TAKUT
. Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa wujudnya perasaan takut di kalangan kanak-kanak.
Sukar memberi tumpuan. Contohnya, kanak-kanak yang mempunyai masalah takut akan mempunyai masalah untuk menyiapkan kerja sekolah atau sukar untuk memberi tumpuan apa yang diajarkan oleh guru.
Perubahan dalam melakukan aktviti yang normal. Mereka mungkin akan menjadi terlalu aktif, hiperaktif atau menjadi terlalu lemah.
Perubahan dalam tabiat makan. Kanak-kanak yang mempunyai masalah takut ini akan kurang selera makan atau tidak mahu makan langsung.
Regrasi. Kanak-kanak ini menunjukkan tingkah laku di luar dari kebiasaan. Contohnya, mula kencing malam atau kembali menggigit jari.
Berlakunya perubahan dalam tabiat tidur. Kanak-kanak yang mempunyai masalah takut ini akan mengalami masalah sukar untuk tidur dan tidurnya kerap terganggu. Mereka juga akan sering mengalami mimpi ngeri.
Sering mengadu sakit (psychosomatic). Kanak-kanak yang mempunyai masalah takut ini akan sentiasa mengadu mengalami masalah sakit perut atau sakit kepala.
No comments:
Post a Comment