Ambil tahu atau buat-buat tak tahu?
🚩RED FLAG
Pada usia 8 bulan, masih tak menoleh apabila nama dipanggil.
Pada usia 1 tahun 3 bulan, masih tidak bertepuk tangan atau buat gaya “bye bye”.
Pada usia 1 tahun 5 bulan, masih tidak berbunyi “bababa mamama nanana”.
Pada usia 1 tahun 6 bulan, masih tidak tahu ikut arahan mudah (ambil bola, bagi mama, simpan).
Pada usia 1 tahun 8 bulan, masih tidak berminat dengan permainan yang biasa dimain oleh rakan sebaya (bola, kereta, masak-masak)
Pada usia 1 tahun 9 bulan, masih tiada perkataan pertama. (mama, abah, nak)
Pada usia 1 tahun 10 bulan, masih tidak tahu menunjuk anggota badan apabila diminta. (mana hidung? mana telinga?)
Pada usia 1 tahun 11 bulan, masih tidak berminat untuk interaksi secara verbal atau tidak cuba untuk meniru sebutan orang dewasa.
Perkara yang saya senaraikan di atas ialah red flag, atau tanda aras yang perlu ibubapa ambil tahu berkenaan perkembangan kognitif pertuturan bahasa anak.
Apabila anda ambil tahu, maka anda akan mula bertindak. Mula mencari ilmu, mencari sumber, mencari jawapan.
Tapi kalau tak ambil tahu, maka….umur anak terus saja meningkat. Sedar tak sedar, dia dah berusia 4 tahun dan masih tak bercakap.
Kawan-kawan pula dah mula masuk tadika.
Realitinya, kesedaran ibubapa pada 2017 ini jauh meningkat berbanding pada DULU.
No comments:
Post a Comment