anak boleh menjadi lebih kreatif dengan mencipta permainan sendiri dengan bahan-bahan yang ada.
Artikel:
https://mobile.nytimes.com/2017/05/17/well/family/to-raise-better-kids-say-no.html?smid=fb-nytwell&smtyp=cur&_r=5&referer=http://m.facebook.com/

6) Ada NO yang mendidik anak untuk menghargai masa dan menetapkan prioriti. Ada kalanya anak terlampau asyik dengan sesuatu sehingga mengambil ruang masa untuk rutin penting yang lain. 

7) Ada NO yang mengajar anak erti berdikari.

Walaupun sebagai ibubapa kita mempunyai wang ringgit, kepintaran dan tenaga untuk melakukan semuanya untuk anak-anak, anak juga perlukan ruang untuk menjalankan tanggungjawabnya tanpa pertolongan daripada kita sentiasa (atau pertolongan pembantu rumah).  Beri anak ruang otonomi untuk membina skil-skil penting dalam hidup.

8) Ada NO yang melahirkan seorang individu yang tegas, asertif dan berprinsip.

Anak belajar daripada kita.  Jika NO kita kepada anak adalah konsisten dan menunjukkan ketegasan, anak juga akan belajar untuk menjadi seorang yang tegas terutamanya terhadap pengaruh-pengaruh yang negatif atau orang yang mengambil kesempatan ke atasnya suatu hari nanti.

Walaupun NO itu bunyinya negatif dan kita seharusnya mengelakkan perkataan-perkataan yang negatif kepada anak-anak, NO boleh membawa kepada nilai-nilai yang positif.

Apa yang paling penting *adalah corak komunikasi kita dengan anak-anak*

  Jika kita sentiasa meluangkan masa untuk bersembang, menerang dan mendengar, insya Allah anak faham bahawa NO kita adalah NO yang positif.

Galakkan juga anak berfikir kaedah atau tindakan alternatif yang lebih baik.🙂

Dorong


DORONG
anak-anak & pelajar untuk yakin kepada dirinya.

Ia bekalan penting untuk mereka membesar dengan mindset seorang penjaya.

Orang berjaya *mempunyai skrip diri yang positif*

💭 Beritahu, tulis, bisik, pujuk anak-anak dan pelajar dengan
*skrip diri yang positif berulang-ulang*

ULANG ULANG

+ InsyaAllah abang boleh lakukannya.
+ Fatin anak ibu yang rajin.
+ Ilham pandai matematik.
+ Hussin seorang yang berbakat besar.
+ Ahmad anak yang soleh.
+ Anas anak ummi yang bertanggungjawab.
+adik seorg yg sabar
+ank cerdik,tak marah begitu
+it s okey,kita cuba lg

dan byk skrip yg boleh buat ank kwl tingkahlaku,wlpun ank kita xboleh pon bercakap

DIA TAHU NADA SAYANG,DIA TAHU SENTUHAN IBU YG MBERI SEMANGAT
DIA TAHU PELUKAN PUJUK

Menurut kajian ahli psikologi, individu yang berjaya mempunyai banyak persamaan.

Mereka *percaya*
bahawa diri mereka seorang yang bijak, pantas, menarik, berbakat dan disukai oleh orang lain.

++ Rasa percaya diri ini boleh dididik sejak kecil.

siapa yg boleh wujudkn RASA PERCAYA ITU?
IT YOU.......

Bukan malas

MALAS
Kenapa?

Sebab bila pendidik set yg muridnya malas, kita automatik rasa yg itu salah murid.

Dia yg malas. Dia yg tak nak. Dia yg tak mau buat.

Sedangkan sebagai pendidik/parents tu sendiri
💡 kita mesti fikir 1001 cara untuk didik dia.
➕ Cara apakah lagi untuk bantu dia supaya dia mudah untuk selesaikan tugasan yg diberi.

Ada banyak jenis bantuan.
Adakah dia perlukan bantuan fizikal / visual / model / verbal / ulangan?

Malangnya bila kita set dalam fikirkan yg anak tu malas, _kita berhenti berusaha_
Persepsi kita yg dia mmg malas, buatlah apa pun, dia tu malas.

Maka wahai pendidik anak keperluan khas,@ibubpa 
anak tu ada isu2 istimewa.

Apakah isu istimewa tu?
Mungkin memorinya singkat.
Mungkin tumpuannya terhad.
Mungkin kefahamannya kurang.
Mungkin takde keyakinan.
Dan bermacam kemungkinan lagi.

Kita sepatutnya kasihankan anak itu.😞 Bukannya meletakkan kesalahan malas pula atas bahunya

🎈. Dia tak minta dilahirkan sebegitu🎈🎈.

Red flag perkembangan bayi

Ambil tahu atau buat-buat tak tahu?

🚩RED FLAG
Pada usia 8 bulan, masih tak menoleh apabila nama dipanggil.

Pada usia 1 tahun 3 bulan, masih tidak bertepuk tangan atau buat gaya “bye bye”.

Pada usia 1 tahun 5 bulan, masih tidak berbunyi “bababa mamama nanana”.

Pada usia 1 tahun 6 bulan, masih tidak tahu ikut arahan mudah (ambil bola, bagi mama, simpan).

Pada usia 1 tahun 8 bulan, masih tidak berminat dengan permainan yang biasa dimain oleh rakan sebaya (bola, kereta, masak-masak)

Pada usia 1 tahun 9 bulan, masih tiada perkataan pertama. (mama, abah, nak)

Pada usia 1 tahun 10 bulan, masih tidak tahu menunjuk anggota badan apabila diminta. (mana hidung? mana telinga?)

Pada usia 1 tahun 11 bulan, masih tidak berminat untuk interaksi secara verbal atau tidak cuba untuk meniru sebutan orang dewasa.

Perkara yang saya senaraikan di atas ialah red flag, atau tanda aras yang perlu ibubapa ambil tahu berkenaan perkembangan kognitif pertuturan bahasa anak.

Apabila anda ambil tahu, maka anda akan mula bertindak. Mula mencari ilmu, mencari sumber, mencari jawapan.

Tapi kalau tak ambil tahu, maka….umur anak terus saja meningkat. Sedar tak sedar, dia dah berusia 4 tahun dan masih tak bercakap.
Kawan-kawan pula dah mula masuk tadika.

Realitinya, kesedaran ibubapa pada 2017 ini jauh meningkat berbanding pada DULU.

Friday, August 25, 2017

Tanda2 anak hadapi masalah motor halus

Apakah tanda tanda anak kita menghadapi masalah dengan kemahiran motor halus ?

1- Mengelakkan aktiviti yang *melibatkan jari* seperti menulis menggunakan pensel,mgunting,mencntum,memasang skru dll

2- Lebih suka aktviiti fizikal seperti lari daripada aktviti yang melibatkan duduk

3-Interest sangat tinggi pada pasif aktiviti seperti penggunaan telefon yang tidak melibatkan penggunaan fine motor skill.

3- Kadang menjadi bossy (mengarah), dalam bermain contoh minta orang lain untuk lakukan untuk diri dia seperti minta orang lukiskan untuk diri dia

4- Tidak persistence (bertahan) dengan cabaran contoh jika ada masalah dia minta orang lain lakukan seperti jika pakai baju, dia hanya nak orang lain pakaikan.

Bagaimana nak menggalakkan anak anak suka dengan AKTIVITI yang melibatkan Kemahiran Motor halus ? ⁉

Jari gerak otak jalan.......➰
Atau,bgi jr hp atau buka.je tV

Sembang dengan bayi

BABY TALK

Bercakap dgn bayi adalah asas kpd kebolehan dan kemahiran membaca.

Permainan  yg nampak sangat  simpel tapi sgt bermakna dan bagus ..........mana hidung adik? ha..ni hidung adik..sambil tunjuk pada hidungnya

. Buat beberapa kali..kemudian ubah pada telinga..kaki dan sebagainya

Biasakan juga dengan objek objek lain...mana baju adik?..ha ni baju adik....!

*Bila dia mendengar kita menyebut sesuatu perkataan secara berulangkali*

🔍.bayi akan mula mengaitkan  bunyi dengan makna...

Sembanglah dengan bayi anda! Tak susah pun!

Hilang stress sembang dgn bayi....curah segala isi hati kita pada dia.

Jadi therapist anak sendiri di rumah

🏌🏼‍♀Sejauh manakah ibu bapa bertindak setelah sedar bahawa masalah ini wujud.

Ada ibubapa yang lebih suka dengar ayat penyedap hati. “Nanti dah masuk tadika, ok lah tu.”

Ada ibubapa yang bertindak segera hantar anak ke tadika.

Ada pula yang pergi ke speech therapy.

Ada yang menambah ilmu di internet berkenaan speech delay.

Ada yang pergi ke program seminar atau bengkel untuk ibubapa.

Tak kurang juga yang pergi berjumpa bomoh. ➰

Tapi bagi sesiapa yang pernah cuba dapatkan appointment, *anda tahu bahawa jadual terapis padat dan anda perlu tunggu berbulan-bulan sebelum boleh mula jumpa untuk kali pertama*.

Ini kerana sememangnya ramai individu yang mengalami masalah bertutur.
❌Bukan budak-budak saja yang lambat bercakap.
Orang tua yang terkena stroke juga susah bercakap. Begitu juga yang pernah kemalangan jalan raya. ➕

🛑Jika anak anda telah berusia 2 tahun, tapi anda hanya dapat mula jumpa speech therapist apabila umurnya dah 2 tahun 3 bulan.

Ada yang anaknya dah 3 tahun, masih belum berjumpa therapist lagi.

_Walaupun speech therapist ada kemahiran untuk ajar anak anda bercakap, tapi anda hanya dapat jumpa dalam sesi 1 jam saja_

🔍 Dalam tempoh 1 jam, anda ingat anak anda terus boleh cakap?
(📏)

Sebenarnya speech therapist menilai tahap anak anda dan seterusnya *menunjukkan kepada anda teknik yang sepatutnya digunakan*

❇ Jadi anda sebagai ibubapa perlu tahu apa yang boleh dibuat untuk terus melatih anak anda di rumah🏠🏘

Kalau anda jumpa therapist setiap minggu pun,

*tapi anda tak usaha untuk latih sendiri di rumah*🏠

anak anda tetap tak progress juga. 😐

1) Kenalpasti masalah anak anda.

2) BERTINDAK segera!

Ada yang susah sangat nak bertindak. Maka anda berdepan dengan risiko anak masalah pembelajaran.

Sesungguhnya bertindak awal adalah jauh lebih berguna daripada menanggung risiko yang tak pasti.

Ramai yang bertanyakan  tips melatih anak di rumah.
📱. Banyak dah tips saya tulis secara percuma

Kalau ada beribu tips pun,

tapi anda masih berada dalam zon selesa, anda tetap takkan mula bertindak

_Melatih anak bercakap memerlukan perubahan dari semua anggota keluarga_👨‍👩‍👦‍👦

Bercakap melibatkan komunikasi anda setiap hari.

Pada saat anak anda bangun pagi, mandi, makan, naik kereta….sehinggalah dia tidur.

Tapi kalau anda membiarkan setiap saat itu dalam zon selesa anda, _maka anak anda takkan ada apa-apa perubahan_

Kesan tablet telefon pintar kepada perkembangan skill pertuturan bayi

[ALERT] Kesan Tablet & Telefon Pintar Kepada Perkembangan Skil Pertuturan Bayi
----------------------------------------------

Terkini, penyelidik telah berjaya membuktikan kesan langsung akibat penggunaan tablet/ telefon pintar kepada perkembangan kanak kanak.

Menerusi kajian tersebut, pengkaji mendapati kanak kanak kurang 2 tahun yang di dedahkan kepada gadget tersebut akan mengalami masalah perkembangan pertuturan.

Penyelidik dari University of Toronto mendapati bagi setiap 30 minit masa di luangkan oleh kanak kanak kepada skrin, ia akan meningkatkan risiko masalah perkembangan pertuturan sebanyak 49 peratus.

Walaupun garis panduan mencadangkan mengehadkan masa skrin untuk bayi dan kanak-kanak telah dikongsikan kepada masyarakat, masih ramai ibu bapa yang memberikan tablet kepada kanak kanak kecil dan di gunakan tanpa kawalan dan had.

Kajian ini melibatkan hampir 900 kanak-kanak berusia antara enam bulan dan dua tahun dan telah dibentangkan di San Francisco.

Selain itu, satu kajian  oleh University College London mendapati bahawa pendedahan kepada skrin juga boleh memberi kesan kepada waktu tidur bayi, dan mungkin membahayakan perkembangan otak.

Para penyelidik percaya bahawa cahaya biru daripada skrin boleh mempengaruhi perkembangan otak dan mengganggu irama circadian manakala rangsangan yang disebabkan oleh kandungan permainan atau program boleh menyebabkan rangsangan psikologi dan fisiologi.

Berikut merupakan Panduan Pendedahan Media Digital/Gadget Kepada Kanak Kanak yang pernah di kongsikan oleh PHM

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1712358955720636.1073741828.1712327752390423/1866019863687877/?type=3&theater

Rujukan

http://www.telegraph.co.uk/science/2017/05/04/tablets-smartphones-damage-toddlers-speech-development/?WT.mc_id=tmgoff_fb_tmg

Jangan paksa anak duduk diam

Jangan Paksa Anak Duduk Diam 24 Jam. Ibu Ayah Kena Faham Proses Perkembangan Anak Ikut Fasanya

Trend ibu bapa muda sekarang sentiasa mahu anak mereka jadi cepat pandai dan boleh duduk diam tak payah 'explore' sekeliling sebab nanti letih nak kejar mereka.

Sudahnya ramai anak-anak kecil yang memang boleh duduk diam masa makan di restoran sebab masing-masing khusyuk tengok cerita kartun di 'handphone' ibu atau ayah.

Selesa nampak ibu dan ayah boleh makan dengan tenang tanpa 'gangguan' dari si kecil. "Eh, semua orang buatlah."

Lagi satu, ibu bapa sekarang juga 'gila' nak suruh anak mereka cepat pandai. Masing-masing berlumba nak anak pandai membaca sejak usia bayi lagi. Sudahnya anak yang jadi mangsa paksaan hingga mengganggu fasa perkembangan mereka secara berperingkat.

Power tp beri kesan🔥🔥
Sy suka teguran mcmne?bagaimna anda....

Penerangan daripada Puan Liyana Raya, seorang Jurupulih Perubatan Cara Kerja (Occupational Theraphy) di facebook beliau diharap boleh membuka mata semua ibu bapa supaya lebih faham tentang perkembangan normal anak.

"Puan,anak (in between 2-4 tahun) susah nak fokus bila buat aktiviti...macam mana nak buat ye?"

Ni soalan paling susah saya nak jawab. Kadang2 saya "face palm" muka saya sendiri sebab pelik kenapa nak awal sangat anak fokus dan duduk diam mcm kita????????

Buka minda luas2,tarik nafas dalam2 tentang apa yang saya nak cakap ni.

Proses tumbesaran anak

*PROSES.....setiap benda ada PROSES utk dapatkan sesuatu hasil*

Budak,bukan terus keluar jengah dunia,terus dapat jadi macam kita yang macam orang dewasa ni.

Adakah budak....asal keluar je dari perut kita terus boleh bercakap, membaca, menulis, pakai baju, basuh pinggan mcm kita?? Ada ke? Secara fitrahnya,takde kan?

Benda fokus tak fokus yg asyik dok bermain dalam fikiran kita ni hanyalah satu persepsi dan mainan perasaan semata-mata. Sebab apa? Sebab kalau boleh,kita nak anak ni duduk diam2 sebab kita pun nak buat kerja kita,nak berehat,nak ada ''me time''..

Kanak2 ni parents....fitrahnya mereka untuk meneroka. Mana ada budak yang boleh duduk diam. Kalau ada budak keluar2 dok diam,kena cepatlah bawak pergi check sebab ianya sudah 'melawan' fitrah manusia.

Kanak2 kena melalui fasa perkembangan yg wajib ada pada diri kita sebagai manusia biasa iaitu

SENSORIMOTOR DEVELOPMENT atau PERKEMBANGAN SENSORIMOTOR

Kalau perkembangan sensorimotor ni tak lengkap, ada istilah Sensory Processing Disorder.

Sebab tu saya menentang sekeras-kerasnya kaedah membaca untuk kanak2 di bawah usia 2 tahun. Sensory Processing Disorder ni kalau tak kena kat anak anda tak apa,tapi kalau kena kat anak orang lain?

Kdg2 saya geram juga....apa yang saya cakap,seringkali tidak dipandang endah sedangkan setiap tahun saya dan therapist lain menerima rujukan utk kes kanak2 yang developmental delay yang _kebanyakannya berpunca daripada proses perkembangan sensorimotor tidak berjalan dengan baik_ dan ianya semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Setiap satu tadika kini boleh dikatakan sekurang-kurangnya ada seorang dua kanak-kanak yang tidak boleh mendengar arahan,berkomunikasi dengan baik,dan mempunyai tingkah laku sukar untuk dikawal.

Dah kalau dari kecil diajar duduk untuk membaca,tengok TV,tengok gadget time makan,time tidur...time kita nak berehat...memanglah jadi begitu.

*Tapi bila bagi main benda kotor,kita kata geli...bila anak nak memanjat,kita risau jatuh*....

Nilah dia sikap parents zaman skrg yang sebenarnya memusnahkan proses perkembangan anak itu sendiri. Semua nak cepat...nak anak cepat belajar,nak anak cepat pandai,nak anak cepat duduk diam,nak anak cepat jalan,cepat itu,cepat ini....

Tetapi PROSESnya tak nak lalu sendiri...

"Susah kalau nak ikutkan kehendak anak nak lari sana sini,boleh semput saya dibuatnya": No komen. Ni jawapan paling malas saya nak layan. End up saya mmg tak reply dah. Sorry ya.

Proses perkembangan sensorimotor yang utama yang WAJIB anak lalui dan anda berikan kpd anak2,paling penting untuk usianya 0-4 tahun adalah:

1.Anak2 kena diberi pendedahan terhadap setiap tekstur yang ada di sekeliling merekabukan sahaja kpd kulit badan malah *terhadap mulut* juga. Tekstur ni faham tak apa?

Tekstur lembut,berpasir,keras,kasar,berbulu,suhu panas dan sejuk,licin...tekstur makanan termasuklah yang crunchy,yang chewy,yang lembut,keras,juicy,ada rasa masam,manis,masin,pahit,tawar,pedas and so on.*

Ni semua rangsangan tau.

*Kalau tak bagi,sistem otak takleh berfungsi*

⁉ Faham ke tak faham?

Sebab tu jangan obses sangat dengan flashcards. Flashcards takde semua bentuk rangsangan ni.

🚩 Bagi benda real depan mata. Buah epal dalam gambar mana sama dengan buah epal yang sebenar. Kalau ajar anak 0-4 tahun huruf A,kalau dia tak kenal lagi,rileks sudah.

🚩 A secara real tak melambangkan apa2. Sebab tu kdg2 berpuluh kali ajar,anak tak reti terus dah stress sebab anak tak pandai lagi. *Padahal diri sendiri yg buat benda 'melawan fitrah' anak*

.L💭💭epas tu cakap anak tak fokus. Apakah?????⁉⁉⁉⁉

Bila kita bagi rangsangan terhadap kulit dan mulut yang betul,secara automatiknya otot2 anak bergerak.

Ini _respon yang otak berikan setelah semua pemprosesan tadi berlaku dalam otak_

Contohnya bila otot mulut bergerak,baru mudah anak nak bertutur dengan baik. Tapi benda ni takkan dapat dalam sehari dua,maka BERSABARLAH.

➕➕➕➕➕Yang penting,kita beri secara konsisten.

2.Kanak-kanak suka nak bergerak.

Ada masalah ke nak bagi anak bergerak??? Lagi lama mereka bergerak,lagi baguslah sebenarnya.....

Pergerakan anak ni sebenarnya banyak merangsang proses yang kita sendiri tak nampak dengan mata kasar.

🔴Bila anak bergerak,sistem keseimbangan badan dirangsang,sistem penghantaran maklumat antara otak kiri dan kanan berlaku dengan pantas, sistem penglihatan membantu proses visual perceptual berlaku dengan baik,sistem daya tumpuan dalam otak menjadi kukuh,sistem otot dan sendi menjadi kuat dan ada endurance (ketahanan)....jadi bila lagi lama kita latih anak untuk bergerak,ketahanan otot dan sendi akan menjadi semakin kuat,anak akan mudah untuk duduk diam. Lagi sekali *Proses ini bukan anak akan dapat dalam sehari dua*

Ada anak,pada usia 5 tahun,apabila sudah dirangsang elok sistem pergerakan badannya,dia akan mudah duduk diam dan fokus pada tugasnya.

Ada anak,kadang2 proses dia nak bergerak tu lama......sampai usia 7 tahun pun belum tentu boleh duduk diam dan fokus,ada masanya sampai usia akil baligh baru nak duduk diam.🔴

Tapi sampai bilalah nak berkejaran dengan anak2 ni kan? Tak payah risau....aktiviti fizikal ni bagi je anak ke taman permainan sama ada indoor atau outdoor.

Antara rajin dan tidak je✖ kita nak buat semua ni sebenarnya...Bagi anak yang lasak,boleh challenge dirinya dengan membuat aktiviti hiking, masuk hutan, rock climbing dan sebagainya. Tapi janganlah sampai suruh mereka memanjat signboard "IPOH" yang besar tu pulak.

Kalau nak suruh boleh,tapi make sure safety measurement dan surat kebenaran kena ada la kan.Haha

Anak yang tak belajar lagi utk bermain bola⚽,ajarkan.

Dengan sebiji bola, kita boleh membaling,menangkap,menendang,menampar dan sebagainya.

*Pilih satu sukan utk anak libatkan diri dan tiada salah utk ajarkan skills nya sebab ianya merangsang segala benda yg saya cakap kat atas tadi*

.Badan sihat,otak cerdas.

🤢 Kalau asyik duduk dalam rumah je,bila masa badan nak sihat dan otak nak cerdas?

Kalau kita boleh main golf,ajarlah anak main golf. Kalau tak boleh sangat,dah kalau anak nak berlari juga....pergilah ke taman tasik,buat aktiviti berjogging dan berlari sama-sama.

😜 Kalau kita pun malas,jadi anak pun malas....janganlah disalahkan anak.

*Bergerak tidak menjadikan anak nakal*

Anak yang lasak seringkali disalah tafsirkan sebagai anak yang nakal.
Menumbuk adalah satu bentuk bermain dan ada sesetengah negara bagi ruang utk anak buat 'fighting play' atau 'pillow play'.
Ini benda normal. Anak yg nakal adalah mereka yang melakukan perkara2 yang dilarang dalam agama dan masyarakat.

*Selagi mana anak2 ini tidak melakukan perkara yang dilarang,selagi itulah pergerakan yg mereka lakukan adalah sah*

Anak yang bergerak tanpa arah tuju,berikan "arah tujuannya".

Angkat dan letakkannya di atas papan gelongsor,buaian dan jongkang jongket. Kalau anak takut,jangan risau
➕.Beri masa.
_Inilah prosesnya_.Janganlah mengalah.

Ni dah kira panjang lebar sangat dah saya bagi penjelasan utk ajar
*anak supaya jadi fokus*.
Tak ada proses yang mudah utk buat anak fokus. Jangan pernah melawan fitrah perkembangan anak.Risau nanti lain pula jadinya. Mungkin dari segi perkembangan yg kita lihat pada mata kasar ni jadi sempurna eloknya di awal usia,tetapi di pertengahan usia mereka lain pula jadinya. Ada banyak kes anak yg sudah dibiasakan menjadi pandai sejak kecil, menjadi "down" terus ketika sudah besar, Tiada motivasi utk belajar. Kerana sentiasa diharapkan utk menjadi pandai sehingga tekanan dtg dalam banyak bentuk-cikgu force kan utk dijadikan kebanggaan sekolah la,tak dapat terima bila dapat markah rendah dan sebagainya.

Nabi pun mula membaca di usia Baginda mendapat wahyu
. Anak kita? Belum boleh jalan lagi sudah disibukkan utk membaca walhal Nabi,ketika proses membesar,banyak membesar dengan memikul tanggungjawab diri dan hidupan di sekeliling Baginda.

Sumber: Liyana Ry
Copy

Fokus

KUASA FOKUS
(Daya tumpuan)

Kalau kita fokus pada bunga.
.kita akan nampak bunga.

Kalau kita fokus pada kumbang kita akan nampak kumbang

Apa yang kita fokus
*akan masuk dalam minda  kita dan diproses untuk tindakan yang seterusnya*

Fokus yang salah akan menyebabkan tindakan yang salah juga✖

Dalam solat,🕌
Jika tiada fokus dan tidak khusyuk,

maka kita dikategorikan sebagai lalai di dalam solat

.Oleh sebab itu, kuasa fokus ini tidak boleh dipandang mudah atau dianggap tidak penting

Mereka *yang berjaya hanya fokus kepada satu atau beberapa perkara sahaja sehingga mereka menjadi pakar dalam bidang yang mereka ceburi* & yg mereka ambiltahu serta buat.

Dengan fokus, impian kita akan menjadi lebih jelas dan dapat direalisasikan

Jangan salah Fokus😄

Sbb tu
Fokus pd ank jugk boleh membuat mereka tumpu
Dan fikir

Fokus belajar vs fokus game

“KENAPA ANAK SAYA TAK BOLEH FOKUS BELAJAR?
EXAM DAH DEKAT. SEBAGAI IBU, SAYA SANGAT SUSAH HATI”
----------------------------------------------------------
“Kenapa anak saya belajar 10 minit je lepas itu dia mula bosan?”
.
“Kenapa bila main game boleh pula di fokus berjam-jam?”
.
.

.

Nak tahu kenapa??? Teruskan baca cerita dibawah
rekaan

ANAK SAYA HANYA FOKUS BEBERAPA MINIT
---------------------------------------------
Kisah bersama anak (10 tahun) klien saya yang dikatakan ada masalah tidak boleh fokus belajar.

saya   : Bagaimana puan tahu anak puan ada masalah fokus?

ibu    : Anak saya tidak boleh belajar dalam waktu yang lama. Paling lama hanya beberapa minit selepas itu dia akan hilang dari tempat dia belajar. tapi bila main game nahhh 5 jam pun dia boleh fokus. ini yang buat saya pelik.

saya    : berapa minit tu berapa lama maksud puan?

ibu       : Paling lama pun 15 minit jer.

saya    : Yang puan harapkan berapa minit?

ibu     : Saya mahu dia fokus belajar paling kurang 1 jam.

saya     : ohh 1 jam. Biasanya berapa lama anak puan boleh fokus bila main game?

ibu     : Paling kurang 1 jam dia boleh fokus main game. kadang sampai 2 jam.

saya     : Ini maknanya, anak puan memang boleh fokus dengan baik kan.

ibu     : (termenung sekejap) …….. betul juga tu.

saya     : Kenapa ya, bila belajar fokus dia sekejap dan bila main game fokus dia lama?. Puan rasa sebab apa?

ibu     : Saya rasa sebab main game lebih seronok dari belajar. Begitu ke?

saya     : Ya puan. Anak puan bukanlah menghadapi masalah tidak boleh fokus belajar, masalahnya adalah MINAT. Game lebih menarik minat dia manakala minat dia pada belajar sudah mula pudar. Dia mula rasa belajar itu tidak seronok dan membosankan.

Isunya bukan lah soal BELAJAR tapi.......🕯
> Bagaimana cara dia belajar?
> Apakah cara dia belajar *menyeronokkan*?
> Apakah *emosi dia waktu dia belajar*?
> Bagaimana suasana dia belajar?
> Apakah *waktu dia belajar sesuai dan merangsang untuk dia fokus?*
.
Semua ini akan menentukan tahap *MINAT* dia pada belajar.
----------------

Apa yang boleh kita belajar dari kisah diatas ?
fikir…
fikir…
fikir…
.💡💡💡🔦
.
.
.

.
.

.

copy

6 tip ibu ayah

6 Tip menarik buat ibu ayah sekalian
-----------------------------------

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah.
Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.
(Ni sy buat.😉)

Sumber : Azhar Ghazali
Cpy

Terapi bermain kanak-kanak

TERAPI BERMAIN/PERMAINAN DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
---------------------------------------------------------

Antara 3 deria yang utama dan penting dalam perkembangan normal kanak-kanak adalah rangsangan sentuhan, otot dan sendi dan keseimbangan badan.
.

Sebab itulah penting untuk kanak-kanak berlari, memanjat, berpusing, supaya deria ini dapat distimulasikan.
.

Untuk kanak-kanak, dengan bermain membolehkan mereka belajar dan meningkatkan skil yang perlu untuk daya tumpuan, perkembangan dan interaksi sosial.
.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama dengan anak-anak :

SENTUHAN :-
- pijak rumput tanpa kasut
- main pasir, beras
- main belon dalam besen air
- main bedak talkum
- sentuh kertas pasir
- letak guli banyak- banyak dalam bekas plastisin
- uli tepung

PENDENGARAN :-
- bisik-bisik berbisik (beratur sampaikan mklmt)
- teka bunyi binatang (ayam berkokok,kucing,itik,lembu kambing dan lain-lain yang biasa didengari)
- adakan sesi bercerita bersama anak (tiada had topik)

BAU :-

- letakkan dalam tupperware bertutup,teka bau apa :
limau,bawang, serbuk kari,teh, kopi

RASA :-

- letak dalam bekas, teka rasa apa :garam, gula, serbuk kopi,asam keping

Ini hanya lah contoh daripada saya.
Ibubapa boleh gunakan kreativiti masing-masing dalam memilih aktiviti mengikut jenis diatas.
.
.

Permainan sensori adalah sangat menyeronokkan dan tidaklah susah untuk anda aplikasikan bersama.
.

Beberapa tips untuk memastikan anak anda mendapat Sensory Play dan sensory aktiviti sebanyak yang mungkin.
.

- Mengehadkan masa bersama gadget.

- Menggalakkan anak anda untuk tolong bersama dalam penyediaan meja makan, atau kerja rumah yang mudah.

- Melawat taman permainan.

- Menggalakkan mereka berlari, memanjat, berpusing, menaiki basikal, untuk mengaktifkan sensori otot dan sendi, juga keseimbangan badan.

- Dan yang paling penting, biarkan kanak kanak mengkaji persekitaran mereka menggunakan

deria rasa mereka yang ada untuk meningkatkan daya imaginasi, berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah dan mengkaji solusi sendiri....

Latih 2 peekataan

Isu anak lambat bercakap ni kebanyakannya sama sahaja.

Mereka mempunyai banyak kosa kata tetapi tidak tahu bagaimana bercakap ayat 2 perkataan.

Selain itu kebanyakan perkataan yang dia tahu adalah kata nama – epal, bola, cawan, dadu, nama orang, nama tempat.

Kebanyakan input kata nama diperolehi dari flashcard, buku ataupun video lagu ABC. Jadi kata nama ini ✖tiada ‘kawan’ untuk _gabungkan perkataan itu_

Jadi untuk mengatasi masalah ini, kita perlu buat aktiviti untuk melatih anak membiasakan diri  menyebut 2 perkataan.

➕ Dan untuk tujuan itu, anak perlukan lebih banyak kosa kata berbentuk

🔴 kata kerja dan🔴 kata sifat.

Kata kerja seperti makan, minum, mandi, lari, lompat yang banyak digunakan dalam kehidupan seharian akan diterapkan dalam aktiviti ini.

Kata sifat yang kebiasaan dekat dengan anak pula seperti cantik, wangi, panas, sejuk dan nama-nama warna.

Barulah anak dapat gabungkan kosa kata nama dengan kata kerja atau kata sifat yang sesuai.

🚩 Itulah asas untuk anak boleh menyebut 2 perkataan.

Cth:

Tunjuk pada gambar budak,

sebut nama anak atau saya.

✋🏻Tunggu anak ikut.💭

Tunjuk pada gambar makan, sebut makan.

Tunggu ? anak ikut.


Kemudian tunjuk gambar budak dan teruskan melalui anak panah ke gambar makan.

Sambil tu sebut

‘saya makan’. Ulang beberapa kali hingga anak sebut ‘saya makan’.➕➕➕➕➕

Bila anak sudah sebut ayat yang pertama, ulang langkah yang sama untuk gambar main dan mandi.

Buat setakat anak mampu ikut.

Jika anak menolak berhenti dan sambung semula bila anak bersedia.

Aktiviti ini boleh dilakukan menggunakan pelbagai kaedah seperti kad-kad kecil atau menggukan kad berpelekat velcro. Asalkan anak bersedia untuk belajar. Dari masa ke semasa tambah lagi kata kerja dan kata sifat lain.

📝Ada pelbagai lagi kaedah untuk membuat aktiviti sebegini ,jika anda lebih kreatif👍🏻

Wednesday, August 23, 2017

Komunikasi anak Speech delay

Jangan tanya d luar konteks anak
Bukannya menyebut sesuatu yang diluar konteks daya tumpuan anak anda pada situasi tersebut. Contohnya, tiba-tiba saja ibu kata kepada anaknya, “Ingat dak Tok Wan mai rumah hari tu bawa buah apa?” Atau ada pula ibubapa yang mengajar, “B untuk bola, C untuk cawan”.

Jika anak anda tidak mengalami speech delay, anda boleh saja untuk bercakap sedemikian rupa.

Tapi jika anak anda ada isu speech delay, maka *tukar sedikit teknik melatih anda*

❌“Salah ke saya ajar anak ABC?” Persoalannya ialah, pada waktu ini anda target untuk

Anak boleh bercakap atau untuk boleh membaca?

Adakah anda nak anak anda boleh menyebut A-Z, atau anda nak anak anda boleh bersembang bercerita seperti rakan sebayanya?  soalan itu supaya ibubapa berfikir, apakah yang anda nak dari anak anda yang sebenarnya?

Jika anak anda telah berusia 2 tahun dan masih tidak bercakap, maka segeralah bawa anak berjumpa mana-mana speech therapist berhampiran.

Persiapan sebelum mengajar anak kecil

Persiapan sebelum mengajar.

Mesti kena ada target.🛑

Mesti ada bahannya atau kaedahnya. Mesti ada ganjarannya.

Masalah yang selalu berlaku ialah, tiada target khusus.

Cuma terfikir ‘nak ajar cakaplah’ dan kaedahnya ‘sambil-sambil’. Ganjaran pula….’apa-apa sajalah’.

byk beli toys,berus yang dibeli, ada pula puzzle bermacam jenis dan ada pula manik bertali….macam-macam.
Tapi untuk ajar bercakap, modalnya apa? Takkan air liur saja kan?

Ibubapa mesti fikirkan, apa target anda

. Nak ajar anak bermain?
Nak ajar anak kenal anggota badan?

Nak ajar anak buat bunyi-bunyi binatang?
Nak ajar anak panggil ‘mama’?
Nak ajar anak main bergilir?
Nak ajar anak ikut arahan?
Nak ajar anak jawab soalan?
Nak ajar anak sebut ‘nak lagi’?
Nak ajar anak sebut ‘dah habis’?
Nak ajar anak sebut ‘sebab…’?

Dari *target itulah ibubapa fikirkan apa bahan*
yang sesuai untuk mengajar anak anda.

ada trget,baru fikir bahan yg nak d gunakan
KALAU TIDAK ASYIK CKP,BYK DH BELI TP ANK XCKP JUGK,ank buang je mainan sb kita suka longgok semua depan dia.

Flash cards, poster, buku, mainan (haiwan, buahan, kenderaan, masak-masak, bola, Lego), kertas A4 & pen dan sebagainya bergantung pada tahap anak masing-masing.

Bagaimana pula dengan ganjaran?

Ada anak yang cukup sekadar pujian ‘pandai!’. Ada pula yang nak token (sticker, cop, guli, batang mancis, kayu ais krim, dll

Kesimpulannya, pastikan ibubapa ada
1) Target
2) Persiapan bahan mengajar
3) Persiapan ganjaran
4) Peka pada peluang interaksi
5) Membuat jangkaan yang realistik

Anak kecil cerdik

Kajian mendapati, untuk memperolehi anak yang lebih pandai, cerdik dan positif perlu rangsang otak kanak.

Sebab apa?❓

  Ini kerana daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory). Otak kanan adalah lebih efektif berbanding otak kiri yang daya ingatannya bersifat jangka pendek (short term memory).

Tetapi bagaimana? Salah satunya ialah melakukan
🔘aktiviti yang menggunakan jari jemari👐🏻.

Ini kerana *gerak kerja tangan adalah hasil daripada rangsangan otak kanan*.

(menulis,pasang lego,pasang manipulative toys,cucuk manik,cucuk benang,zipkn bju,button kn bju,koyak kertas,sepit bju,pukul bola (toys)
picit,tekan ,tekaP doh
ikat tali kasut,perah span,baling ,tangkap,pasang skru,tekan uyk cantumkn toys,finger prints,dan sebagainya......)

klu nak senang,bagi je Hp..kita pun relax.
lepastu jgn salahkan si kecil yer....😞

Fokus bermain

🔴 bagaimana untuk meningkatkan fokus anak semasa belajar dan mengurangkan keinginan untuk bermain.

Erkkk. Ini bermakna ramai ibu bapa dan guru masih *belum faham konsep fokus dan bermain*

Fokus bukan hanya ketika belajar.

Fokus ketika bermain pun sudah satu kejayaan . Hehe.🔎

Bermain bukan perkara sia-sia

. Dengan bermain anak-anak belajar.
Jadikan permainan mereka lebih *menyeronokkan untuk meningkatkan fokus*

Kita sebagai orang dewasa pun tidak suka dipaksa bukan. Hehe.😆
toing toing😅

Jenis permainan merangsang perkebangan otak anak kecil

Jenis permainan yang merangsang perkembangan otak kanak-kanak 0-6 tahun.

1) Free-play
Kanak-kanak sendiri memilih apa yang mereka mahu main. Kita sebagai pendidik penyediakan ruang, bahan dan alat untuk mereka bermain. Bermain bebas akan dapat melihat kecenderungan kanak-kanak dengan sesuatu kecerdasan.

2) Manipulative play
Kanak-kanak memanipulasi bahan menjadi pelbagai bentuk dan hasil.

3) Physical play
Melibatkan penggunaan motor kasar dan motor halus.

4) Language play
Menggalakkan komunikasi antara pendidik dengan kanak-kanak seperti bercerita, menyanyi dan berdrama.

5) Sensorial play
Permainan yang melibatkan penggunaan deria.

6) Creative play
Permainan yang menggunakan imaginasi dan rekacipta.

7) Cognitive play
Permainan yang menggunakan minda untuk berfikir secara logik dan awal matematik.

Pastikan aktiviti yang kita buat memberi ruang untuk kanak kanak berfikir💡

Kita.... Kena rajin berfikir untuk buat aktiviti yang membolehkan dia berfikir.

Pastikan dalam aktiviti rutin juga ada peluang utk anak anak berfikir

Warna dan anak kecil

COLOR 💜💙💚💛❤ 💚💛💜💙❤

Ramai antara kita yang lihat mengenal warna dalam kalangan kanak-kanak adalah perkara biasa.

Sebenarnya mengenal warna adalah salah satu perkara yang sangat penting dalam sub perkembangan kognitif kanak2.

Kenapa sangat penting?
Ya, sebab dalam proses mengenal warna ada peringkat2nya.

Bukan terus pandai mengenal dan boleh menyebut nama warna tersebut. Jika kita buat mengikut peringkat yang betul, barulah anak2 tidak berasa seolah-olah tertekan dan sukar menerima.

Jom kita tengok peringkat2 tersebut :

Stage 1 - sort colors.💜
Kanak2 yang berumur 2 tahun, sudah boleh sorting colours, iaitu pandai membezakan warna benda dan mengasingkan benda tersebut mengikut kumpulan warna yang sama.

Contohnya - 20 biji butang baju yang berlainan warna (merah,hijau,kuning,biru) diletakkan bersama di dalam 1 bekas, kemudian minta anak untuk asingkan butang tersebut mengikut warna. Jangan lupa untuk tunjukkan contoh dekat anak ya.
Jadi, jika dia boleh lakukan bermakna dia lulus peringkat pertama.

Stage 2 - matching colors.💙
Peringkat "match colors" sepatutnya sudah dikuasai oleh kanak2 berumur 3 tahun. Keupayaan untuk suaikan dua benda yang berlainan tetapi mempunyai warna yang sama.

Contoh situasi -

Anak sedang bermain lego/block yang berwarna-warni, Kita tanya anak - "Amar tunjukkan lego mana yang sama warna dengan tudung ibu" . Sambil tunjuk tudung kita yang berwarna kuning. Kemudian, Amar respon dengan mengambil lego berwarna kuning. Jadi, Amar boleh suaikan warna lego dengan warna tudung, iaitu kuning .💛

Harus ingat bahawa peringkat ini, kanak2 belum pandai menamakan warna.

Stage 3 - identify colors.
Peringkat ini kanak2 berumur 4-5 tahun sudah boleh kuasai kemahiran identify colors.
*identify colors* menunjukkan kanak2 sudah tahu itu warna apa tetapi dia belum boleh untuk menamakan warna. 

Contoh situasi - anak sedang bermain lego, kita tanya anak "Alisha, bagi ibu lego warna merah". Kemudian, Alisha ambil lego warna merah dan bagi pada ibu. Selepas beberapa minit kita tanya anak,  "Alisha, lego ini warna apa?" . Alisha tidak dapat beri jawapan.
Ini bermakna, Alisha masih di tahap IDENTIFY COLOR.

Stage 4 - naming the colors💚
Ini adalah peringkat terakhir dalam COLOR RECOGNITION.
Jika anak ditahap ini, baru kita boleh cakap anak kita sudah kenal warna. Dia boleh jawab pertanyaan kita , "kerusi itu warna hijau"

Selalunya umur 5-6 tahun kanak2 sudah berjaya ditahap ini. Bergantung kepada tahap perkembangan mereka dan pendedahan warna kepada mereka.

Jadi, cuba kita uji anak masing2 (lingkungan umur 2-6 tahun) anak anda sudah berada di tahap mana..? Jika mereka belum dapat peringkat yang sepatutnya, jangan risau

Mula praktis dari sekarang bermula dari peringkat yang belum boleh dicapainya.

×warna warni kehidupan×××××

Formula fokus

Formula fokus
bahan mudah🔳
(Daya tumpuan )

Lacing
➰ikut la ada yang guna shapes, animals, fruits, campur-campur @ yang gunting straw warna warni

(Cabaran: memang anak tak nak buat,  sebab dia tak pernah pun di dedahkan)

Sticker
(Tampal sticker)
Sama juga, boleh cari yang colour, atau yang ada kata nama
(Kalau nak ajar suku kata, membaca, kenal abc)
+cari lah sticker abc

➕penyepit baju
Boleh juga apply
Suruh sepit cebisan kertas (boleh cari carboard yg keras dulu)
Sepit tepi tapawe

Ni yg biasa kita guna
Tak susah kan?"
Cuba kalau yg tak suka, mulakan hanya masukkan 2 _3bead lacing dahulu, tak perlu push suruh siapkan sekaligus...

Jangan longgok depan anak, tetapi bermain😉

Bukan main main😅

Tuesday, August 22, 2017

Anak 2 tahun

Kita Rasa Anak Sengaja Mencabar Kita, Sebenarnya Tidak
==============================

Usia anak 2 tahun biasanya sangat 'musim panas'.

Macam-macam dibuatnya. Kadang tak tertahan, ada ibu bapa akan tercubit, terhukum dan macam-macam lagi hukuman diberi di atas tingkahlaku 'salah' pada mata dewasa kita.

Sebenarnya, untuk disiplin kan anak, ia perlu dilatih berpanjangan seiring usianya. Maafkan bagi anak usia bawah 3 terutamanya. Mereka tak akan salah apa-apa pun. Cakap pun dia tak akan faham kecuali bila dah tiba masanya.

Caranya?

Latih berterusan dengan sabar, sambil beritahu dan tunjukkan caranya, model kan, 6 bulan kemudian anak akan mampu capai tahap KPI anda.

Contoh latih makan tak tumpah, saya rasa orang dewasa pun masih makan tumpah-tumpah lagi kan😂😂

Jadinya jika masih tak capai KPI bermaksud kita belum cukup latih dan dia belum cukup faham maksud kita. Untuk faham tu, otak kiri tu usia dalam 3, 4 baru mula nak faham dan matang sikit-sikit. Itu pun tengok juga la kes individu.

Fasa 1 tahun lebih ni Khairunnisa' pun selalu ber eksperimen, Kelihatan 'selamba' /'sengaja' tuangkan kuah dari mangkuk ke lantai, atau main pindah-pindah cecair macam sup, air minuman dari satu bekas ke satu bekas.

Cakap saja ulang-ulang, ini makanan bukan untuk dimain, nanti air boleh main di bilik air masa mandi ya.

Real situasi, di tandas memang puas main air dan sediakan mainan untuk aktiviti pindah pindah air di bekas bekasnya.

Tips utama, silalah bawa ke luar rumah dan anda akan rasa ok untuk segala aktiviti bijak super mereka ni.

Elakkan menghukum.

Kita tak mahu dalam fikirannya, oh salah bila aku tuang air ke lantai. (sedangkan tadi aku sebenarnya nak tengok aja apa jadi bila aku tonggeng bekas ni). Hakikatnya mereka tak da skrip macam ni nak explain ke kita sebab kemampuan bahasa memberitahunya belum tercapai lagi.

Oh, tak naklah cuba lagi. Nanti kena hukum. Nanti kena buang. Tak faham lah. Mak tak sayang aku ke.

Erikson theory, kanak-kanak usia 1.5-3.0 akan rasa ragu-ragu untuk mencuba cuba lagi. Nak ke anak usia dah masuk sekolah nanti sikit-sikit takut nak cuba. Sikit sikit takut nak cuba. Yalah takut salah/silap. Sedangkan dulu kita la yang kerap tak bagi itu ini.

Kolberg's Moral Theory, bayi/toddler tak tahu beza antara betul dan salah, mereka hanya nak elak hukuman. Besar sedikit baru buat sesuatu sebab nak kejar reward.

Jadi kalau anak tu belum matang dan buat aja tanpa lihat kita dahulu, jujur sebenarnya mereka tak tahu itu salah. Jika tahu salah memang mereka tak akan buat siap-siap sebab mereka kan nak elak hukuman.

Jadi elakkanlah menghukum anak kecil atas sesuatu yang dia tak tahu itu salah. Beritahu sahaja ulang-ulang apa yang betul dan salah. Jika terbuat, anda perlu balut semula kefahaman dan luka emosinya iaitu Rasa 'dibuang' sebentar tadi atas sesuatu yang dia tak tahu itu salah, dengan bahasa mudah dan ia memang makan masa berbulan kadang bertahun.

Time out?

Terpulang. Pada saya usia sesuai Time out ialah 4 ke atas. 4 minit untuk 4 tahun. Usia tu dah jelas salah silap dan boleh komunikasi kan semula maksud hukuman dan seriusnya ibubapa marah atas tingkahlaku mencabar mereka.

Ibu bapa terlalu memahami anak

👨‍👩‍👧‍👦 ibubapa yang TERLALU memahami anak anda.

Bagaimana pula ini dikatakan sebagai cabaran?

Anda dah biasakan dia dengan rutin harian, anda dah faham isyarat dia dan tingkah lakunya

. Anak tarik tangan anda ke botol susu, secara automatik anda pun buat susu, bg dia susu. Senyap…😐

Anak tarik tangan minta buka laci, anda pun automatik buka laci, ambil biskut, bagi dia sekeping. Senyap….😑

Nampak tak? Kerana terlalu memahami, anda lakukan segalanya secara spontan.

Sedangkan seharusnya ada ruang interaksi di setiap cubaan anak untuk mendapatkan perhatian ibubapa.

“Dah jenuh dah saya ajar dia ‘SUSU! SUSU! tapi dia tak ikut sebut pun.”❌

cabaran berikutnya iaitu ibubapa meletakkan jangkaan yang tidak setaraf dengan tahap anak.

Jika benar anda memahami tahap anak, adakah dia berada pada tahap meniru sebutan? Atau baru peringkat isyarat bukan verbal (eye contact + hand gestures).

Dengan memahami tahap sebenar kebolehan anak, maka latih tangga yang atas sedikit saja. Contohnya (eye contact + hand gestures + angguk kepala) sebagai isyarat ‘nak’.

Sebagai ibubapa yang boleh bercakap, memanglah anda kena sebut ‘nak’ dekat anak, tapi anda tak perlu expect untuk dia boleh sebut lagi.

Kalau dia nak angguk kepala tu pun dah dikira progress dah.  👍🏽

Kesimpulannya, pastikan ibubapa ada
1) Target
2) Persiapan bahan mengajar
3) Persiapan ganjaran
4) Peka pada peluang interaksi
5) Membuat jangkaan yang realistik

Latih amak cakap bukan paksa

Latih Anak Cakap bukan Paksa  Cakap💭

Melatih anak bercakap ialah melatih interaksi 2 hala bersama anak.

Komunikasi yang melibatkan keinginan atau menolak sesuatu.

Contohnya, bila anak nak mainan, kita ajar anak sebut, “Nak belon? oo….adik nak belon. Nak belon ni? Ok ok, adik nak belon besar ni.”
TEKAN KAN NADA PERKATAAN🛑

Tapi selalunya, apa yang berlaku ialah, “Nak apa? Cakap dulu, baru mama bagi. Sebut, BELON! Kata la…belon. Nak tak?
Tengok mulut mama sebut, be…ikut mama, be….”

Sesi latihan mengajar anak bercakap jadi seperti dipaksa-paksa dan tak seronok dah untuk anak tersebut.

Kanak-kanak tak suka dipaksa dan ibubapa juga akhirnya jadi letih memaksa.

Kesudahannya anak tak minat menyebut perkataan dan tak suka berlatih dengan ibubapa kerana sering dipaksa.

😐Ibubapa pula jadi stress, naik geram dan cepat putus asa.

Berbalik pada komunikasi, pastikan latihan itu sesuatu yang bermakna. Jika anda kata belon, maka memang benar ada belonnya.

Jika melatih sebut nama haiwan, maka memang ada gambarnya.

Sebelum 1 Zulhijjah

SUNNAH YANG DILUPAKAN : TIDAK POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a,  Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.

Bagi menggandakan pahala Qurban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya DISUNATKAN menahan diri dari memotong rambut dan kuku bermula 1 Zulhijjah. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-
من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي
Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya  SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( HR Muslim, 3/39 )

Sekurang-kurangnya terdapat tiga ijtihad ulama mazhab dalam masalah ini.

1) Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

2) Mazhab Hanafi berijtihad ia adalah harus tanpa sebarang makruh.

3) Terdapat sebahagian lagi mazhab menyatakan Haram seperti mazhab  Hanbali, Laith ibn Sa’ad, Ishak Rahuyah (Rahawaih) dan Sa’ad Ibn Muasayyib.

Bagaimanapun majoriti ulama dan mazhab menolak pandangan yang menyatakan haram kerana terdapat nas bahawa Aisyah r.a pernah meriwayatkan :-
كنت أفتل قلائد هدي رسول الله  ، ثم يقلدها بيده، ثم يبعث بها، ولا يحرم عليه شيء أحلَّه الله له حتى ينحر الهدي
Ertinya : Aku mengikatkan tali pada binatang Qurban Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengikatnya kembali dengan tangan Beliau kemudian mengirimnya . Maka sejak itu tidak ada yang diharamkan lagi bagi Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dari apa-apa yang Allah halalkan hingga binatang qurban disembelih (Hadis sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Imam Ibn Hajar al-‘Asqolani dalam Fath al-bari menghuraikan bahawa hadis ini menunjukkan tiada larangan bagi yang telah berniat qurban ( termasuklah untuk bercukur) sebagaimana larangan yang dikenakan bagi seseorang yang sedang dalam keadaan berihram, seperti bercukur dan sepertinya.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban seperti kesempurnaan mandi wajib. Namun yang terbaik, kita bersedia dari awal agar dapat tetap menghidupkan Sunnah yang dilupakan ini. Iaitu meninggalkan cukur dan memotong kuku bermula 1 Zulhijjah bagi mereka yang telah berniat untuk melakukan Qurban semepna Aidil Adha.

#DrZaharuddinAbdRahman

Sunday, August 20, 2017

Life

*Beautiful   Message*!!

💬   If    You    Are    Right    Then     There    is     No    Need    to    Get    Angry ...

💬   And    If    You    Are    Wrong    Then    You     Don't     Have    Any    Right    to    Get    Angry.

💬   Patience    With    Family    is   Love .....

💬   Patience    With    Others    is   Respect.

💬   Patience     With     Self     is   Confidence   And   Patience   With   GOD   is   Faith.

💬   Never    Think    Hard    About    The    PAST ,    It    Brings    Tears...

💬   Don't    Think    More    About   The   FUTURE ,   It   Brings   Fear...

💬  Live   This   Moment   With   A   Smile ,  It    Brings   Cheer.

💬  Every     Test     in    Our    Life   Makes   Us   Bitter   Or   Better .....

💬   Every   Problem   Comes   To   Make   Us   Or   Break   Us  !

💬   The      Choice     is       Ours   Whether   We   Become   Victims   Or   Victorious.

💬   Beautiful   Things    Are    Not   Always   Good   But   Good  Things   Are   Always   Beautiful ......

💬   Do   You   Know    Why    God  Created   Gaps  between  Fingers ?  So     That     Someone ,    Who    is     Special    To    You ,   Comes    And   Fills   Those    Gaps ,   By   Holding   Your   Hand   Forever.

💬   " Happiness "   Keeps   You ....  Sweet   But   Being   Sweet   Brings   Happiness.

Do    Share    It  ,    With    All    The    Good    People   In   Your   Life.

👏👏👏👍

Kesediaan mendidik anak kecil

Semasa mendidik perkara baik, 🙂
ambil perhatian *kesediaan mental* penerima mesej berkenaan.

{Ank sudah sedia,tiada gngguan,ank bukan sdg buat benda lain,tapi
Ready (kita melihat matanya,nada suara kita&suasana)

Perhatikan situasi berikut :

$ituasi tak bersedia dlm hidup kita.
DALAM.ISU ANK ISTIMEWA LAGI LAH PERLU KITA """beri perhatian
Bab bersedia,tumpuan...

✖jika tidak mcg kita tidak sampai.

Klu kita sdg nasihat bab
Jgn angkat kaki pd ank,dia xbersedia,ank sdg tantrum maka mcg tu"""tak smpi
Maka tiada lah perubahan tingkahlaku➰
___________________________
+ "Iman, ulang baca bab ini. Ianya penting". - Iman pun mengulang-ulang bab berkenaan, semasa mengulangkaji.

+ "Ibu, boleh potongkan kuku adik?". "Ibu dengar tak?". - Ibu Khadijah sebenarnya sedang menaip sesuatu di telefon bimbit.

+ "Keadaan trafik dari Setia Alam ke Shah Alam dilaporkan sesak. Terdapat kemalangan melibatkan beberapa kenderaan & menghalang laluan". - Perbualan rancak di dalam kereta tiba-tiba terhenti, kerana ayah fokus kepada laporan trafik di radio.

+ "Soleha buat apa tu?" - Soleha tidak perasan, sebenarnya dia asyik mencari pensel di bawah meja, dan tidak perasan bahawa dia tidak dengar pun kata-kata guru sepanjang masa tadi.

Luahan masalah adhd

Masalah ADHD

From fb https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1424994180916726&id=729187373830747
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali nak ucapkan terima kasih kat admin kalau confession ni disiarkan. Nama aku Ana, berumur 25 tahun dan sudah bekerja. Aku merupakan pesakit ADHD/ADD (doktor sahkan) sejak 3 tahun lepas. Masa tu aku jumpa doktor psikologi atas nasihat kaunselor universiti aku sebab masalah-masalah (akan disenaraikan di bawah) yang aku alami. ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder) atau ADD (Attention Deficit Disorder) ialah sejenis gangguan psikologi. Kebiasaannya gangguan ni banyak dilihat pada kanak-kanak tapi tak mustahil boleh terjadi pada orang dewasa macam aku ni. Info lain korang boleh google sendiri lah ye hehehe. Tujuan aku menulis confession ni sebab nak bagi pendedahan kepada masyarakat tentang ADHD/ADD sebab ramai sangat orang salah faham dengan kami ni sebab sakit ni bukan orang boleh nampak pun macam depression, bipolar disorder dan macam2 disorder yang lain.

Kat bawah ni aku akan senaraikan masalah-masalah ADHD/ADD yang aku hadapi. Perlu diingatkan tak semua pesakit ADHD/ADD mengalami masalah yang sama. Kemungkinan ada masalah yang ada pada pesakit lain tak ada dekat aku dan sebaliknya.

1) Senang hilang fokus.
– Kalau ada seseorang bercerita dengan aku, aku akan pandang dia tapi apa yang dia cerita tu aku tak dengar pun, lagi2 kalau cerita panjang. Aku akan angguk2 macam acah dengar tapi sebenarnya tak. Bukan sebab cerita dia tak menarik ke apa tapi kadang2 aku pun tak perasan yang aku dah mengelamun fikir benda lain. Pernah beberapa kali aku terhilang fokus bila interviewer tengah interview aku untuk kerja hahaha. Tips untuk korang yang normal ni, kalau tengah bercerita tu, kau tanya lah dia yang dia dengar tak. Tapi jangan tunjuk sampai korang habis cerita baru nak tanya, tak memasal kena ulang semua cerita.
– Kalau nak cerita fokus dalam kelas dulu hmmm aku tak pernah fokus pun masa lecturer mengajar hahaha. Bukan sebab aku main2 taknak belajar ke apa, tapi memang aku sedar2 je dah nak habis kelas. Kiranya datang kelas dengan balik kelas sama je, tak dapat apa pun. Kalau ada orang sebelah tanya apa lecturer tu cakap sebab diorang tak dengar, aku akan jawab ‘entah, aku pun tak dengar’ hahaha.
– Kalau tengah tengok movie, kadang2 terpaksa ulang balik sebab aku hilang fokus.
– Tengah baca buku pun sama, baru je baca satu ayat, kena baca balik sebab masa baca tu tak fokus. Ulang bukan sekali ulang. Tengok lah berapa kali terhilang fokus. Hahaha.
– Terlupa nak cakap apa

2) Hyperfocus atau terlampau obses
– Contoh, masa dekat universiti dulu, aku jadi ajk untuk satu kelab ni. Kerja aku masa tu aku kena key in nama ajk dan peserta. Kalau ikutkan sekejap je nak key in tu tapi aku ambil masa hampir 2 hari nak organise excel tu sebab kejap2 aku tukar font kejap2 aku tukar saiz. Macam2 lah aku buat sampai aku rasa puas hati. Lepas dah habis tu aku save, lepas tu aku bukak lagi. Memang ada kerja lain masa tu tapi aku tak buat.
– Terlampau obses dengan kerja sampai tak makan
– Kan dekat facebook kan selalu ada je viral makanan2 yang sedap2, ada satu hari tu aku terjumpa post pasal maggi ketam. Setiap hari aku sanggup keluar pergi cari maggi ketam tu, search kat facebook, twitter sampai berjam2 berhari2 kat mana ada maggi ketam. Tempat aku takde maggi ketam tu. Selagi tak dapat, selagi tu aku tak rasa tenang. Dan lepas dua minggu (kalau tak silap), dekat kelantan, aku dapat akhirnya makan maggi ketam tu. Tapi lepas tu aku rasa sedih tambah benci kat diri aku sebab aku fikir apa bodoh sangat obses dengan maggi ketam ni. Hahaha.

3) Pelupa
– Kalau ada orang mintak tolong aku, tak sampai 5 minit lepas dia cakap tu aku terus lupa. Mak aku suruh angkat kain kat luar rumah tapi sebab masa tu aku tengah buatkan air untuk ayah aku, so aku cakap kejap nanti aku angkat kan. Lepas je hantar air kat ayah aku, aku terus masuk bilik golek2 atas katil hahaha. Memang terus kena dengan mak aku lepas tu hahaha.
– Pernah aku keluar rumah, aku ambil kunci kereta lepas tu drive. Dah separuh jalan dah, tengah drive tu aku terlupa aku nak kemana. Hahaha nasib baik masa tu mak aku ada dalam kereta tu, so dia yang ingatkan.
– Salah masuk lorong sebab tak ingat tujuan banyak kali dah hahaha.
– Aku jenis yang akan cerita benda yang sama berulang kali sebab aku tak ingat aku dah pernah cerita.
– Pergi dapur nak ambil cawan tapi ambil sudu
– Masuk bilik nak ambil handphone tapi ambil tuala terus masuk bilik air. Dah masuk bilik air baru tersedar buat apa kat situ. Lepas tu keluar balik. Hahaha

4) Cepat bosan. Awalnya akan obses, cuma obses tu tak lama. Lepas tu bosan terus. Salah satu sebab kenapa aku takut nak ada serius relationship hahahaha.

5) Orang tak habis cakap tapi aku dah interrupt dulu.

6) Buat kerja last minute. Esok nak exam, hari ni baru aku start buat nota hahaha.

7) Banyak sangat cakap sampai orang rasa menyampah hahaha

8) Boros berbelanja

9) Aku explain pasal perkataan tu sebab tak ingat. contoh aku nak cakap ‘aku lari semalam’ tapi aku lupa perkataan lari tu. So aku buat gaya aku tengah berlari. Hahaha

10) Tak konsisten.

Okay cukup lah setakat ni je. Minta maaf banyak2 sebab ayat tunggang langgang. Kejap guna bahasa melayu baku, kejap guna bahasa inggeris. Dan terima kasih banyak2 sebab sudi baca sampai habis. Nombor 4 sampai 10 tu aku tak explain panjang2 dan bagi contoh banyak2 sebab takut korang bosan pulak baca panjang sangat hahaha. Ada banyak lagi masalah2 yang aku hadapi tapi cukup sampai sini je lah ye. Kalau korang ada masalah2 kat atas, pergi lah jumpa pakar psikologi ye. Insha Allah diorang boleh bantu kita. Serius aku cakap, aku terseksa dengan sakit ni sebab orang sekeliling aku judge aku dengan masalah2 ni. Sedih sangat. Diorang fikir aku taknak ubah perangai aku tapi diorang tak tahu betapa strugglenya aku dengan masalah2 ni. Aku sendiri rasa masalah2 ni beban bagi aku tapi aku masih terima diri aku seadanya.

– Ana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Saturday, August 19, 2017

Redha Allah

Salah satu tulisan yang sangat mengkesankan ditulis oleh Syekh Thanthawi (Grand Syeikh Al Azhar Assyarif):

كُلُّنَا اَشْخَاصٌ عَادِيٌّ فِى نَظْرِ مَنْ لاَ يَعْرِفُنَا
Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yg tidak mengenal kita..

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ رَائِعُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَفْهَمُنَا
Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita..

، وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مُمَيِّزُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يُحِبُّنَا
Kita istimewa dalam penglihatan orang - orang yang mencintai kita..

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مَغْرُوْرُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْسُدُنَا
Kita adalah pribadi yg menjengkelkan bagi orang yang penuh kedengkian..

، وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ سَيِّئُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْقِدُ عَلَيْنَا
Kita adalah orang-orang jahat di dalam tatapan orang - orang yang iri...

، لِكُلِّ شَخْصٍ نَظْرَتُهُ، فَلاَ تَتْعَبْ نَفْسَكَ لِتُحْسِنَ عِنْدَ الآخَرِيْنَ
Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya masing masing, maka tak usah berlelah lelah agar tampak baik di mata orang lain..

، يَكْفِيْكَ رِضَا اللّٰهُ عَنْكَ ، رِضَا النَّاسِ غَايَةٌ لاَ تُدْرَك
Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia adalah tujuan yang tak kan pernah tergapai..

، وَرِضَا اللّٰهُ غَايَةٌ لاَ تُتْرَك ، فَاتْرُكْ مَا لاَ يُدْرَكْ ، وَاَدْرِكْ مَا لاَ يُتْرَكْ
Sedangkan Redha Allah, destinasi yang pasti sampai,

Maka tinggalkan segala upaya mencari keredhaan manusia, dan fokus saja pada redha Allah...

Anak kecil meniru

_ANAK MENIRU_

ANTARA REALITI DAN FANTASI

1) Pernahkah anda melihat bayi menjelirkan lidahnya kembali  setelah bayi melihat kita menjelirkan lidah kepadanya?

2) Pernahkah anda melihat anak kecil menggoyang-goyangkan badannya apabila melihat kita bergerak mengikut alunan muzik?

3) Pernahkah anda melihat anak kecil meletakkan telefon bimbit di telinganya walaupun anda tidak pernah mengajar anak tersebut tentang kedudukan telefon?

Kajian yang dibuat oleh Meltzoff dan Marshall dari Institute for Learning and Brain Science University of Washington mendapati bahawa apabila anak kecil memerhatikan perbuatan kita, otak mereka bertindak balas seolah-olah mereka turut melakukan aktiviti yang sama.

〰Contohnya, apabila bayi memerhatikan kita menjelirkan lidah, _bahagian otak bayi yang mengawal lidah bertindakbalas seolah-olah bayi sendiri yang melakukannya_

Apabila kita menggerakkan kaki dan bayi memerhatikan kita, bahagian otak bayi yang mengawal kakinya akan bertindakbalas seolah-olah bayi itu sendiri melakukannya. 
*Begitulah ajaibnya otak*.

Ini adalah tindakbalas yang berlaku disebabkan oleh *mirror neuron*

Mirror neuron bertindak sebagai cermin kepada apa yang diperhatikan. 👓

ANAK-ANAK BELAJAR MELALUI *MENIRU*

Meniru adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran anak-anak.

Mereka meniru apa saja yang mereka lihat.  Mereka meniru apa saja yang menjadi budaya yang diamalkan dalam rumah, sekolah, dalam masyarakat dan juga di skrin tv dan komputer.

4) Pernahkah anda terfikir kenapa anda turut sama menangis apabila melihat pelakon menangis ketika adegan sedih meruntun jiwa? Adakah kerana pelakon tersebut pandai menjiwai watak atau adakah kerana penulis skrip pandai bermain dengan emosi penonton?

Sebenarnya ini juga berlaku disebabkan oleh mirror neuron.
  Sebarang tindakan yang mencuit emosi kita akan lebih mudah mengaktifkan mirror neuron dan mewujudkan jaringan dalam otak yang menyebabkan kita meniru aksi tersebut.  Selain meniru, mirror neuron juga menjadi asas kepada empati atau keupayaan untuk memahami perasaan orang lain ('Mirror, Mirror in the Brain', Science Daily, 2007).

*anak kecil mempunyai kecenderungan semulajadi untuk meniru perbuatan orang lain*

Walau bagaimanapun mereka belum mempunyai keupayaan dan kebijaksanaan untuk menilai sama ada perbuatan itu patut atau tidak ditiru.

Mereka belum berupaya untuk menganalisa, dan menilai sama ada sesuatu perbuatan itu bermoral ataupun tidak.
Mereka akan meniru apa saja yang dilihat termasuklah perbuatan yang salah, negatif, ganas, vandalisme dan merosakkan pada pandangan orang dewasa. Sebarang perbuatan yang melahirkan emosi akan lebih cenderung untuk ditiru oleh anak-anak.

ANTARA REALITI DAN FANTASI

5) Pernahkah anda  melihat anak-anak berguling, menendang, menolak, memukul dan sebagainya selepas melihat aksi lasak atau ganas dalam rancangan yang ditonton mereka di skrin TV atau komputer?

6) Pernahkah anda mendengar bahasa yang tidak elok dipertuturkan anak selepas menonton sesuatu rancangan TV?

Perbuatan meniru sebegini berlaku kerana mereka belum berupaya untuk membezakan antara realiti dan fantasi.
Apa yang ‘real’ pada anak-anak kecil adalah apa yang mereka dapat lihat dengan mata mereka.   Keganasan yang mereka tonton di skrin adalah juga real bagi mereka. Jika 'real', maka apa salahnya jika mereka tiru? Walaupun mereka mengalami kecelaruan kognitif (cognitive confusion), itu tetap tidak menghalang mereka untuk meniru aksi tersebut.

Oleh itu fikirkanlah:

Cerita dan rancangan yang bagaimanakah ditonton anak-anak melalui skrin TV dan komputer?

Iklan bagaimanakah yang disajikan untuk menjadi tontonan anak setiap hari?

⭕〰
*Perbuatan ibubapa dan guru-guru yang bagaimanakah ditiru oleh anak-anak*
Aksi kawan-kawan yang bagaimanakah dibawa balik oleh anak ke rumah?

Anak-anak belajar melalui meniru.

Sajikanlah mereka dengan sesuatu yang baik untuk ditiru.
📝

PLAY DAN SAY
(Sehingga meniru)

Friday, August 18, 2017

Tips minat bermain anak-anak

TIPS

Bagaimana nak kekalkan minat anak pada mainan yang sama..penat kan asyik kena beli mainan baru je...
.
.
Biasakan, beli mainan, anak main 2 3 kali dh tak nak main lepas tu... tengok mainan tu pun dah nangis sebab dia dah muak... jadi mcm mana nak buat ni..
.
Di sini sy bg bbrp tips yg boleh dilakukan
(■Jgn longgok semua depan dia)

TIPS #1
Jangan biarkan anak bermain dengan mainan tersebut sampai muntah.. simpan mainan tersebut sblm interest mereka hilang.. contohnya, main selama setengah jam..simpan mainan tersebut dan keluarkan mainan yg lain pula..

TIPS #2
Gilir gilirkan mainan yg diberi..
(kan anda kata mainan dah byk)🔴
jika anak suka sesuatu mainan tu, kita tak perlu nak guna mainan yg sama setiap hari.. gilir gilirkan..(simpan elok2 xkesah lh dlm box or apa)
contoh hari ni guna mainan A, esok B, lusa C, dan lepas tu baru guna mainan A semula.. jd anak xdela cepat boring kan..
keluarkan satu satu...

TIPS #3
Pelbagaikan cara bermain sesuatu mainan.. contohnya lego.. selama ni kita main lego susun2 je kan.. apa kata tukar cara bermain seperti sorokkan dan cari lego.. tampal gmbr pada lego, tanam lego dalam pasir.. main lego dalam air, warnakan lego dan mcm2 lain.. mainan yg sama tp tukar cara bermain akan menarik minat anak2 juga..

ini saya selalu pesan satu benda tu boleh guna mcm mcm..
wlupun blok...
sbenarnya boleh buat pelbagai aktiviti..
wlpun buku biasa or kad imbas..

dan yg vcd tu bukn hy perdengarkn,kena juga test n uji apa yg mereka sudah fhm..

Ada kalanya anak boring dengan mainan sebab mereka tak tau nk main.. jadi tunjukkan mcm mana nk main mainan tersebut dengan bestnya... THINK CREATIVE..

OLAH ATAU VARIASIKAN DGN SATU TOYS BOLEH AJAR 3BENDA.
JOM REKA💡

Selamat bermain dngn anak2 😊..
daddy n mummy

jgn harap mummy jer...
daddy adalah idola mereka,mummy adalah kwn mereka.

Bahasa si kecil 2 tahun

MERANGSANG PERKEMBANGAN BAHASA SI KECIL

Topik: Nama Saya🙋🏻

Aktiviti berikut dicadangkan bagi anda yang ingin mengajar anak kecil anda terutamanya 2 tahun kebawah supaya mereka *mengetahui dan mengenali nama mereka sendiri*

.. Cadangan aktivti adalah seperti berikut:

Tulis nama anak anda dengan *tulisan yang jelas pada barang-barang kesukaannya*

seperti mainan, cawan, sudu, botol susu, pintu bilik tidur dan sebagainya

Anda juga boleh menulis nama anak anda pada gambarnya

Tuliskan nama anak anda menggunakan warna yang digemarinya

Sebutkan nama dan bunyi huruf setiap kali anak melihat tulisan tersebut

Gangguan pembelajaran

GANGGUAN PEMBELAJARAN (Learning Disabilities/Difficulties) - Menjadikan sesuatu proses pembelajaran itu bermasalah

Dyslexia - Masalah membaca, menulis, mengeja, bercakap

Dyscalculia - Masalah mengira (matematik), duit, masa

Dysgraphia - Masalah menulis, mengira, idea

Dyspraxia - Masalah koordinasi mata (juling), keimbangan, ketangkasan

Dysphasia/Aphasia - Masalah penggunaan bahasa (slang), pemahaman tatabahasa

Auditory Processing Disorder - Masalah pendengaran, pertuturan, pemahaman tatabahasa, penggunaan bahasa

Visual Processing Disorder - Masalah membaca, matematik, peta, carta, simbol

Anak pandai menyanyi tetapi tidak pandai bercakap

*kenapa Anak Saya Boleh Menyanyi, Tapi Tak Pandai Cakap*

“Kenapa anak saya boleh menyanyi, lagu ABC, ‘nursery rhymes’, semua dia tahu.

Tapi tak pandai cakap”

Inilah antara soalan ¿

*komunikasi adalah hubungan 2 hala*

. Ia melibatkan proses menerima dan menyampai message, yang dipanggil komunikasi.

Tidak kiralah komunikasi itu dalam bentuk verbal (bercakap atau bunyi) atau non-verbal (seperti tunjuk-tunjuk je).

Manakala menyanyi adalah proses satu hala je

. Tambahan pula, jika dibiarkan anak kita belajar menyanyi di youtube atau gadjet. Macam kita nyanyi lagu Korea atau Hindustan tu.

Tak semestinya kita fasih bercakap dalam bahasa tu, apatah lagi memahaminya.

*Tapi kita mampu mengafalnya*

🔍. Haa.. itu yang hebat dengan nyanyian.

Maka menyanyi dan bercakap adalah 2 perkara yang berbeza.

🎼 Walaupun kedua-duanya mengeluarkan perkataan dan bunyi.

_Tapi jika kena caranya, menyanyi boleh dijadikan medium yang berkesan untuk mengajar anak bercakap dan berkomunikasi dengan kita_

➕Cuma olahkan aktiviti tu menjadi hubungan 2 hala.

Pertama sekali, jika situasi ini berlaku, kita sepatutnya bersyukur banyak-banyak.
Sebabnya sekurang-kurangnya anak kita boleh mengeluarkan perkataan.

Bukan itu sahaja, malah boleh meniru bunyi yang mereka dengar dan menghafalnya.

Ini adalah asas

*Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang paling menyeronokkan pada kanak-kanak*

Kanak-kanak juga lebih mudah belajar untuk memahami dan mengingati sesuatu apabila arahan atau cerita dimasukkan unsur muzik seperti nyanyian

. Selain itu, muzik juga didefinikan sebagai suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran (Campbell 1995). Jadi, kanak-kanak akan lebih fokus untuk mendengar semasa aktiviti bernyanyi dan sekaligus membantu dalam perkembangan bahasa mereka.

*Kelebihan Bernyanyi Bersama Anak*

Pemahaman Perkataan

Bernyanyi dapat membantu untuk mengajar perkataan atau perkara baru kepada anak kerana mereka lebih memberikan tumpuan semasa nyanyian.

Namun, ibu bapa perlu pastikan juga lagu yang dinyanyikan adalah bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan.

Contohnya, lagu ‘Old MacDonald’ hendaklah dinyanyikan sambil menunjukkan haiwan yang dinyanyikan.

📒
Pengukuhan Pra-pertuturan

Selain itu, aktiviti bernyanyi juga membantu mengukuhkan kemahiran pra-pertuturan anak

🔵 seperti tumpuan perhatian,
ambil giliran serta pandangan mata.

Sebagai contoh, anak akan menumpukan perhatian pada setiap lagu sehingga habis, jadi ibu bapa boleh menggunakan lagu yang semakin panjang untuk memanjangkan tumpuan perhatian anak.

*Kemahiran Meniru
Seterusnya, kemahiran peniruan aksi dan perkataan juga boleh diajar melalui aktiviti bernyanyi*

. Hal ini, kerana kanak-kanak berminat dengan aktiviti tersebut dan cenderung untuk turut melibatkan diri dengan mula meniru pergerakan dan bunyi dalam nyanyian.

Cara Bernyanyi Bersama Anak.

Antara cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk bernyanyi bersama anak adalah:

Semasa melakukan sesuatu aktiviti, ibu bapa boleh mereka lagu dan bernyanyi.🎼

Contohnya, aktiviti basuh anggota badan, lagunya mungkin berbunyi;
‘jom basuh, jom basuh, jom basuh tangan’.
.
Hanya reka apa sahaja lagu yang berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan.
🚩 *Tekankan* perkataan yang penting untuk pastikan anak faham apa yang mereka sebutkan

Ingat, kita bukan hendak mereka menghafal tapi juga memahaminya. :)😃
.
Ibu bapa hendaklah duduk berhadapan dengan anak untuk dapatkan padangan mata.👦🏻 (PENTING)
.
Semasa bernyanyi, ibu bapa hendaklah 🛑berhenti sebentar

sebelum perkataan terakhir dalam lagu agar *anak boleh menyambung lagu tersebut*

Hal ini untuk membantu anak menumpukan perhatian dan meniru perkataan

. Contohnya lagu ‘BINGO’:
B.I.N.G.O (ibu bapa nyanyi)
B.I.N.G.O (ibu bapa nyanyi)
B.I.N.G. (tunggu sebentar) O (anak sambung)

Kesimpulannya, menyanyi dan menarilah bersama anak anda, kerana ia adalah aktiviti yang mudah tapi memberi manfaat yang banyak pada anak kita.

💃🏼

Ukuran kepandaian anak kecil

Ukuran kepandaian dan perkembangan seseorang kanak2 bukanlah dari potensi akademiknya.

Sebaliknya,kita kena ukur dari segi cara mereka bermain.

👉🏻Adakah mereka bermain sesuatu alat permainan dengan cara yg betul?
👉🏻Adakah mereka terlalu takut dan geli dengan sesuatu aktiviti bermain?
👉🏻Adakah mereka cenderung dengan hanya memilih satu jenis alat bermain sahaja? Contohnya permainan jenis violent,atau jika dengan bola,hanya bola sahaja yg diminati dan tidak berkembang utk meminati alat permainan yg lain pula?

☝🏻️Ini semua adalah 'key indicator' utk menentukan samada anak anda ada masalah dalam perkembangan dan pemikirannya,bukan dari sudut akademik di awal usia.

Percayalah,anak yg tidak bermain dengan betul dan tidak bereksplorasi dengan kepelbagaian aktiviti bermain cenderung utk mendapat masalah walaupun mereka adalah anak yg normal (fasih bertutur namun terdapat kecenderungan ke arah personality disorder yg tertentu).

Liyana Raya
Terapis
Copy

Ibu bapa menjadi terapis

*TIDAK MUSTAHiL*

Sebenarnya tidak mustahil untuk ibubapa menjadi terapis.

Sama juga tidak mustahil untuk ibubapa ajar sendiri anak membaca/mengaji.

Kunci utama🔍 ialah

bagaimana memahami
_daya tumpuan anak dan mengawal tingkahlaku anak_

Jika ibubapa faham

maka tidak ada isu naik panas baran.😡

Sebab ibubapa faham bahawa tumpuannya terhad pada apa yang dia lihat, pegang dan minat saja.


Untuk *mengawal tingkahlaku*



ibubapa mesti bersedia dengan
⭕target serta 💫ganjarannya.

Selalu yang berlaku, ibubapa hanya fikir target.

Tapi tidak bersedia dengan sebarang ganjaran.

Lepas tu,

tidak konsisten pula.🙁

(Catit la skit,buat la skit nota &jadual)

Hujung minggu saja anda ajak anak belek buku.
Memanglah dia tak suka.

Tapi cuba _kalau hari-hari dia memang kena tengok paling kurang 1 buku_

Maka aktiviti itu ditanam sebagai rutin setiap kali selepas makan malam, contohnya.

Jika kanak-kanak umur 4 tahun ke atas
lebih mudah untuk kita ajak dia tumpu pada apa yang kita mahu.

Tapi jika bawah 4 tahun
(2-4tahun👫)
dia akan tumpu pada yang dia suka.

Maka ibubapa kena bijak untuk gunakan benda yang dia suka

(contohnya koleksi kereta) untuk ajar apa yang anda target (contohnya kata tempat :atas, bawah, depan belakang)

Ni....kita tgok dari jauh jerrr....pastu beli byk kereta sb tahu kje anknye..susun memanjang jerrr🚙🚕🚗🚙🚙🚙

(Xcuba tukar rutin,cuba lah dlu)

Kanak-kanak memang kerjanya main saja.

Jadi ibubapa kena ajar anak dalam suasana bermain.😉

Tapi✖ bukan main-main saja-saja.

Ini yang selalu berlaku.

Ibubapa pula terlebih over bermain.
📝Tiada target mengajar.

Contohnya jika anak suka main susun puzzle (kes autisme), maka ibubapa kena target untuk latih giliran dan eye contact.

◼Ini penting supaya anak faham interaksi 2 hala.

Contoh lain jika anak suka main masak-masak, maka ibubapa kena set target

apa perkataan yang anda nak ajar dalam aktiviti tersebut? kata kerja : tuang, kacau, masak, buka, tutup, potong, letak. Atau kata sifat : panas, pedas, sedap, masam, manis.

(Fun ,no stress.....)