Kita Rasa Anak Sengaja Mencabar Kita, Sebenarnya Tidak
==============================
Usia anak 2 tahun biasanya sangat 'musim panas'.
Macam-macam dibuatnya. Kadang tak tertahan, ada ibu bapa akan tercubit, terhukum dan macam-macam lagi hukuman diberi di atas tingkahlaku 'salah' pada mata dewasa kita.
Sebenarnya, untuk disiplin kan anak, ia perlu dilatih berpanjangan seiring usianya. Maafkan bagi anak usia bawah 3 terutamanya. Mereka tak akan salah apa-apa pun. Cakap pun dia tak akan faham kecuali bila dah tiba masanya.
Caranya?
Latih berterusan dengan sabar, sambil beritahu dan tunjukkan caranya, model kan, 6 bulan kemudian anak akan mampu capai tahap KPI anda.
Contoh latih makan tak tumpah, saya rasa orang dewasa pun masih makan tumpah-tumpah lagi kan😂😂
Jadinya jika masih tak capai KPI bermaksud kita belum cukup latih dan dia belum cukup faham maksud kita. Untuk faham tu, otak kiri tu usia dalam 3, 4 baru mula nak faham dan matang sikit-sikit. Itu pun tengok juga la kes individu.
Fasa 1 tahun lebih ni Khairunnisa' pun selalu ber eksperimen, Kelihatan 'selamba' /'sengaja' tuangkan kuah dari mangkuk ke lantai, atau main pindah-pindah cecair macam sup, air minuman dari satu bekas ke satu bekas.
Cakap saja ulang-ulang, ini makanan bukan untuk dimain, nanti air boleh main di bilik air masa mandi ya.
Real situasi, di tandas memang puas main air dan sediakan mainan untuk aktiviti pindah pindah air di bekas bekasnya.
Tips utama, silalah bawa ke luar rumah dan anda akan rasa ok untuk segala aktiviti bijak super mereka ni.
Elakkan menghukum.
Kita tak mahu dalam fikirannya, oh salah bila aku tuang air ke lantai. (sedangkan tadi aku sebenarnya nak tengok aja apa jadi bila aku tonggeng bekas ni). Hakikatnya mereka tak da skrip macam ni nak explain ke kita sebab kemampuan bahasa memberitahunya belum tercapai lagi.
Oh, tak naklah cuba lagi. Nanti kena hukum. Nanti kena buang. Tak faham lah. Mak tak sayang aku ke.
Erikson theory, kanak-kanak usia 1.5-3.0 akan rasa ragu-ragu untuk mencuba cuba lagi. Nak ke anak usia dah masuk sekolah nanti sikit-sikit takut nak cuba. Sikit sikit takut nak cuba. Yalah takut salah/silap. Sedangkan dulu kita la yang kerap tak bagi itu ini.
Kolberg's Moral Theory, bayi/toddler tak tahu beza antara betul dan salah, mereka hanya nak elak hukuman. Besar sedikit baru buat sesuatu sebab nak kejar reward.
Jadi kalau anak tu belum matang dan buat aja tanpa lihat kita dahulu, jujur sebenarnya mereka tak tahu itu salah. Jika tahu salah memang mereka tak akan buat siap-siap sebab mereka kan nak elak hukuman.
Jadi elakkanlah menghukum anak kecil atas sesuatu yang dia tak tahu itu salah. Beritahu sahaja ulang-ulang apa yang betul dan salah. Jika terbuat, anda perlu balut semula kefahaman dan luka emosinya iaitu Rasa 'dibuang' sebentar tadi atas sesuatu yang dia tak tahu itu salah, dengan bahasa mudah dan ia memang makan masa berbulan kadang bertahun.
Time out?
Terpulang. Pada saya usia sesuai Time out ialah 4 ke atas. 4 minit untuk 4 tahun. Usia tu dah jelas salah silap dan boleh komunikasi kan semula maksud hukuman dan seriusnya ibubapa marah atas tingkahlaku mencabar mereka.
No comments:
Post a Comment