Thursday, August 10, 2017

Pesanan buat anak perempuan kecil

Puan, jika kalian ada anak perempuan yang masih ranum usianya, tolong ajarkan pada mereka bahagian tubuh badan yang tidak boleh disentuh oleh sesiapapun.

Bibir, dada, faraj dan punggung. Pesan pada mereka walau yang menyentuh itu bapanya, atoknya, abang kandung, adik kandung, bapa saudara, anak pengasuh atau mana-mana lelaki sekalipun, jangan sekali-kali benarkan ia untuk disentuh.

Jika kalian ada anak lelaki, ajarkan juga perkara yang sama. Katakan, wahai anakku, bibir, dada, zakar dan punggung jangan bagi sesiapa sentuh. Ia private part yang perlu dijaga walau apa sekalipun terjadi.

Jika ia berlaku (nauzubillah), ajar mereka untuk jerit kuat-kuat, gigit si pelaku setan itu, lari laju-laju, mengadu pada kalian dan terus buat laporan polis.

Namun jika yang melakukan jenayah seksual itu ahli keluarga kita sendiri, jangan sekali-kali beri muka pada mereka. Elakkan untuk guna alasan, alah nanti terputus hubungan kekeluargaan, nanti apa keluarga sana kata. Jangan Tuan Puan! Keadilan perlu ditegakkan. Hukuman perlu dilaksanakan. Yang salah tetap salah!

Tuan Puan, percayalah pada anak kecil kalian. Banyak kes sebelum ini kanak-kanak ini sudah mengadu pada orang tua bahagian kemaluannya sakit, nak berak susah. Tapi mak ayah buat tak tahu sahaja. Anggap tak ada apa-apa yang berlaku.

Akhirnya, ada yang sampai trauma hingga bunuh diri.

Tuan Puan, pantaulah anak-anak kita agar terhindar dari bahan pornografi. Pengalaman saya berporgam dengan pelajar, inilah punca utama kepada permasalahan yang lebih besar. Jika si ayah sendiri masih menonton video lucah, pantaulah diri sendiri ya!

Wahai ayah, jadilah contoh yang baik kepada anak-anak. Sakit hati ya amat bila ikuti laporan berita seorang bapa meliwat serta rogol anak perempuannya 600 kali sejak 2 tahun lepas. Boleh jadi beliau menzalimi, boleh jadi juga beliau dizalimi. Apa yang penting, keadilan perlu ditegakkan!

Anak yang seharusnya dididik, dipelihara, dijaga maruahnya, disayangi, dipeluk saat dalam kesedihan, tapi akhirnya menjadi tempat untuk melampiaskan nafsu.

Benarlah kata Tuhan, bila manusia tidak menggunakan pancaindera yang diberi, maka mereka lebih sesat dari binatang ternak!

#copyandpaste
Brother Fairuz
MFA Smart Training & Consultancy

No comments: