Tuesday, August 29, 2017

Peranan terapis pertuturan bahasa

Peranan *Terapis Pertuturan dan Bahasa*

Langkah 1: Terapis Pertuturan-Bahasa akan menilai dan merekod maklumat pesakit baru seperti berikut:

Mengenal pasti maklumat pesakit (nama, umur, butir-butir keluarga, dll)

S🔘ejarah termasuk sejarah keluarga
🔘Sejarah pemakanan, penyusuan awal
🔘Perkembangan pemakanan terkini
Pe🔘rgerakan Lidah
Ke🔘bersihan mulut dan gigi
🔘Kawalan airliur

Langkah 2: Terapis/pakar akan menentukan keperluan pembedahan atau tidak (jika ada t,tie)


T❌idak semua pesakit dengan lidah pendek akan menjalani pembedahan.

Pembedahan akan dilakukan hanya apabila perlu.

Selain aduan pesakit atau penjaga, pemeriksaan doktor dan penilaian terapis akan menentukan samada kanak-kanak ini perlu menjalani pembedahan atau tidak untuk membebaskan frenelum.

Pembedahan dijalankan dengan persetujuan pesakit atau penjaga.
Pembedahan melibatkan guntingan tisu dan pembiusan oleh doktor pakar.

Latihan dilakukan ➕➕➕➕➕
MOTO ORAL

😝Membentuk hujung lidah, ketinggian dan unjuran, di dalam dan di luar mulut.
⏺Meningkatkan kesedaran kinestetik untuk mengetahui bahagian mulut yang lain, apa yang boleh dilakukan dari aspek struktur dan tekstur.

Melatih lidah berkaitan pergerakan *membersihkan rongga mulut* supaya sempurna.
Antara latihan yang disyorkan:

🛑Gerakkan lidah keluar-masuk mulut. Ulang 10X.
🛑Regang lidah ke arah hidung, kemudian turun ke arah dagu. Ulang.

Jilat bibir bawah dan  bibir atas dengan hujung lidah dalam kedudukan mulut terbuka. Ulang 10X.
Boleh dilakukan secara berasingan.

👅Anda boleh letak jem atau perasa di bibir untuk menarik minat anak menjilat.

Gerak lidah untuk menolak otot pipi dari dalam mulut
Gerak lidah ke kiri dan kanan sisi mulut
Gerak lidah untuk menyentuh lelangit atas

💭Bincang dengan Terapis Pertuturan-Bahasa sebelum melakukan sebarang latihan. Syor daripada terapis amat penting supaya  latihan tersebut sesuai dengan anak anda

💭: Lakukan dalam bentuk permainan yang menyeronokkan bersama anak anda.
⏺Lakukan selama 5 hingga 10 minit  sebanyak _dua atau tiga kali setiap hari_

Gunakan gambar, video dan memberikan tunjuk ajar yang betul dan tepat.
guna cermin

😊 Beri galakkan dan pujian kepada usaha anak anda.
➕ Libatkan ahli keluarga yang lain untuk memberi kerjasama.

“Adakah percakapan anak saya akan pulih apabila melakukan latihan lidah sahaja tanpa pembedahan?”

*Latihan lidah sahaja tidak dapat menjanjikan kualiti pertuturan menjadi lebih baik memandangkan banyak faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi sebutan seseorang*

Segera bertemu dengan Terapis Pertuturan-Bahasa di hospital berdekatan untuk mendapat penilaian  awal.

No comments: