Thursday, August 10, 2017

Matching

Matching..atau kemahiran suaikan merupakan antara kemahiran awal yang diperlukan oleh anak untuk dia belajar komunikasi, bahasa dan bercakap. Eh.. bukan kah kemahiran ini merupakan kemahiran kognitif? 🤔 iya juga..cuma yang ini melibatkan kemahiran komunikasi, bahasa dan pertuturan juga. 😁

Bagaimana *kemahiran menyesuaikan ini membantu* untuk anak belajar komunikasi, bahasa dan pertuturan?

Komunikasi 🗣
Apabila anak mahu berkomunikasi dengan seseorang dia perlu menyesuaikan beberapa perkara seperti; melihat/memandang/ mencari pada orang yg hendak dihubungi dan memastikan orang tersebut merupakan yg mempunyai apa yg sesuai dengan kehendak dia @ yg boleh membantu mndapatkannya...
sebab itu kanak2 memilih untuk berkomunikasi dengan orang tertentu sahaja ketika berumur bawah 2 tahun.. cth; nak susu..cari ibu dan nak main cari ayah.. 😉 kerana dia tahu siapa yang sesuai dan memahami kehendaknya.

Bahasa 📚
Apabila kita sebut perkataan 'ayam'.. bgmn kita tahu yang anak kita sudah faham makna perkataan itu?
Kita tak tahu sehinggalah dia boleh suaikan bunyi perkataan itu dengan gambaran 'ayam' yang ada dalam otaknya. Dan apabila kita sebut - dia blh tunjuk pada ayam @ dia bunyikan 'kok kok kok' @ beri isyarat patuk seperti ayam yg menandakan dia memang faham dan tahu perkataan itu maknanya adalah ayam. Jika dia masih tercari2 dan hanya meneka sahaja..maknanya dia belum lagi dapat menyesuaikan apa yang kita sebut dengan apa yang ada dalam kamus gambaran perkataan dalam otaknya.
Dalam kemahiran pemerolehan bahasa, kemahiran menyesuaikan ini sangat penting dan berkembang bukan sahaja hanya suaikan perkataan-objek-gambar yang sama, tetapi ianya bekembang kepada suaikan perkataan yg mempunyai maklumat yang sama makna dalam konteks yang sama (berus gigi-ubat gigi, ayam-itik, baju-seluar), seterusnya belajar suaikan sebab-akibat (jatuh-sakit, siapkan latihan-dapat kfc, pukul-menangis) dan seterusnya ke peringkat yang lebih kompleks.

Pertuturan
Perasan tak, ada kanak2 pada umur 15-24 bln yang bercakap dan berbual dgn kita, gunakan suara, macam memberitahu sesuatu ttp menggunakan bahasa yg pelik? Dia telah pun memahami n suaikan bahawa utk mendapatkan sesuatu mesti gunakan pertuturan ttp kemahiran menyesuaikan bunyi pertuturan dia masih belum mahir lagi..ada lah beberapa perkataan yg sudah jelas sebutannya..tetapi msh ada jargonnya lagi. ☺️
Lebih *byk dia praktis suaikan dengan cara* dengar-faham-praktis (auditory feedback loop) berulang2 kali, lebih jelaslah sebutan betulnya. Proses suaikan sebutan yang dia dengar dgn sebutan yang keluar drpd mulutnya ini akan berterusan berkadaran dengan kemahiran integrasi kawalan otak-otot oro-motor, kemahiran mendengarnya-kefahaman dan latihan /persekitaran yang penuh bahasa-pertuturan yang diterima serta dipraktiskan.
Pada umur 5 tahun, hampir 90% pertuturan kanak2 ini sudah jelas sepenuhnya dan pada umur persekolahan kanak2 ini sepatutnya sudah tidak pelat.

Betapa pentingnya kemahiran *matching* @ suaikan ini kan?.. oleh itu janganlah lupa untuk masukkan latihan ini dalam menu bermain (belajar) anak anda ya 😉.

No comments: