🏌🏼♀Sejauh manakah ibu bapa bertindak setelah sedar bahawa masalah ini wujud.
Ada ibubapa yang lebih suka dengar ayat penyedap hati. “Nanti dah masuk tadika, ok lah tu.”
Ada ibubapa yang bertindak segera hantar anak ke tadika.
Ada pula yang pergi ke speech therapy.
Ada yang menambah ilmu di internet berkenaan speech delay.
Ada yang pergi ke program seminar atau bengkel untuk ibubapa.
Tak kurang juga yang pergi berjumpa bomoh. ➰
Tapi bagi sesiapa yang pernah cuba dapatkan appointment, *anda tahu bahawa jadual terapis padat dan anda perlu tunggu berbulan-bulan sebelum boleh mula jumpa untuk kali pertama*.
Ini kerana sememangnya ramai individu yang mengalami masalah bertutur.
❌Bukan budak-budak saja yang lambat bercakap.
Orang tua yang terkena stroke juga susah bercakap. Begitu juga yang pernah kemalangan jalan raya. ➕
🛑Jika anak anda telah berusia 2 tahun, tapi anda hanya dapat mula jumpa speech therapist apabila umurnya dah 2 tahun 3 bulan.
Ada yang anaknya dah 3 tahun, masih belum berjumpa therapist lagi.
_Walaupun speech therapist ada kemahiran untuk ajar anak anda bercakap, tapi anda hanya dapat jumpa dalam sesi 1 jam saja_
🔍 Dalam tempoh 1 jam, anda ingat anak anda terus boleh cakap?
(📏)
Sebenarnya speech therapist menilai tahap anak anda dan seterusnya *menunjukkan kepada anda teknik yang sepatutnya digunakan*
❇ Jadi anda sebagai ibubapa perlu tahu apa yang boleh dibuat untuk terus melatih anak anda di rumah🏠🏘
Kalau anda jumpa therapist setiap minggu pun,
*tapi anda tak usaha untuk latih sendiri di rumah*🏠
anak anda tetap tak progress juga. 😐
1) Kenalpasti masalah anak anda.
2) BERTINDAK segera!
Ada yang susah sangat nak bertindak. Maka anda berdepan dengan risiko anak masalah pembelajaran.
Sesungguhnya bertindak awal adalah jauh lebih berguna daripada menanggung risiko yang tak pasti.
Ramai yang bertanyakan tips melatih anak di rumah.
📱. Banyak dah tips saya tulis secara percuma
Kalau ada beribu tips pun,
tapi anda masih berada dalam zon selesa, anda tetap takkan mula bertindak
_Melatih anak bercakap memerlukan perubahan dari semua anggota keluarga_👨👩👦👦
Bercakap melibatkan komunikasi anda setiap hari.
Pada saat anak anda bangun pagi, mandi, makan, naik kereta….sehinggalah dia tidur.
Tapi kalau anda membiarkan setiap saat itu dalam zon selesa anda, _maka anak anda takkan ada apa-apa perubahan_
No comments:
Post a Comment