Wednesday, August 16, 2017

Kehidupan kita

Dalam kehidupan ini, memang ada Allah lahirkan manusia yang dah cukup semuanya.👍🏼

Lahir-lahir saja dah kaya.

Lahir-lahir dah cantik, hensem.

Lahir je dah genius.💡
Ada juga lahir dalam keluarga warak beriman

Namun, 😌 janganlah kita kecewa, kerana tidak seperti mereka. _Ada pelajaran terbesar yang boleh kita kutip dari kejadian ini_

Dalam alam ini, memang ada _Allah jadikan unsur yang dah cukup lengkap_ bilangan elektron di 'orbit' paling luar (M-Shell).
Kira dah cukup 'suci'lah, kalau lengkap 8 elektron luar dia.

Ini yang kita panggil Unsur Nobel.

Apa sebenarnya unsur Nobel ni? Ada juga orang Melayu panggil, Gas Adi.

Xenon, Neon, Argon, Krypton, Oganesson, Helium (Sila susun sendiri. Haha.) Sebab dalam jadual berkala Kimia, mereka ni duduk dalam Kumpulan 18.

*Ini semua adalah bukti Allah nak tunjukkan kebesaran-Nya*

Allah memang nak tunjuk Dia Maha Berkuasa jadikan yang 'perfect'. Cukup 8 elektron luar.

*Ini kita panggil 'bertuah', atau 'rezki'*

Bilangannya pun sedikit, hanya Allah nak tunjuk Dia mampu jadikan yang cantik, lengkap.

Dan, _sengaja juga Allah jadikan yang kurang sempurna itu lebih 'ramai'_

Contoh, yang tak cukup sifat. Terkurang 1 eletron, ataupun yang terlebih 1 elektron.

👨‍👩‍👧‍👦Namun, hikmahnya, supaya kita ini saling berKONGSI, demi lengkapkan elektron di orbit terakhir (orang Melayu panggil 'petala').

Contohnya, Hidrogen ada satu elektron akhir. Klorin terkurang 1 elektron akhir.
Mereka berkongsi. Maka jadilah Asid Hidroklorik (Klorok), _yang kuasanya mampu menghakis apa saja_

Ibaratnya, ali ada lebih 1 elektron (1 kelebihan). Kau tak cukup 1 elektron, dan ada 7 kelebihan. Mari kita berkongsi.

*Maka, jadilah kita satu jasa yang amat bermanfaat*

Inilah indahnya kejadian Allah.😌

Bayangkan, itu adalah sifat-sifat 'makhluk' kecil, paling asas yang Allah ciptakan.

Bagaimanakah kita yang besar ini, begitu bongkak kerana baru punyai SECUBIT kelebihan? Sedang kita lupa untuk kongsikan pada mereka yang lain?

Tidakkah kita ingat, makhluk sekecil zarah pun hidupnya saling berkongsi.

_Kita fitrahnya MESTI berkongsi_

Hidup hanyalah tentang perkongsian. Saling memanfaatkan.

Sebab itu, saat kita ditanyakan kelak, Allah akan persoalkan apakah amalan kita.

Hidup sendiri-sendiri? Atau berkongsi?

Mohon kongsikan posting ini pada teman yang lain. Sebagai tanda kita telah berkongsi 'jasa elektron' juga.

Antara aku, kau, dan Allah. Tentang apa yang Dia 'hadiah'kan pada kita, sang manusia.

Setiap kali kita 'down',
ingat, kita bukan GENG 18.
(Org yg perfect)❣

*Tapi, kita boleh bergabung*

No comments: