Friday, August 25, 2017

Terapi bermain kanak-kanak

TERAPI BERMAIN/PERMAINAN DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
---------------------------------------------------------

Antara 3 deria yang utama dan penting dalam perkembangan normal kanak-kanak adalah rangsangan sentuhan, otot dan sendi dan keseimbangan badan.
.

Sebab itulah penting untuk kanak-kanak berlari, memanjat, berpusing, supaya deria ini dapat distimulasikan.
.

Untuk kanak-kanak, dengan bermain membolehkan mereka belajar dan meningkatkan skil yang perlu untuk daya tumpuan, perkembangan dan interaksi sosial.
.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama dengan anak-anak :

SENTUHAN :-
- pijak rumput tanpa kasut
- main pasir, beras
- main belon dalam besen air
- main bedak talkum
- sentuh kertas pasir
- letak guli banyak- banyak dalam bekas plastisin
- uli tepung

PENDENGARAN :-
- bisik-bisik berbisik (beratur sampaikan mklmt)
- teka bunyi binatang (ayam berkokok,kucing,itik,lembu kambing dan lain-lain yang biasa didengari)
- adakan sesi bercerita bersama anak (tiada had topik)

BAU :-

- letakkan dalam tupperware bertutup,teka bau apa :
limau,bawang, serbuk kari,teh, kopi

RASA :-

- letak dalam bekas, teka rasa apa :garam, gula, serbuk kopi,asam keping

Ini hanya lah contoh daripada saya.
Ibubapa boleh gunakan kreativiti masing-masing dalam memilih aktiviti mengikut jenis diatas.
.
.

Permainan sensori adalah sangat menyeronokkan dan tidaklah susah untuk anda aplikasikan bersama.
.

Beberapa tips untuk memastikan anak anda mendapat Sensory Play dan sensory aktiviti sebanyak yang mungkin.
.

- Mengehadkan masa bersama gadget.

- Menggalakkan anak anda untuk tolong bersama dalam penyediaan meja makan, atau kerja rumah yang mudah.

- Melawat taman permainan.

- Menggalakkan mereka berlari, memanjat, berpusing, menaiki basikal, untuk mengaktifkan sensori otot dan sendi, juga keseimbangan badan.

- Dan yang paling penting, biarkan kanak kanak mengkaji persekitaran mereka menggunakan

deria rasa mereka yang ada untuk meningkatkan daya imaginasi, berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah dan mengkaji solusi sendiri....

No comments: