Thursday, August 10, 2017

Meransang percakapan dari selepaa lahir

MERANGSANG PERCAKAPAN DARI SELEPAS LAHIR

"Saya tak ✖pernah ajar anak saya bunyi binatang

kalau nampak kucing cakap "kucing" bukan meow meow"🐈

Teringat saya ada seorang ibu yang mempunyai anak lewat bercakap (speech delay) dengan bangga dan yakin kata begitu.

Mak ayah perlu ingat, setiap skil yang dipelajari anak ada tahapnya, sama juga macam skil motor kasar mula-mula meniarap, merangkak, duduk, berdiri, selepas itu baru berjalan. Dalam skil bahasa pun sama, bukan tiba-tiba anak akan pandai cakap 'kucing", "mama", atau "papa". Jika kita terus ajar perkataan yang complex,

kadang-kadang ia terlampau susah untuk anak belajar terutamanya anak yang mengalami lewat bercakap. Umpama umur 7 tahun diajar subjek darjah 6.

____________________

No comments: