MOTOR HALUS
Perkembangan motor didefinisikan sebagai proses yang mana perlukan bagi membentuk cara mereka melakukan gerakan.
Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak membuat gerakan. Perkembangan motor juga merupakan keperluan _asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak_
Semua aktiviti termasuk manipulasi mimik muka melibatkan penggunaan motor halus.
Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan *manipulatif*
Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki.
Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan gengaman.
Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek juga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut.
MOTOR KASAR
Kanak-kanak yang sedang membesar, misalnya seawal umur 3 tahun perlu diberi aktiviti yang dapat *menggunakan otot dan anggota badan mereka*
Aktiviti ini akan dapat menggalakkan pembinaan kekuatan otot, keseimbangan, dan sokongan tubuh badan kanak-kanak.
Selain itu, aktiviti ini juga akan merangsang keyakinan diri kanak-kanak.
Aktiviti seperti berbaring, meniarap, berguling dan merangkak merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor kasar kanak-kanak.
Kemahiran motor kasar pada tangan melibatkan kebolehan kanak-kanak untuk *berpaut dan memegang dengan stabil*
Kanak-kanak juga akan cuba untuk memijak secara tetap.
Aktiviti ini akan menguatkan otot kaki kanak-kanak.
Selain itu, mereka juga akan cuba menggunakan bahagian badan dan mengubah kedudukan badan untuk memastikan mereka dapat memanjat.
Melalui aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran mereka untuk mengawal keseimbangan badan. Aktiviti seperti ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahagian anggota badan mereka untuk mengawal keseimbangan.
Mereka juga akan belajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat yang rata, di atas palang, atau semasa memanjat.
Pergerakan badan dari satu tempat ke tempat yang lain (pergerakan locomotor) juga dapat mengembangkan motor kasar kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak dikehendaki untuk merangkak atau melompat seperti arnab. Aktiviti ini akan mengembangkan penggunaan motor kasar. Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan pergerakan fizikal dalam aktiviti seperti ini.
CONTOH AKTIVITI MOTOR KASAR DAN MOTOR HALUS
Motor halus
Bermain pasir
Mengikat tali kasut
Memasang butang baju
Mengguna sudu dan garpu
Membentuk objek dari plastisin
Memotong kek atau mainan plastisin
Melekatkan gambar
Menggunakan ‘mouse’ komputer
Menulis nama
Melorek atau mewarna gambar
Motor kasar
Berjalan (lurus atau bengkang-bengkok)
Berkawad seperti askar
Berlari dan berhenti mengikut arahan
Melompat setempat
Melompat seperti katak
Meniru gerakan haiwan (kucing, arnab, ular)
Memegang palang dan berhayun
Memanjat tempat mainan
Membaling dan menangkap bola
Menendang dan menolak pelbagai objek seperti gelung rotan
No comments:
Post a Comment