Isu anak lambat bercakap ni kebanyakannya sama sahaja.
Mereka mempunyai banyak kosa kata tetapi tidak tahu bagaimana bercakap ayat 2 perkataan.
Selain itu kebanyakan perkataan yang dia tahu adalah kata nama – epal, bola, cawan, dadu, nama orang, nama tempat.
Kebanyakan input kata nama diperolehi dari flashcard, buku ataupun video lagu ABC. Jadi kata nama ini ✖tiada ‘kawan’ untuk _gabungkan perkataan itu_
Jadi untuk mengatasi masalah ini, kita perlu buat aktiviti untuk melatih anak membiasakan diri menyebut 2 perkataan.
➕ Dan untuk tujuan itu, anak perlukan lebih banyak kosa kata berbentuk
🔴 kata kerja dan🔴 kata sifat.
Kata kerja seperti makan, minum, mandi, lari, lompat yang banyak digunakan dalam kehidupan seharian akan diterapkan dalam aktiviti ini.
Kata sifat yang kebiasaan dekat dengan anak pula seperti cantik, wangi, panas, sejuk dan nama-nama warna.
Barulah anak dapat gabungkan kosa kata nama dengan kata kerja atau kata sifat yang sesuai.
🚩 Itulah asas untuk anak boleh menyebut 2 perkataan.
Cth:
Tunjuk pada gambar budak,
sebut nama anak atau saya.
✋🏻Tunggu anak ikut.💭
Tunjuk pada gambar makan, sebut makan.
Tunggu ? anak ikut.
➕
Kemudian tunjuk gambar budak dan teruskan melalui anak panah ke gambar makan.
Sambil tu sebut
‘saya makan’. Ulang beberapa kali hingga anak sebut ‘saya makan’.➕➕➕➕➕
Bila anak sudah sebut ayat yang pertama, ulang langkah yang sama untuk gambar main dan mandi.
Buat setakat anak mampu ikut.
Jika anak menolak berhenti dan sambung semula bila anak bersedia.
Aktiviti ini boleh dilakukan menggunakan pelbagai kaedah seperti kad-kad kecil atau menggukan kad berpelekat velcro. Asalkan anak bersedia untuk belajar. Dari masa ke semasa tambah lagi kata kerja dan kata sifat lain.
📝Ada pelbagai lagi kaedah untuk membuat aktiviti sebegini ,jika anda lebih kreatif👍🏻
No comments:
Post a Comment