APAKAH MASALAH-MASALAH PERKEMBANGAN YANG DI BAWAH KATEGORI MASALAH PEMBELAJARAN?
Adalah penting untuk menyedari bahawa walaupun kesemuanya adalah di bawah kategori yang sama, setiap diagnosis ini adalah berlainan dari segi simptom (kriteria).
Berikut adalah informasi tentang setiap diagnosis.
1. KURANG UPAYA INTELEKTUAL: individu yang diberikan diagnosis ini mempunyai IQ (tahap intelek/kepandaian) yang lemah, dan mempunyai kelemahan yang ketara dari segi perkembangan seperti mempunyai masalah pertuturan, masalah pergaulan, masalah penjagaan diri dan tidak boleh berinteraksi di komuniti tanpa pantauan daripada penjaga (e.g. ibu, bapa, makcik, dll). Kebolehan untuk berfikir dan untuk membuat keputusan akan terganggu kerana pemikiran adalah tidak sesuai dengan umur.
2. AUTISME: Individu yang diberikan diagnosis ini mesti mempunyai masalah dalam 3 aspek iaitu dari segi pertuturan (speech delay), masalah pergaulan (Tidak berminat untuk bergaul atau bersosial) serta mempunyai tingkahlaku stereotipikal (e.g. tingkahlaku terhad dan berulang yang mungkin dianggap aneh oleh masyarakat dan obsesi terhadap sesuatu benda/isu).
Ada segelintir individu yang mempunyai autisme mempunyai KEPANDAIAN DALAM SATU BIDANG
❤(gifted/savant), tapi ini adalah SANGAT JARANG.
Kebolehan untuk berfikir dan untuk membuat keputusan akan terganggu kerana cara mereka berfikir dan memahami dunia adalah lain daripada golongan biasa.
3. ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER /MASALAH HYPER (ADHD). Pertama sekali, Individu yang diberikan diagnosis ini mempunyai masalah dari segi fokus dan tumpuan.
Amat sukar untuk mereka memberi tumpuan kepada persekitaran atau aktiviti, walaupun aktiviti tersebut adalah sesuatu yang amat diminati.
Yang kedua, tumpuan mereka senang terganggu. Mereka juga adalah impulsif, maksudnya bila mereka nak buat sesuatu, susah untuk mereka untuk menahan diri daripada terus melakukannya.
Yang terakhir sekali, mereka adalah "hyperactive" atau sukar untuk duduk diam. Kebolehan untuk berfikir dan membuat keputusan mungkin terganggu jika simptom tidak dikawal dengan terapi atau ubat daripada psikiatrist.
4. DISLEKSIA: Diagnosis ini diberi kepada individu yang mempunyai masalah dari segi akademik, khususnya masalah membaca dan menulis. Walau bagaimanapun, IQ (pemikiran/kepandaian) mereka adalah di tahap normal dan mungkin lebih baik daripada rakan sebaya. Oleh itu, kebolehan untuk berfikir dan membuat keputusan adalah sama seperti orang yang "normal".
5. DOWN SINDROM: Adalah kelainan genetik yang berlaku ke seseorang di mana individu tersebut akan mempunyai masalah pembelajaran dan ciri-ciri fizikal tertentu.
6. LEMBAM (SLOW LEARNER): Diagnosis ini diberi kepada individu yang tidak boleh mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas dan sesi kokurikulum dengan baik. Kanak-kanak ini lambat dalam mencapai sesuatu objektif pembelajaran yang mudah dan objektif jangka pendek. Kanak-kanak lembam (slow learner) ini juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah.
7. LEWAT PERKEMBANGAN GLOBAL (GLOBAL DEVELOPMENTAL DELAY) : Diagnosis ini diberi kepada kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah yang mempunyai lewat perkembangan dalam beberapa aspek seperti lewat bercakap, lewat perkembangan motor, lewat dalam pembelajaran dan lain-lain.
Seseorang yang mempunyai MASALAH PEMBELAJARAN *tidak semestinya mempunyai IQ yang rendah ataupun tidak boleh membuat pertimbangan yang betul*
. Contohnya, seseorang yang ada Disleksia mempunyai masalah berkaitan dengan akademik sahaja, tetapi dia boleh berfikir dan menjalani kehidupannya secara normal.
Dia tidak memerlukan pertolongan/pantauan dalam cara menjalani hidupnya.
Seseorang yang mempunyai ADHD pula mempunyai masalah yang berlainan pula. Individu ini mempunyai masalah untuk memberi tumpuan dan fokus. Selain itu, mereka juga adalah impulsif, *maksudnya bila mereka nak buat sesuatu, susah untuk mereka untuk menahan diri daripada terus melakukannya* Yang terakhir sekali, mereka adalah "hyperactive" atau sukar untuk duduk diam. Kebolehan untuk berfikir dan membuat keputusan mungkin terganggu jika simptom tidak dikawal dengan terapi atau ubat daripada psikiatrist. Ini tidak bermaksud yang mereka langsung tidak boleh berfikir tentang baik dan buruk melakukan sesuatu.
°°°°°°°°°°°°°°°°
🏴 Halusinasi bermaksud melihat sesuatu yang tidak wujud.
mengambil ubat ADHD (Amphetamine)
Dari segi pendapat profesional, jika seseorang diberi ubat untuk ADHD dan telah mengambilnya untuk beberapa tahun,
sepatutnya telah dapat menyesuaikan diri kepada dos ubat tersebut dan kemungkinan ubat tersebut memberi kesan sampingan yang sangat teruk (halusinasi) adalah amat rendah.
Untuk pengetahuan anda, Amphetamine juga boleh disalahgunakan dan boleh digunakan untuk menjadi khayal.
Walaubagaimanapun, sebelum membuat apa-apa keputusan
kita perlulah sedar yang banyak lagi yang kita tidak faham dan tahu tentang kes ini.
kita juga perlu ambil kira tentang cara hidup, kerja, kawan-kawan dan juga keluarganya dan bagaimana faktor-faktor ini memberi kesan kepada kehidupannya
+yg mereka lalui.sprt biasa...
(dorongan &sokongan)
No comments:
Post a Comment